Pages

Thursday, March 22, 2012

Sudahkah as-Sufyani bangkit?




Arab Spring nampaknya berjaya mengubah landskap politik dan sosial beberapa negara arab seperti Libya, Tunisia, Mesir, Jordan, Bahrain, Yaman dan Syria. Ramai orang berpendapat terutamanya pendokong dan penyokong gerakan menjatuhkan kerajaan, bahawa apa yang berlaku adalah satu kemenangan demokrasi rakyat. Mereka tidak kisah menggulingkan kerajaan. Sebenarnya mereka hanya menggali kubur sendiri. Lihat apa yang berlaku di Iraq dan Libya yang tak pernah tenteram sejak Saddam dan Gaddafi digulingkan. Gambar-gambar di atas adalah kacau bilau yang berlaku di Syria sekarang. Adakah as-Sufyani sudah bangkit? Jika benar, adakah kamu sudah bersedia untuk menjadi salah seorang Panji-Panji Hitam Dari Timur? Adakah hati kamu sekeras kepingan-kepingan besi? Ayuh... masanya sudah hampir tiba!

Tuesday, March 20, 2012

Bila Malique Menulis....


Aku kira lagu ini sudah pun mengundang kontroversi. Kata orang (pengkritik), ia sebuah lagu yang sedap melodi tambah-tambah bila ada unsur Canon, tetapi kosong atau bahaya liriknya. Mereka kata ia sebuah lagu yang mengajak/menghasut anak dara lari dari rumah untuk berkahwin dengan orang asing. Jika di dalam lagu ini ia merujuk kepada lelaki nepal. Ia sebuah lagu illuminati. Benarkah begitu, Malique?

".... sent them away from his son Isaac to the land of the east" Atau Malique merindui untuk menjejaki bangsa yang tahu benar tentang makhluk Yeti dan juga terbeban dengan rahsia Shangri-La. Satu bangsa yang mengalir dalam darahnya yang pernah mendiami Banjaran Himalaya.... Hi-malaya.... Bangsa Malai- Bangsa Melayu! Lalu bertemu Ya Rabbi...... pada minit ke 3:50 (Suara latar)

Bila Malique menulis.... kalau tak hadam pasti tercekik!