Pages

Friday, December 27, 2013

Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Februari 2014

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Februari 2014 :



Dapatkan Di Kedai-Kedai Buku Berdekatan Anda!



Thursday, December 26, 2013

Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Januari 2014

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Januari 2014 :



Dapatkan Di Kedai-Kedai Buku Berdekatan Anda!



Monday, October 28, 2013

Perang Dua Alam : Ainul Hayat (PDAAH)

Salam semua,

Maaf sebab sudah lama tidak mengemas kini blog ini. Terlalu sibuk dengan kerja dan manuskrip terbaru. Bercerita tentang manuskrip terbaru, sekarang ni tengah pulun siapkan Perang Dua Alam : Ainul Hayat atau singkatannya PDAAH. Sekarang sudah 70 peratus siap. In Sha Allah dijangkakan akan dapat disiapkan sebelum akhir tahun - tarikh akhir yang aku letakkan untuk diri sendiri - bukan pihak editor yang beri - hahaha.

Nanti aku kongsikan dengan korang 'The Making Of PDAAH' ni. Bermula daripada bagaimana idea untuk tulis manuskrip novel ni timbul sehinggalah sampai titik terakhir bila ia siap nanti. Aku rasa ia bagus untuk dijadikan rujukan kepada sesiapa yang terasa nak menulis manuskrip nanti. Aku bukan novelis terkenal pun tapi bak kata orang bijaksana, ilmu itu boleh dipelajari daripada sesiapa hatta daripada orang gila di jalanan. Hahaha...

Salam....

Thursday, July 11, 2013

Thursday, April 25, 2013

Merah Yang Menggoda



Mata aku terkebil-kebil. Dari atas rumah aku dapat lihat dengan jelas gugusan-gugusan buah merah berbulu yang tergantung itu melambai-lambai minta dipetik. Semacam aku dapat dengar suara mereka memujuk lembut, "Petiklah kami..." Pujukan lembut itu berulang-ulang mengerumuni telinga dan hati. Aku telan air liur beberapa kali. Buah yang dikenali sebagai rambutan itu sudah menggoda sejak perjalanan ke Junjung tempohari.
Rumah aku ada pokok rambutan. Bukan sepokok tapi tiga. Tetapi buah ketiga-tiganya waktu itu masih putik. Aku sudah sekeliling kampung. Semua pokok rambutan yang ada di kampung itu masih putik juga. Kecuali pokok rambutan di depan rumah Pak Syahid itulah yang sedang merah ranum. Tapi Pak Syahid sama macam Pak Murad, ayah Wadi itu. Bakhil Pak Syahid tak kurang berbanding Pak Murad. Masing-masing setara dalam bab kebakhilan ni. Dan itulah halangan utama aku untuk merasai kelazatan buah rambutan pada waktu itu.
Aku cuba tapi tak mampu. Kaki tak tergerak hendak melangkah habis ke pintu rumah Pak Syahid. Lalu beri salam dan meminta izin untuk petik buah rambutan itu sebiji dua agar kempunanku tak berterusan. Sudah tiga empat kali kakiku terhenti di tengah jalan. Berpusing balik bila tiba di tengah jalan bertar yang memisahkan rumah aku dan Pak Syahid.
Wadi datang ketika aku kelihatan sayu memandang buah merah yang melambai-lambai dan masih memujuk lembut minta dipetik itu.
"Aik, menung je? Ingatkan Azneen? Hehehe..." tegur Wadi.
Aku buat tak peduli pada Wadi. Mata sepetku tak lekang pada pokok rambutan Pak Syahid di seberang jalan. Pandanganku sayu......
"Buat tak peduli kat aku pulak tu..... . Apa kena dengan hang ni?" tanya Wadi.

Friday, April 19, 2013

Jadual kehadiran penulis2 Alaf 21 sempena PBKL 2013 di PWTC mulai 26 April - 5 Mei 2013

Jom bertemu dengan aku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur 2013 di PWTC pada 4 Mei 2013 pada sesi 10 pagi hingga 2 petang. Jemput datang jika berpeluang.... Selamat bertemu... hehehe.... Macam glamor hahaha...


Monday, April 8, 2013

Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Mei 2013

Akan berada di pasaran Mei nanti :


Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan anda....



Monday, April 1, 2013

Big Bad Wolf Book Sale Di Penang

Sudah lama dengar tentang Jualan Buku Big Bad Wolf ni. Tetapi baru berkesempatan pergi bila pihak penganjur mengadakannya di Penang. Ketika dibuat di The Mines memang ada niat hendak pergi tapi jauh sangat. Selepas dikira-kira - samada dengan congak, kalkulator atau sempoa (hehehe) rasanya tak berbaloi untuk memandu dari Kulim ke KL semata-mata untuk ke The Mines. Duit minyak, tol dan makan di R&R itu lebih baik digunakan untuk beli buku di Hasani Bookstore atau mana-mana kedai buku.

Di The Mines - Negatif. Tetapi di Times Square Penang - Beribu kali positif.

Jadi semalam aku pergilah Jualan Buku Big Bad Wolf tu. Bila sampai di pintu masuk dah impressive. Ia macam dari mata turun ke hati. Berebut-rebutlah aku dan isteri ambik gambar kat pintu masuk tu. Keterjuaan tiba-tiba sahaja membuak-buak.




 Sebaik melepasi pintu masuk mata dah mula berkeranjang dan hati pula tak keruan. Macam duduk dalam lautan buku. Tak tahu hendak mula dari mana. Aku dan isteri berpecah. Aku belek buku di bahagian lain. Dia pulak belek buku di bahagian lain. Mula-mula tengok-tengok dulu. Mata yang keranjang harus dineutralkan dahulu. Hati pula harus ditenteramkan dahulu. Jika ikutkan mata dan hati waktu itu mahu beli semualah jawabnya.

Ini baru sikit....

Bila mata dan hati sudah dapat dineutralkan, maka fikiran pun kembalilah waras. Bila fikiran kembali waras, maka tujuan utama ke Jualan Buku Big Bad Wolf itu diingatilah semula. Apa tujuan aku pergi situ?

Untuk cari bahan bacaan yang mahal dan sukar didapati di kedai buku biasa yang akan digunakan di dalam pembikinan manuskrip terbaru.

Bertolak dari tujuan itu aku pun mulalah cari bahan bacaan yang menepati tujuan aku ke situ. Selepas belek punya belek, pusing seluruh tapak jualan, akhirnya aku pun ambik kotak dan mulalah ambik buku-buku yang sudah pun dikenal pasti. Isteri datang dengan semyuman. Di tangannya sudah ada beberapa buah novel dan buku kanak-kanak. Buku kanak-kanak tu tak lain tak bukan untuk anak-anak saudara kami yang sudah semakin membesar tu.



Sedar tak sedar kotak hampir penuh. Pergi ke kaunter bayaran, Juruwang picit butang mesin kira. Di skrin RM156. Dalam bajet. Bila lepas pintu keluar, rupa-rupanya ada satu bahagian buku lagi. Buku-buku di bahagian ni canggih sikit - lebih interaktif.

Alamak! Macam mana ni.... Tak beli rugi. Kalau beli mungkin terlebih bajet. Selepas bincang dengan isteri, kami pun jenguk buku-buku di situ. Akhirnya memuktamadkan wajib beli lagi. Isteri aku rembat beberapa lagi buku kanak-kanak di situ. Aku pula rembat tiga buah buku lagi yang sangat interaktif dan sesuai dijadikan buku meja kopi di rumah.

Kali kedua ke kaunter bayaran. Juruwang picit butang mesin kira. Selepas selesai terpampang di skrin angka RM102.

RM156 + RM102 = RM258. Memang lari daripada bajet. Tetapi bagi kami membeli buku satu pelaburan. Berhabis pun kira okey.




Sampai rumah terus lambak buku-buku tu. Mak ai.... banyak jugak! Hehehe




Buat para pembaca, kalau ada peluang pergilah ke Jualan Buku Big Bad Wolf. Buku-buku di situ di jual dengan harga yang amat murah. Potongan dari 75% sehingga 95% daripada harga asal. Tetapi hampir 95% buku yang dijual di dalam bahasa inggeris. Ciput sangat buku dalam bahasa melayu. Amat berharap pihak Big Bad Wolf dapat perbanyakkan lagi buku-buku bahasa melayu dalam jualan yang akan datang.

p/s : Nasihat aku kalau sampai ke Jualan Buku Big Bad Wolf ni sebaiknya pusing habis ruang jualan terlebih dahulu termasuk bahagian buku interaktif selepas kaunter bayaran pertama tu. Lepas tu baru putuskan buku apa yang hendak dibeli. Kalau tidak menyesal nanti kalau bajet yang ada habis dan tiada pula peruntukan tambahan.



Monday, February 25, 2013

Katarak Terhangat Di Grup Buku Karangkraf

Katarak juga terhangat di Grup Buku Karangkraf.


Sila klik Grup Buku Karangkraf untuk lebih jelas.

Alhamdulillah....







Turun Ke Kangar - Katarak

Besok, aku akan turun ke Kangar untuk mempromosi Katarak sempena Karnival Buku : Mari Membaca 1Malaysia di perkarangan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis.



Akan sesesi dengan Helmi Effendy, novelis Epidemik T.

Kita jumpa di sana ya.....




Katarak Di Utusan


Katarak diulas di dalam Utusan Malaysia bertarikh 23Februari iaitu pada sabtu lepas. Di sini saya salin ulasan tersebut :

Buku ini mengisahkan suasana universiti yang bertukar daripada aman damai menjadi kucar kacir secara tiba-tiba apabila seorang demi seorang rebah dengan skandal-skandal yang menggegarkan kampus. Fitri Hussin menjadikan jalan cerita lebih menarik dengan mencipta siri kejadian yang amat meragukan tetapi sebenarnya setiap kejadian yang berlaku sudah dirancang. Pembaca tidak akan bosan dengan kemunculan watak utama iaitu Zamri yang menyiasat setiap siri kejadian sehingga menumpai hasil yang mengejutkan dan semakin rumit walaupun berdepan dengan pelbagai halangan. Berbaloi memiliki buku sebegini kerana dapat membawa kita merasai perasaan sebenar sebagai watak utama dalam merungkai misteri yang mendebarkan.


Alhamdulillah.....








Tuesday, February 19, 2013

Antara Novel Terlaris Alaf 21 - Katarak

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana Katarak tersenarai di dalam novel terlaris seperti yang dipaparkan di laman web Alaf 21. Mudah-mudahan Katarak mampu memberikan kelainan kepada pembacanya.



Untuk lebih jelas sila ke alaf21.com.







Thursday, February 7, 2013

Thursday, January 31, 2013

Pakej Novel Alaf 21 Januari Dan Februari 2013

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan novel-novel Alaf 21 bagi bukan Januari dan Februari 2013 dengan harga pakej yang menguntungkan anda! Tawaran ini hanya sah di Karnival Karangkraf yang akan berlangsung dari 1-3 Februari di Kompleks Media Karangkraf.


Tuesday, January 15, 2013

Petikan Ketiga Katarak




.......... Kini semua mata tertumpu pada layar putih gergasi di belakang kami.
Filem pendek arahan Anas situ dimulai dengan latar hitam yang kemudiannya diisi oleh perkataan-perkataan yang muncul satu persatu seperti sedang ditaip sehingga memaksa penonton-penonton yang ada di situ mengeja. Selepas beberapa perkataan disambung akhirnya sebaris ayat terbentuk. Ayat itu ialah :
‘Filem pendek ini dihasilkan oleh empat orang sahabat buat seorang sahabat mereka demi cintanya terhadap gadis yang dipujanya.’
Instumental  lagu Malam Bulan Dipagar Bintang ciptaan P.Ramlee melatari filem pendek tersebut.
Perkataan-perkataan putih tadi berterbangan dan kemudian berkumpul di tengah-tengah layar dan mengembang sehingga latar hitam tadi bertukar putih lalu kemudiannya perlahan-lahan membentuk sejalur cahaya matahari yang sedang menyuluh bumi dari celah-celah daun pokok angsana yang berdiri kukuh di hadapan kolej kediaman kami. Jalur cahaya matahari itu jatuh pada lantai bumi. Daun-daun kering yang terbaring di atasnya berpusar-pusar resah ditiup angin. Daun-daun kering itu berpusar resah dan menyentuh belakang kasut seseorang. Kasut putih itu berjenama Everlast seperti yang tertera pada label di belakangnya. Kasut putih Everlasat itu sama seperti yang dipakai oleh Azrul sekarang.
Azrul melihat kasut yang dipakainya. Aireen juga. Semua penonton pun.

Sunday, January 13, 2013

Petikan Kedua Katarak





.......... Selain ‘Di sebalik Tirai Besi Henry Gurney’ ada label-label lain yang aku wujudkan dalam Rumah Telus. Label ‘Dari Dasar Hati’ – label yang mengandungi kumpulan puisi dan cerpen ciptaan aku; label ‘Teropong’ – label yang mengandungi pendapat dan analisis aku tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam negara waktu itu; label ‘Sekitar Aku’ – label yang mengandungi cerita peribadi aku. Dari segi populariti ‘Sekitar Aku’ label bongsu Rumah Telus itu berada di tangga kedua. ‘Sekitar Aku’ betul-betul bersifat peribadi. Ia menceritakan tentang perjalanan hidup aku setiap hari. Dari perasaan yang mula-mula terdetik ketika bangun pagi hingga ke perasaan sebelum melelapkan mata pada malamnya. Di situ watak-wataknya benar wujud. Watak-watak itu adalah Azrul. Anas, Wadi, Fadhil dan kawan-kawan sekolej, pensyarah dan lain-lain. ‘Sekitar Aku’ adalah perakam kehidupan aku dan orang sekeliling aku di kampus waktu itu. Jika satu-satu gosip cinta timbul, aku ambil inisiatif untuk menyelidikinya. Terpaksa jadi wartawan dan paparazzi. Banyak gosip yang berjaya aku sahkan samaada ia sahih atau sebaliknya. Selalunya dengan bukti bergambar dan analisis yang sukar untuk ditangkis. Begitu juga halnya bila sesuatu khabar angin muncul. Sehinggalah apa yang berlaku di kampus jika hendak tahu benar atau tidaknya, rakan-rakan sekampus akan berkata : “Nak tahu benar atau tidak kita tunggu apa kata RT” RT itu akronim yang diberi mereka kepada Rumah Telus. Oleh kerana label ‘Sekitar Aku’ Rumah Telus berjaya memancing ramai pengikut dari kalangan warga kampus tup-tup aku menjadi perhatian rakan kampus. Terasa seperti subjek utama yang disuluhi lampu simbah di dalam sesuatu pementasan  Hal ini membangkitkan perasaan bangga. Tambahan pula cerita tentang ‘Sekitar Aku’ itu mula merebak ke kampus-kampus lain. Banyak komen yang aku terima dari warga kampus lain meminta aku menyiasat gosip dan khabar angin di kampus mereka. “Rebut peluang. Ini jalan untuk membesar!” Nasihat Wadi itu membuatkan aku tidak berfikir banyak kali untuk mengembangkan sayap ‘Sekitar Aku’. ‘Sekitar Aku’ terbang laju. Selaju ‘Di Sebalik Tirai Besi Henry Gurney’ selepas beberapa lama. Selepas setahun Rumah Telus berjaya menempatkan diri dalam senarai sepuluh blog teratas dalam carta Alexia. Sebaris Beatifulnara, Oh!bulan, blogserius, papagomo,benshaari dan lain-lain. Fenomena!
Rumah Telus tidak berhenti di situ. Ia terus-menerus menarik pengikut baru dan berkembang menjadi sebuah blog yang amat berpengaruh di kalangan warga kampus Malaysia. Kredebilitinya diakui. Analisisnya tepat. Setiap pendedahan disertakan dengan bukti – gambar pegun, video, audio, dokumen-dokumen sulit dan sebagainya. Ia sahabat karib kepada pencinta kebenaran dan musuh kepada pembenci kebenaran. Rumah Telus berada di puncaknya setelah membongkar hal yang paling mengejutkan dalam dunia kampus. Hal yang tidak pernah terlintas pun dalam kepala aku selama ini. Hal ini akan aku ceritakan pada bab-bab yang berikutnya. Jadi, ayuh tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Pastikan anda bersedia dengan sebarang kemungkinan………          
     

Thursday, January 10, 2013

Petikan Daripada Katarak



                                                              

                                                                   Prolog
Aku hampir-hampir muntah. Angin loya merabat kerongkong. Ditokok  oleh perjalanan lori yang melantun-lantun sejak tadi  kerana jalan yang berbonjol-bonjol dan berlopak-lopak. Sesekali kedengaran detingan aloi rim lori melanggar lopak yang dalam. Tiba-tiba lori itu berhenti mengejut. Aku bertanya perlahan ke hadapan : “Kenapa?” Dijawab oleh satu suara yang agak cemas : “Ada sekatan. Ramai.” Jantungku berdetak semakin laju. Aku membatukan diri di ruang belakang kerusi itu. Peluh dingin membintiki badan. Apa yang akan terjadi? Berakhirkah hayatku sebentar lagi? Tiba-tiba kedengaran satu suara kasar memekik mengarahkan pemandu dan kelendan lori itu turun. Tak lama kemudian kedengaran pula keriuk pintu lori dibuka.
Ya Allah….. Selamatkanlah hambaMU ini……




Wednesday, January 9, 2013

Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Februari 2013

Inilah novel-novel terbaru Alaf 21 untuk terbitan bulan Februari 2013.



Paling utama beli novel Katarak sebab ia karya aku..... hehehe.... 



Blurb Katarak : 

Suasana universiti yang aman damai tiba-tiba kucar-kacir. Segala-galanya jadi kecoh dan heboh. Seorang demi seorang rebah dengan skandal-skandal yang menggegarkan kampus. Sehinggalah salah seorang daripada mereka dibelasah sehingga koma.

Siri kejadian yang menimpa mereka itu amat meragukan. Ia bukan kebetulan tetapi dirancang dengan rapi. Zamri melakukan penyiasatan untuk mencari kebenaran biarpun berdepan halangan. Apa yang dia temui di setiap fasa penyiasatan itu amat mengejutkan. Muslihat apakah ini? Makin disiasat, masalah itu makin berselirat.

Tak mahal pun... RM21.00 sahaja.  

Aku jamin ia berbaloi untuk dimiliki jika korang mahukan kelainan. Korang tidak akan merasa bosan dari muka surat pertama hingga ke muka surat 544. 

Buat semua jangan lupa terjah kedai-kedai buku berdekatan kawasan korang untuk mendapatkan novel-novel Alaf 21 terbitan Februari 2013. Novel paling wajib dalam senarai korang adalah KATARAK.