Pages

Tuesday, September 23, 2014

Buat Duit



Kawan, ini realiti! Bukan Fantasi!

Bahawa kos sara hidup rakyat Malaysia semakin hari semakin meningkat. Ini bukan kata aku sahaja tetapi diakui oleh kerajaan juga. Baca Di SINI dan DI SINI. Ianya pahit untuk ditelan tetapi begitulah realitinya.

Dulu jika bawa RM50 ke pasar, kita boleh beli macam-macam. Tetapi sekarang dengan RM50 yang sama, kita hanya boleh dapat separuh atau kurang lagi daripada kuantiti barang yang kita beli dulu. Dulu ikan termenung boleh dapat RM4 sekilo. Sekarang mana nak dapat RM4 sekilo dah. Kurang-kurang pun RM7sekilo.Seminggu lepas naik sampai RM12 sekilo! Itu baru ikan kembung. Belum lagi ikan bawal, tenggiri, nyok-nyok, siakap, ketam, udang, sotong dan lain-lain. Dan itu baru ikan. belum lagi keperluan lain termasuk perkhidmatan, pelajaran dan sebagainya.

Pendek kata, semua benda naik mendadak.

Kalau semua benda naik mendadak dan diimbangi dengan gaji yang naik mendadak saban tahun, bolehlah diterima juga. Tetapi yang malangnya gaji naik ciput tapi barang naik mendadak-dadak. Jadi ramailah yang menjalani hidup paras hidung. Sampai hujung bulan duit dalam akaun bank pasti kosong. Silap-silap duit dalam akaun bank sudah kosong belum pun samapai cukup bulan. Terpaksalah tebal muka minta berhutang sana sini.

Aku pernah tanya seorang kawan yang menetap di Lembah Kelang. Berapa gaji yang diperlukan untuk hidup SELESA (bukan mewah ya, kawan-kawan) di Lembah Kelang? Jawapannya mengejutkan aku."RM5000 masih paras hidung, bang. Kalau nak selesa gaji laki bini mesti sekurang-kurangnya RM6000 ke RM7000 ke atas. Rumah, kereta, pusat asuhan anak, susu, pampers, belanja anak sekolah, tol dan macam-macam lagi semua mahal bang." Kat tempat aku ni terus terang aku kata RM4000 sudah boleh hidup selesa. Mungkin juga tempat korang sama macam tempat aku. Tetapi kita tak boleh rasa selamat dengan keadaan ini kerana ia tidak mungkin kekal begitu selama-lamanya. Dari tahun ke tahun kos sara hidup di tempat kita ni pasti naik juga. Dan  RM4000 yang pada masa sekarang boleh hidup selesa di tempat aku dan korang ni akan berubah menjadi paras hidung pula. Bila sampai ketikanya nanti semua ceruk di dalam negara kita ini akan menjadi Lembah Kelang!   

Kawan, ini realiti! Bukan Fantasi!

Untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang tinggi itu, ramailah daripada kita yang terpaksa membuat sesuatu untuk menambahkan pendapatan. Kerja part-time sampai anak bini terabai, buat over-time sampai lenguh kaki badan, buat bisnes online yang hidup segan mati tak mahu, buat MLM yang selalunya terkandas di tengah jalan kerana produk yang susah hendak dijual dan maintainance yang tinggi setiap bulan, sertai skim cepat kaya, tak kiralah skim cepat kaya, skim ponzi dan sebagainya, yang akhirnya bukan mengayakan tetapi memapakan lagi dan macam-macam lagi. Tetapi hasilnya tetap sama - hidup kita masih di paras hidung!

Mahukah kawan-kawan jika aku tunjukkan satu bisnes yang modalnya amat rendah iaitu tidak sampai RM100 tetapi pulangannya boleh mencecah ratus, ribu, belas ribu, puluh ribu, ratus ribu dan mungkin juta sekalipun? Pendapatan yang akan naik dan sentiasa naik setiap bulan dan yang paling bagus ialah ia boleh diwarisi oleh keluarga jika kita mati. Kawan, aku tak cakap sesuatu yang fantasi, ini realiti!    

Peluang yang menakjubkan ini sudah pun direbut oleh ramai orang. Kali ini kawan bertuah kerana ditunjukkan peluang ini juga. Terpulang sama ada kawan mahu kekal hidup paras hidung atau sebaliknya.

Tetapi bayangkan apa yang kawan-kawan boleh buat jika hidup selesa atau mewah?

- Tiada masalah untuk bayar sebarang bil (elektrik, air, ASTRO, telefon dan lain-lain)
- Tiada masalah hendak beli apa pun - kereta, rumah, tanah dan sebagainya
- Tiada masalah hendak bawa keluarga melancong ke mana pun - Paris, London, New York dan sebagainya.
- Tiada masalah hendak pergi umrah dan haji berapa kali pun
- Dan yang paling penting kawan-kawan tiada masalah hendak bersedekah, berwakaf dan lain-lain.

Jadi kawan-kawan, aku amat, amat sarankan korang sertai bisnes hebat ini. Aku jamin jika korang bersungguh-sungguh, In Sha ALLAH korang akan jadi salah seorang daripada ramai yang sudah berjaya di dalam bisnes hebat ini.

Telefon / SMS / Whatsapp aku di 01114237947@01118549706 atau Klik DI SINI untuk maklumat lanjut tentang bisnes ini.

Selamat Berjaya kawan.

Ikhlas,
Fitri Hussin

p/s : "Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba....... datang tidak menentu masa...... datang disaat kita kesempitan atau kesusahanNilailah peluang itu dengan secara bijaksanaRebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!” - Hamka -










Sunday, August 31, 2014

Panduan Bebas HUTANG!

ANDA BERHUTANG?

Ya? Bukan anda sahaja. Saya dan orang lain juga berhutang. Jadi, tak perlu malu. Berhutang adalah lumrah dewasa ini. Kalau hendak beli kereta, kita terpaksa berhutang. Kalau hendak beli sebuah rumah, kita juga terpaksa berhutang. Malah kalau hendak membiayai pengajian anak-anak juga, kita juga terpaksa terpaksa berhutang. Kita juga berhutang untuk memiliki keperluan-keperluan lain. Kecualilah jika anda seorang JUTAWAN. Jutawan yang tidak kisah belanjakan sedebak duit untuk memiliki apa yang diingini.

Tetapi MALANGNYA, anda, saya dan kebanyakkan daripada KITA BUKANLAH SEORANG JUTAWAN!

Ramai daripada kita seringkali mengalami masalah kewangan akibat berhutang. Semasa kita berhutang, kita memang sudah mengira-ngira akan mampu membayar hutang-hutang tersebut. Tetapi sampai satu ketika, tanpa disangka-sangka pengiraan yang kita fikir realistik satu masa dahulu bersandarkan andaian-andaian yang munasabah ketika itu rupa-rupanya tersasar.

Akibatnya kita TIDAK MAMPU LAGI MEMBAYAR HUTANG-HUTANG tersebut. Mungkin ini disebabkan oleh komitmen yang semakin bertambah (anak-anak yang semakin bertambah dan membesar yang menuntut belanja yang lebih tinggi setiap bulan dan lain-lain), sementara pendapatan setiap bulan pula hanya naik sedikit atau tidak naik-naik saban tahun, ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat (harga barang dan perkhidmatan yang semakin naik setiap tahun) dan senario paling buruk bila kita kehilangan pekerjaan tanpa diduga. Minta dijauhkan TETAPI INILAH KEMUNGKINAN REALITINYA!

Bila kita berhadapan dengan situasi begitu, kita akan cuba menambahkan pendapatan. Tetapi selalunya GAGAL! Kita mula akan membuat pinjaman peribadi yang jika tidak kena caranya akan menyebabkan masalah kewangan kita semakin serius. Akhirnya kita mula mencari Ah Long. Dan ini akan menyebabkan masalah kewangan kita berada pada tahap koma menunggu maut!

Mahu tidak mahu kita PERLU melakukan sesuatu untuk menguruskan hutang-hutang itu SECEPAT MUNGKIN! Ini AMAT PENTING supaya kewangan kita lebih terjamin pada masa hadapan.

Persoalan UTAMA sekarang ialah : BAGAIMANA?

Anda mahu tahu JAWAPANNYA? Saya juga dahulu mahu tahu jawapannya. Berasap kepala saya memikirkan jawapan kepada soalan itu. Tanpa disangka-sangka selepas melayari internet pada satu hari saya terjumpa e-book PANDUAN BEBAS HUTANG ini. Semua jawapan kepada soalan itu ada di dalam e-book PANDUAN BEBAS HUTANG ini.

E-book PANDUAN BEBAS HUTANG ini ditulis oleh seorang perunding kewangan yang hebat. Harganya juga amat berpatutan yang saya fikir TERLALU MURAH berbanding penyelesaian yang dapat diberikannya bagi membebaskan kita daripada hutang. Bukan RM200! BUKAN RM150! BUKAN juga RM100! TETAPI dengan hanya ..........

v
v
v
v
v
v
v
v
v

RM 30 SAHAJA!
(Peluang ini terhad. Hanya dibuka untuk beberapa orang terawal yang membeli e-book ini. Selepas itu harga kemungkinan tidak lagi semurah ini)

Jika anda mahu bebas hutang demi kelegaan kewangan pada masa hadapan, inilah e-book yang MESTI ANDA DAPATKAN! CEPAT BERTINDAK SEBELUM HUTANG MENGEJAR ANDA!

SEGERA dapatkan e-book PANDUAN BEBAS HUTANG di sini : 

Sila klik pautan ini ----------------> Saya Mahukan E-Book Panduan Bebas Hutang!



Selamat Bebas Hutang!







Wednesday, July 23, 2014

Iklan Hari Raya Aidil Fitri Petronas 2014 : Membangkitkan Nostalgia

Sebelum aku berceloteh lanjut. Jom kita tengok video Hari Raya Aidil Fitri Petronas bagi tahun 2014 ni :



Hmmm... Sepanjang duk tengok iklan raya Petronas ni, terkenanglah aku zaman menyambut raya masa kecik dulu. Sebahagian keadaannya macam dalam iklan itulah. Meriah bukan main dan bagai nak rak sungguh tunggu 1 Syawal. Kalau dah beli baju raya, memang baju raya itulah yang dicuba berkali-kali selagi tak sampai hari raya. Tapi tidaklah sampai bawa tidur macam adik dalam iklan raya tu. Teringat jugalah aku yang duk menyibuk entah tolong atau ganggu mak dan mak cik aku buat bahulu, dodol dan lain-lain. Terkenanglah juga betapa sesaknya rumah atuk sampai ke dapur pada malam raya tu. Kami tidur ikut dan sahaja. Kalau tak sempat nak 'book' tempat terpaksalah tidur dalam kereta. Hahaha..... Walaupun tak selesa macam mana pun, walau bising macam mana pun, walau sesak macam mana pun, pagi 1 syawal tu semuanya akan bangun dengan muka ceria. Tersenyum sampai tak cukup pipi dalam menunggu giliran untuk mandi. Kadang-kadang masuk dalam bilik air sampai dua tiga orang dan mandi pun cincai-cincai. Sementara para ibu duk sibuk tunggu giliran untuk menyeterika baju. Lepas pakai baju melayu berderet-deret ke masjid dan bila balik jamah juadah. Wah, betapa sedapnya ketupat bawang, nasi impit, rendang tok, lemang, kuah kacang, ayam masak merah dan macam-macam lagi. Pendek kata penuh bermacam juadah atas sapra. Lepas tu berbarislah ramai-ramai minta ampun dan maaf pada atuk, opah, ibu bapa dan pakcik makcik. Dan tentulah inilah masanya untuk dapat duit raya. Dulu kalau dapat 50 sen pun dah kira okey. Kalau dapat seringgit ke atas rasa macam kena loteri. Hahaha....

Iklan ini membangkitkan nostalgia yang amat berharga dalam hidup aku. Nostalgia yang tak boleh dibeli dengan apa sekali pun. Nostalgia yang aku kenang sampai sekarang. Manisnya hanya diketahui oelh sesiapa yang pernah melaluinya.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua pembaca blog ini. MAAF ZAHIR BATIN sekiranya catatan-catatan aku selama ini ada menyinggung perasaan kalian.

Salam.









Friday, July 18, 2014

Rakaman Audio Dan Transkrip Ukraine Kaitkan Russia Dengan Tragedi


Agensi Perisikan Ukraine mendedahkan rakaman audio yang mereka dakwa sebagai militan pemisah Ukraine berkata “We have just shot down a plane”

Pegawai Perisikan membocorkan rakaman pintasan perbualan yang mereka dakwa antara puak pemisah pro-Russia, yang mengakui mereka menembak jatuh pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.
Transkrip perbualan yang didedahkan oleh Ukraine’s State Security Service (SBU) dikatakan antara militant Igor Bezler dengan seorang Jeneral di Ibu Pejabat Tentera Persekutuan Russian Vasili Geranin.
Menurut wartawan yang membaca transkrip tersebut, panggilan 20 minit selepas pesawat terhempas menyatakan “We have just shot down a plane.”

Dalam transkrip panggilan tersebut juga mendakwa terdapat suara militan lain yang mengesahkan tiada senjata dalam pesawat yang terhempas itu
Berikut ialah transkrip penuh pintasan panggilan telefon ini.
Igor Bezler: We have just shot down a plane. Group Minera. It fell down beyond Yenakievo (Donetsk Oblast).
Vasili Geranin: Pilots. Where are the pilots?
IB: Gone to search for and photograph the plane. Its smoking.
VG: How many minutes ago?
IB: About 30 minutes ago.
SBU comment: After examining the site of the plane the terrorists come to the conclusion that they have shot down a civilian plane. The next part of the conversation took place about 40 minutes later.
[Komen Perisikan Ukraine: Selepas memeriksa tempat kejadian, pengganas membuat kesimpulan mereka telah menembak jatuh pesawat awam. Panggilan seterusnya dibuat 40 minit kemudian]
“Major”: These are Chernukhin folks who shot down the plane. From the Chernukhin check point. Those cossacks who are based in Chernukhino.
“Grek”: Yes, Major.
“Major”: The plane fell apart in the air. In the area of Petropavlovskaya mine. The first “200” (code word for dead person). We have found the first “200”. A Civilian.
“Greek”: Well, what do you have there?
“Major”: In short, it was 100 percent a passenger (civilian) aircraft.
“Greek”: Are many people there?
“Major”: Holy sh__t! The debris fell right into the yards (of homes).
“Greek”: What kind of aircraft?
“Major”: I haven’t ascertained this. I haven’t been to the main sight. I am only surveying the scene where the first bodies fell. There are the remains of internal brackets, seats and bodies.
“Greek”: Is there anything left of the weapon?
“Major”: Absolutely nothing. Civilian items, medicinal stuff, towels, toilet paper.
“Greek”: Are there documents?
“Major”: Yes, of one Indonesian student. From a university in Thompson.
Dalam bahagian ketiga pintasan telefon yang dibuat SBU merakam perbualan antara Komander Divisyen Tentera Russia, Nikolay Kozitisin bercakap kepada seorang anggota pemisah yang tidak dikenalpasti identiti.
In the third part of conversation Cossack commander Nikolay Kozitsin talking to an unidentified militant cynically suggests that the Malaysia Airlines airplane could’ve been carrying spies, as, otherwise, it would have no business flying in that area.
Militant: Regarding the plane shot down in the area of Snizhne-Torez. It’s a civilian one. Fell down near Grabove. There are lots of corpses of women and children. The Cossacks are out there looking at all this.
They say on TV it’s AN-26 transport plane, but they say it’s written Malaysia Airlines on the plane. What was it doing on Ukraine’s territory?
Nikolay Kozitsin: That means they were carrying spies. They shouldn’t be f…cking flying. There is a war going on.

Video Keadaan Pesawat Malaysia Airlines MH17 di lokasi sejurus selepas ia terhempas

Inilah video keadaan MH17 di lokasi sejurus selepas ia terhempas : 




Mungkin inilah Punca Sebenar MH17 Ditembak



Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama. Baca Selanjutnya di DRAMARAJA



Foto-Foto Yang Dipercayai Dari Lokasi MH17 Terhempas Kerana Ditembak Jatuh














Rusia nafi terlibat. Ukraine tuduh Rusia terlibat. Puak pemisah di Ukraine dikatakan mengaku tersalah tembak kerana menyangka ia pesawat tentera Ukraine.

Yang menjadi mangsa ?

Penumpang-penumpang yang tidak berdosa.

Perang, hampir kesemuanya memakan nyawa orang yang tidak berdosa.






MH17 Ditembak Jatuh Di Sempadan Ukraine - MAS menjadi mangsa sekali lagi!



Malam tadi kita dikejutkan oleh satu laporan yang menyatakan bahawa MH17, pesawat MAS yang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh. 295 orang yang terdiri daripada 280 orang penumpang dan 19 orang anak kapal dikhuatiri mati.


Kenyataan rasmi PM Najib Tun Razak :

Yesterday evening, I was informed of the terrible and deeply shocking news that a Malaysia Airlines jet went down in eastern Ukraine. 

Malaysia Airlines has confirmed that the jet was Malaysia Airlines flight 17, which was on a scheduled flight from Amsterdam to Kuala Lumpur. 

The flight departed Amsterdam at 12.15pm, local time. It was scheduled to arrive in Kuala Lumpur at 6.10 am, local, Malaysian time. 

The aircraft was a Boeing 777-200. 

The aircraft’s flight route was declared safe by the International Civil Aviation Organisation. 

And International Air Transportation Association has stated that the airspace the aircraft was traversing was not subject to restrictions. 

Malaysia Airlines has confirmed that the aircraft did not make a distress call. 

The flight was carrying a total number of 295 people – comprising 280 passengers and 15 crew members. 

Malaysia Airlines is in the process of notifying the next-of-kin of the passengers and crew. All possible care will be provided to the next-of-kin. 

The Government of Malaysia is dispatching a special flight to Kiev, carrying a Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team, as well as a medical team. 

According to information provided by Kiev Air Traffic Control, the location of the plane’s emergency locator beacon is 48 degrees 7 minutes and 23 seconds North; and 38 degrees 31 minutes and 33 seconds East.

The Ukrainian authorities believe that the plane was shot down.

At this early stage, however, Malaysia is unable to verify the cause of this tragedy.

But we must – and we will – find out precisely what happened to this flight.

No stone can be left unturned.

If it transpires that the plane was indeed shot down, we insist that the perpetrators must swiftly be brought to justice.

Emergency operations centres have been established. In the last few hours, Malaysian officials have been in constant contact with their counterparts in Ukraine and elsewhere. 

And I will be speaking to a number of world leaders over the coming hours. 

I have had several conversations with the Prime Minister of the Netherlands. 

I have also spoken to the President of Ukraine. He has pledged that there will be a full, thorough and independent investigation, and Malaysian officials will be invited to take part. 

The Ukrainian president also confirmed that his government will negotiate with rebels in the east of the country, in order to establish a humanitarian corridor to the crash site. 

Just now, I received a call from President Obama. 

He and I both agreed that the investigation must not be hindered in anyway. 

An international team must have full access to the crash site. 

And no one should interfere with the area, or move any debris, including the black box. 

This is a tragic day, in what has already been a tragic year, for Malaysia. 

As we work to understand what happened, our thoughts and prayers are with the family and friends of those onboard the flight. 

I cannot imagine what they must be going through at this painful time. 

The flight’s passengers and crew came from many different countries. 


But today, regardless of nationality, we are all united in grief.


Takziah buat para waris penumpang dan anak kapal. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam.



Monday, July 14, 2014

Tentang Proton Yang Perlu Anda tahu

Mari dengar luahan hati jurutera Proton. Anda akan bangga jika anda pengguna Proton. Dan jika anda bukan pengguna Proton (macam aku), mungkin sekarang kita boleh menimbang-nimbang untuk membeli kereta Proton bagi pembelian kereta seterusnya.

Baca artikelnya DI SINI










Diaorang Mujahidin, bukan militan!








Bagi aku diaorang Mujahidin, bukan militan! Semoga ALLAH makbulkan apa yang dihajati oleh mereka : Kemenangan di dunia dan akhirat. Amin.




 

TIDAK Messi, YA Ronaldo!

Aku ni kira minat jugalah bola sepak. Tetapi tidaklah sampai fanatik. Tetapi tetap kenal jugalah pemain-pemain terbaik dunia. Pemain yang aku minat antaranya Messi dan Ronaldo. 

Kalau Barcelona lawan Real Madrid atau Argentina lawan Portugal, entah kenapa aku cenderung untuk pilih pasukan yang diwakili Messi. Intuisi yang aku tak faham sampai semalam. Barangkali kerana dia kecik macam aku (masa aku sekolah dulu le... skrg dah lebar. hahaha), rendah seperti aku (masa aku sekolah dulu le... dan sekarang juga! hahaha), jadi aku cenderung pilih dia berbanding Ronaldo yang aku fikir dari segi bentuk badan memang sempurna. 

Kalau nak dibandingkan Messi ni macam David dan Ronaldo macam Goliath. Ditambah pula dengan muka Messi yang nampak nerd berbanding Ronaldo yang nampak egois, lagilah aku pilih Messi. 

Baru-baru ni kecoh pasal Messi sokong Israel. Bertempurlah dua kumpulan dalam alam maya ni. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. 

Aku tetap sokong Messi. Akhirnya terbukti ia adalah satu program 'Peace Tour' yang dibuat oleh pasukan Barcelona di mana pasukan itu bukan sahaja ke Israel tetapi juga ke Palestine. Malah Messi sendiri dikatakan bersalaman dengan presiden Palestine. Kemuncak program itu adalah perlawanan bola sepak persahabatan di antara Barcelona dan VS Team (gabungan pemain Israel dan Palestine). 

Tuduhan terhadap Messi itu belum sempat menggoyahkan sokongan aku kepadanya. Tetapi tup, tup, hati aku terus berubah sebaik melihat video di bawah ini. Berubah sepantas kilat! 





Messi tak ada di dalam hati aku dah. Ronaldo pula yang jadi pemain pilihan. Tambahan pula bila mengetahui kecenderungannya terhadap Islam. 



TIDAK untuk Messi, YA untuk Ronaldo!


p/s : Argentina kalah? Aku tak rasa apa-apa! Messi memang sudah tak ada dalam hati!




Thursday, July 3, 2014

Kisah ALTEL : Kenapa Kita Perlu Tukar Kepada ALTEL?


Akhir-akhir ini isu tentang ALTEL ini menjadi viral sejak seorang pengguna telefon bimbit menceritakan pengalamannya untuk mendapatkan kad sim ALTEL. Sejak cerita itu berlegar di media sosial, maka kecohlah orang-orang melayu menggerakkan semacam kempen untuk menukar talian yang sedia ada mereka sekarang kepada ALTEL. Malah page FB ALTEL mendapat like secara mendadak dalam satu malam sahaja selepas cerita ini tersebar.

Kenapa kita perlu tukar kepada ALTEL? Jom kita baca kisah ini yang aku salin-tampal daripada page BBCD :

(1) PENGENALAN

Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary. Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion). Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary.

Fakta tentang RM1,600,000,000 (billion) yang diderma oleh Syed Mokhtar diambil dari sebuah Majalah Antarabangsa iaitu Forbes Asia, dimana majalah ini memberi anugerah gelaran kepada Syed Mokhtar Bukhary sebagai 'Wira Dermawan'. Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar selain menderma kepada kaum Melayu di Malaysia, beliau turut menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China serta Indonesia.

Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain bagi penduduk Islam Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia. Kesemua derma dan pertolongan jihad ini dibuat bertujuan untuk mempromosikan Islam dalam masa sama dapat memperluaskan dakwah Islam di Seluruh Malaysia. Itulah sedikit sebanyak cerita pendek mengenai Syed Mokhtar Bukhary ini.

Jadi dengan berbekalkan semangat mahu terus membantu usahawan Melayu ini terus berjaya, supaya dengan harapan hasil duit pembelian ini dapat aku turut menyumbang derma. Aku sebelum ini 10 tahun pakai telco Digi/Maxis. Aku pun tak tahu hasil dari keuntungan aku pakai Digi/Maxis dimana pemilikya salurkan. Boleh jadi membina rumah ibadat tokong/kuil, boleh jadi dia membuat pelaburan perniagaan perjudian, boleh jadi pelaburan minuman alkohol dan berbagai-bagai lagi.

(2) PENCARIAN PEMBELIAN SIMCARD

So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip 'lokasi altel'. Lalu keluar link www.altel.my/en/where-to-buy . Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat iaitu:

Effective Marketing
Lot 2-101, 2nd Floor, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
03-21455281

Broadband Solution Sdn. Bhd.
Lot 3-It-16, Level 3, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
013-3376668

Aku call nombor kedai pertama tak angkat. Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama. Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:

Aku: "Kawan, sim card Altel ada? I mau beli".
Cina: "Mana you tau ini kedai?" (muka terkejut)
Aku: "I tengok website Altel maa, ada tulis you punya kedai ada jual!"
Cina: "aaa..aaa...(garu kepala) sim card lain mau? Digi ada, Umobile ada"
Aku: "You ada jual ke tak,kalau tak jual, i kira you tipu la ni, nanti i report dekat Altel" (aku bengang)
Cina: "Aiyaa ada la, i saja bagitau ada sim card lain maa, mana tau you minat loh, sebenarnya Altel kami tak ada jual disini, kami jual di kedai satu lagi tingkat 3, ini nombor 013-3376668 you kasi call, nanti orang tunjuk jalan"
Aku: "I customer you kasi la tunjuk jalan, ni tingkat 3 kedai you juga apa?!"
Cina: "Aiyaa sikalang manyak customer mali ma, nanti susah tak ada orang"
Aku: (Aku tengok kiri, tengok kanan, customer tak ada pun. Kalau dia tunjuk jalan pun aku tengok ada kawan dia lagi sorang jaga. Hmm dasar sial cina ni tak nak aku beli Altel, kalau tak nak jual Altel, tak payah la amik sim card ni. Aku pun beredar)

Aku pun dengan tak patah semangat tawaf la satu tingkat 3 sambil call no yang dia bagi tu. Akhirnya jumpa tapi hati betul sakit woo. Korang tau tak kat mana kedai tingkat 3 tu? Dekat belah dalam gila babi, dekat belah-belah area bangladesh, nepal, myanmar berniaga. Kira macam tempat keluar masuk stok untuk stor. Aku punya maki hamun dalam hati bengang sebab mana la orang dapat cari kedai macam ni punya dalam. Ini macam kedai repair laptop untuk stor je. Aku pun tak cakap banyak aku aku mulakan pembelian aku:

Aku: "Kawan kasi keluar semua no.Altel, i mau pilih itu nombor"
Cina: "Wahh manyak line lain, mau beli Altel juga ka?"
Aku: "Who is customer? Do you know customer is always right?"
Cina: "Huhu, gurau saja. Kejap aa i pergi ambil"
Aku: (10 minit tunggu)
Aku: (20 minit tunggu)
Aku: (30 minit tunggu)
Aku: (40 minit tunggu)
*kesabaran yang tinggi perlu ada*
Cina: "alooo manyak sori aaa, itu Altel dalam stor susah cari punya, ini satu box you kasi tengok semua nombor"
Aku: (Aku malas nak cakap banyak, aku pun pilih satu satu ada dekat 100 sim card, aku rasa orang tak pernah beli)
Cina: (tiba-tiba tengok satu sim card dan selit tepi asingkan)
Aku: "hei, apa you kasi letak tepi tu? I mau tengok itu nombor"
Cina: "huhu, ini nombor cina banyak suka maa 011-8****888"
Aku: (Aku yang asalnya dah pilih nombor aku nak, sebabkan atas dasar aku nak sakitkan hati cina ni, aku pun cakap)
Aku: "Ini nombor banyak bagus, i amik sekali ini nombor, berapa ringgit?"
Cina: "hmmm, rm14 saja, satu rm7"
Aku: (Ceh, RM7 je satu, ingat RM100 sebab no.cantik kau jual, kalau RM100 pun aku beli la sial, Aku bagi RM14 daftar dan beredar)

(3) TAHAP KELAJUAN INTERNET DAN COVERAGE LINE ALTEL

Bila habis beli, aku terus pergi 7-eleven nak beli topup, sekali yang jaga cashier tu Manager cakap, sini Altel susah masuk lah bang, Tan Sri Vincent Tan kenakan macam macam syarat untuk Altel masuk topup dalam 7eleven. Aku pun panas sekali lagi, lalu aku google dan cari senarai tempat tempat beli topup Altel adalah Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.

Legalah aku sebab stesyen minyak Shell, Petron, Esso, Caltex, Aeon Big dan Jusco memang bersepah-sepah. Aku pun beli dengan jayanya topup rm30 dan terus aktifkan internet RM28 - 1GB. Ada juga pilihan RM48 - 2GB, tapi aku pilih 1GB je sebab dah cukup untuk aku pakai sebulan.

Aku nak cuba kelajuan internet Altel ni tapi tak sempat sebab aku kena pergi terus ke Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai je aku dekat Jemapoh, aku pun cuba kelajuan internet dia. Ya Allah, Wallahi, demi Allah yang memegang urat jantungku, aku bersumpah sepanjang aku pakai line Maxis dekat jemapoh memang tak boleh surfing langsung. Bila aku pakai line Altel ni, dia tunjuk icon line coverage +Hs (High Speed). Punya laju aku pakai line ni, sampai dalam kampung jemapoh yang aku tau memang tak ada line pun Altel boleh akses siap High Speed?

Aku pun cuba surfing cari info kenapa Altel boleh dapat coverage HighSpeed yang Maxis tak pernah dapat dalam Kampung Jemapoh ni. Akhirnya selepas aku caru info di google, baru aku tau bahawa Altel adalah syarikat telco terlaju dalam kelajuan "4G LTE". Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. Sudahlah boleh akses call dimana mana sahaja, tambahan dalam ceruk kampung pun internet HighSpeed laju gila? Seminggu selepas tu. Keluarga aku 10 orang terus tuka nombor kepada Altel dan kawan kawan aku dah 6 orang tukar line kepada Altel tetapi nombor asal mereka kekalkan.

Dengan ini aku bagi korang kesimpulan tentang Altel
1.Altel milik melayu
2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampung
3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain
4.Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
5.Internet package ada dua, 1GB RM28, 2GB RM48
6.Altel boleh tukarkan line dan kekalkan nombor asal.
7.Tempat beli simcard Altel: http://altel.my/en/where-to-buy


Dah baca panjang-panjang ni jom CLICK SHARE supaya kawan korang yang lain terkena baca sampai habis macam korang, dan mana tau dia berminat tukar Altel? Korang mungkin rasa tak nak tukar lagi, tapi kalau korang CLICK SHARE mungkin kawan korang tukar. Dapat bantu Syed Mokhtar Bukhary pecahkan monopoli telco yang dipegang cina dan india.

Jadi, apa tunggu lagi kawan. Jom kita tukar kepada ALTEL beramai-ramai. Sokong perniagaan melayu. Dan yang terpenting melayu yang boleh pulang balik hasil keuntungan yang diperolehinya kepada masyarakat Islam. Pekakkan sajalah telinga pada orang-orang yang kata kalau kita pakat tukar ramai-ramai line yang sedia ada kepada ALTEL, tak mustahil line atau coverage ALTEL yang laju dan luas itu akan sesak. Bila berlaku kesesakan kerana langganan tinggi secara mengejut akan menjadikan servis ALTEL sama macam Maxis, DIGI dan Celcom. Tak mahu bantu melayu, sudah dan paling penting diam. Jangan mahu racun orang supaya tidak tukar kepada ALTEL. 







Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Ogos 2014

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Julai 2014 :



Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan anda seawal hujung bulan ini. 




Saturday, June 21, 2014

Apa Salah Dia?

NILAI: Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di sekitar Bandar ini menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di sini, awal pagi tadi.

Remaja tempatan berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering dan kecil seperti kanak-kanak, malah memakai baju reput, manakala persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, dipenuhi tanah dan najis. 

Operasi diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman bersama 115 anggota Imigresen, 30 anggota RELA, empat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan lima Jabatan Pendaftaran Negara, menyerbu kawasan rumah pangsa itu, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Faizal berkata, rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin, tetapi apabila memasuki sebuah bilik, beliau menyangka menemui mayat, tetapi terperanjat apabila melihat seorang budak OKU yang bergerak.

Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan. 

Ibu remaja itu yang kebetulan baru balik dari bekerja di Sepang ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).




Sumber : Berita Harian




Selfie Maut


 





Di atas adalah gambar selfie seorang gadis yang menjadi viral di laman-laman sosial sejak beberapa hari yang lalu. Selfie ini dipercayai diambil di salah sebuah bangunan di ibu kota.

Wah, memang berani gila perempuan ni. Tentu dia bangga kerana gambarnya itu kini popular di alam maya.

Tetapi dia terlupa tindakannya itu keterlaluan dan amat berbahaya.

Tidak salah hendak berselfie tetapi kenalah berpada-pada. Jangan sampai membahayakan diri.






Siapakah Penjaring Terbanyak Piala Dunia?

Di mana-mana orang bercakap tentang Piala Dunia FIFA 2014 sekarang. Telinga anda mesti tidak terlepas dari mendengar perkataan bola, bola dan bola. Jika anda tidak tahu apa-apa tentang Piala Dunia FIFA 2014, anda akan dianggap sebagai orang gua pada waktu ini.

Jadi lengkaplah diri anda dengan serba sedikit pengetahuan tentang Piala Dunia. Supaya anda boleh bergaul seperti biasa dengan kawan-kawan lain. Agar anda tidak berasa seperti tersisih di ceruk bilik.

Jadi hari ini aku berikan anda satu fakta menarik tentang Piala Dunia.

Siapa ya penjaring terbanyak Piala Dunia?



Sumber : Metro Online



Friday, June 20, 2014

Thursday, June 19, 2014

Kecoh Pasal Naga




Satu Malaya kecoh pasal naga gara-gara pasal gambar ni :



Bermacam-macam ceritalah keluar. Tadi tengah syok lepak di meja cashier, ada pekerja kilang sorang ni tanya, "Dah tengok gambar ni? Betoi ka?" Dia tunjuk gambar di atas tu melalui skrin tabnya. Aku garu kepala dan tersenyum sahaja.

"Hang tak percaya ada naga?" tanyanya lagi.
"Bukan tak percaya. Dinosaur pun depa kata wujud, kenapa tidak naga?" jawab aku.
Kali ini dia pula garu kepala.
Kami sama tersengih.

Jadi aku pun belek-belek le internet. Buat silang rujuk. Akhirnya jumpa gambar ni :


  
Fikir-fikirkanlah.....

P/s : Teringat 'black out' dan 'pengundi bangla' masa PRU yang lepas dan terkini Tragedi MH370.



Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Julai 2014

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Julai 2014 :



Comel je cover keempat-empat buah novel ini. Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan anda seawal hujung bulan ini. 






Ke Mana Kita Hendak Lari?

Di dalam kita melaung-laungkan untuk memboikot segala produk yahudi dan barat yang tidak habis menindas orang Islam di serata pelusuk dunia sama ada secara langsung atau melalui proksi mereka, sedarkah kita bahawa realitinya tidak semudah itu. Selalunya kita hangat-hangat taik ayam. Berkobar-kobar bila sesuatu isu tentang penindasan orang islam itu hangat di dada-dada akhbar dan kaca telivisyen. Bila berita-berita itu mulai tidak terpampang lagi di media, maka semangat yang berkobar-kobar itu pun dinginlah semula lalu hilang perlahan-lahan selari dengan masa dan hanya akan muncul semula bila ada berita terbaru tentang penindasan orang Islam terpampang semula di media.

Yang ironinya kita sendiri pun hanya tahu beberapa produk tertentu yang berkaitan dengan yahudi zionis dan kapitalis barat ini. Sebagai panduan di sini aku tunjukkan kepada anda betapa berseliratnya hubungan 10 syarikat mereka yang menawarkan produk-produk kepada kita.



Anda rasa anda boleh lari daripa membeli produk mereka?


Semoga bermanfaat.




Spain Ucap Selamat Tinggal Pada Piala Dunia FIFA 2014



Spain kalah lagi! Selepas dibelasah 5-1 oleh Pasukan Belanda, kali ini pasukan itu dikejutkan pula oleh Chile dengan jaringan gol 2-0. Pintu untuk ke pusingan beikutnya tertutup rapat untuk mereka. Terlopong malah menangislah peminat-peminat pasukan yang diberi jolokan La Roja atau Sang Merah ini. Malangnya untuk Piala Dunia FIFA kali ini mereka tidak segarang merah seperti yang diharapkan.

Walaupun perit, tetapi terpaksa diakui bahawa Spain tidak segah dahulu lagi. Zaman emas mereka sudah pun berakhir.

Bagi kaki judi, jangan terjun bangunan!


P/s : Letih sokong pasukan negara lain. Bila Pasukan Bolasepak Malaysia dapat masuk pusingan akhir Piala Dunia FIFA ni....




Model Terbaru Proton

Anda letih memandu kereta lama yang sudah tidak berada di dalam prestasi yang baik? Yang kos pemyelengaraannya semakin hari semakin tinggi disebabkan jarak perjalanan yang sudah tinggi dan usia enjinnya yang sudah tua? Dan kini atau dalam masa hadapan anda berkira-kira hendak menukar kereta baru?

Barangkali anda boleh masukkan kereta proton model terbaru di dalam senarai 'kereta yang akan dipertimbangkan' untuk dibeli!


cantik woo!

Barangsiapa yang skeptikal terhadap produk Proton, diharapkan produk terbaru Proton ini mampu mengubah persepsi lama anda. Mari kita tengok lagi gambar curi model terbaru Proton yang berkod P2-30A ini.



P2-30A ini dikategorikan sebagai Proton Global Smalll Car (GSC). 








Wednesday, June 18, 2014

Cara Ikat Tali Leher Terpantas

Paling akhir aku ikat tali leher ni masa di MRSM dahulu. Di MRSM dahulu tiap-tiap hari kena pakai tali leher (maksud aku dari isnin hingga khamis. Hari Jumaat pakai baju melayu. Takkan kena pakai tali leher juga kan. Sabtu dan ahad pula cuti). Aku agak okey le dalam bab mengikat tali leher ni. Tak ada lah ambil masa yang lama untuk pakai tali leher sampai berpeluh dahi. Tetapi kesian juga aku tengok kawan-kawan se'wing' atau sedormitori yang susah payah mengikat tali leher sampai terpaksa buat berkali-kali sehingga ambil masa yang lama. Bila dah siap taklah elok juga. Gedabak semacam. Ada yang terpanjang dan ada yang terkontot.

Jadi, bagi sesiapa yang masih tak reti ikat tali leher, di sini aku kongsikan dua video cara mengikat tali leher yang terpantas dan semestinya cantik.



                         


Cuba korang CUBA. Boleh tak? Hehehe







Piala Dunia FIFA 2014





Piala Dunia FIFA datang lagi. Di mana-mana, orang makan bola, minum bola, tidur bola dan mimpi bola. Restoran nasi kandar meriah seawal 12 tengah malam sampai 6 pagi. Untuk perlawanan pukul 9 pagi, kuranglah sedikit pelanggan yang lepak di restoran nasi kandar kerana masing-masing bekerja.

Tetapi ada juga yang tak mampu nak bersengkang mata menonton perlawanan awal pagi. Jadi, bagi yang tak berkesempatan, apa kata anda ikuti keputusan perlawanannya di Blog fiitrihussin. Di sini ada disediakan keputusan bagi setap perlawanan secara langsung.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih atas tunjuk ajar Blog Hasrul Hassan.

Suami Tabah Melihat Mayat Isteri



Cheras – Kuala Lumpur: Pagi Selasa Berlaku Satu Kemalangan Ngeri Melibatkan Sepasang Suami Isteri Muhammad Hafiz Ab Rahmn, 28, menghantar isterinya, Norsha Ahmad,35 ke tempat kerja di Taman Shamelinyang dari rumah mereka di Baju 9 Cheras.

Dalam keadaan yang sempit disebab oleh pembinaan MRT, motosikal yang dibawa mereka cuba mengelak sebuah kereta mewah yang melalui jalannya itu lalu hilang kawalan dan terjatuh.

Malangnya bagi pasangan tersebut apabila ada sebuah lori sarat dengan pasir mengekori mereka dari belakang terus menggilis si isteri. Manakala si suami pula telah selamat kerana dia berada di tengah-tengah ruang antara tayar lori terbabit. 

Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati.

Melihat keadaan isterinya dalam kedaan begitu lantas beliau membuka baju bagi menutup mayat isterinya. Orang ramai kemudiannya memberikan sehelai lagi baju untuk menutup mayat tersebut.

Bagi anggota trafik bertugas, melihat kecekalan dan tabahnya Muhammad Hafiz apabila sama-sama mengumpulkan cebisan mayat isterinya dan membantu mencuci jalan kesan dari kemalangan ini.

Menyedihkan lagi, pasangan ini mempunyai seoarang anak lelaki yang baru berusia 6 bulan, Muhammad Adam Mishary. 

Menurut Blog Odnscene, Muhammad Hafiz merupakan pelajar pengajian Islam di sebuah madrasah di Sri Petaling, manakala arwah isterinya merupakan pekerja sebuah kilang roti di Taman Shamelin. 

Sumber : Siakap Keli








Semoga Saudara Muhammad Hafiz terus tabah menghadapi dugaan. Kerana : Inna Lilahi wa inna ilaihi raji'un - "Sesungguhnya kita semua milik Allah, dan kepada Allah jualah kita kembali."

Al-Fatihah.

Adakah kita mampu setabah dia? Tanya-tanyakan pada diri sendiri.