Pages

Tuesday, August 16, 2011

Nasi Briyani Milani?

Nasi briyani milani? Itu respon spontan aku bila isteri ajak makan nasi briyani milani. Aku pernah makan nasi briyani biasa dan nasi briyani gham tapi nasi briyani milani bukan saja tak pernah makan, dengar pun tak pernah. Aku tanya nak makan di mana. Dia jawab, “Penang”. Terus lemah segala sendi. Bukan apa malas hendak memandu dari Kulim ke Penang semata-mata untuk makan hidangan yang rasanya belum tentu kena dengan selera tekak aku ini. Tapi memandangkan isteri aku berpuasa ganti pada hari itu maka aku setuju untuk membawanya berbuka puasa dengan nasi briyani milani. Dalam perjalanan tak habis-habis dia memuji kesedapan nasi briyani milani tu. Dia pernah makan  sekali dengan rakan sepejabatnya kerana Restoran Kapitan Gurney yang menjual nasi itu berdekatan dengan pejabatnya. Aku pun angguk saja. “Nanti abang rasalah. Memang sedap…”
Kami sampai di Gurney. Selepas parkir kereta terus ke Restoran Kapitan Gurney. Membuat pesanan. Air minuman sampai dulu. Selepas 15 minit, nasi briyani milani pun sampai. Pergh, orang putih kata : impress! yeop. Berwarna warni. Jenis-jenis kuahnya nampak pelik. Ingatkan ada dalca. Rupa-rupanya hirisan bawang dan lobak merah sahaja yang dipadankan dengan ayam. Tak sabar nak jamah yeop. Tapi kena tunggu azan maghrib. Kena hormat orang yang sedang berpuasa. Jeling nasi briyani milani, jeling jam, nasi briyani milani, jam ….. lambatnya masa berdetik! Erghhhhh….. 

IMG00234-20110730-1936
Hidangan satu set nasi briyani milani. Sungguh membangkitkan selera yeop

Sabar. Sabar kan sebahagian daripada iman….. Aku mampu sabar hinggalah azan maghrib kedengaran daripada Blacberry isteri. Sedut air dan terus jamah nasi briyani milani. Aku tak terkata yeop bila nasi, kuah dan ayam nasi briyani milani mencecah lidah. Sedap sungguh! Satu suap ke satu suap. Sudah tidak tengok keliling. Sedar-sedar nasi sudah nak habis. Ayam masih banyak. Hendak tak nak terpaksalah aku perlahankan momentum suapan. Dan terpaksa juga mengurangkan kuantiti setiap suapan supaya nasi dapat habis sama dengan ayam. Hendak saja aku pesan lagi sepinggan tapi seganlah pulak. Jadi aku cuba nikmati sisa yang ada dengan sepenuhnya. Akhirnya aku dan isteri habis menikmati nasi briyani milani. Mari kita tengok pinggan masing-masing selepas selesai menjamah nasi briyani milani…… 
IMG00236-20110730-1954
Pinggan Puan Umi

IMG00235-20110730-1953
Pinggan aku. Licin yeop mengalahkan pinggan Puan Umi. Berbaloi memandu dari Kulim

Apa kesimpulan korang berdasarkan keadaan pinggan selepas menjamah nasi briyani milani? Memang sedap yeop! Aku yang tak pernah makan pun boleh licin calat pinggan. Kalau korang berkesempatan pergi penang aku syorkan korang pi makan nasi briyani milani di Restoran Kapitan Gurney di Gurney selain menjamah nasi kandar dan pasembor penang.
Selamat menjamu selera.

1 comment:

  1. wahh...mcm sempoi ja...nt bleh blnja wafi lar.....

    ReplyDelete