Kalau
korang baca blurb KABUT, pada perenggan awal tertera ayat ni :
'Gempar!
Tiga
pembunuhan berprofil tinggi berlaku. Di daerah dan waktu berbeza. Mangsa-mangsa
dibunuh dengan amat kejam. Menggunakan alat dan seksaan-seksaan yang amat
mengerikan... '
Empat
posting yang seterusnya akan fokus pada 'alat dan seksaan-seksaan yang amat
mengerikan itu...
Sudah
bersedia?
Pertama
: Seksaan Disembowelment
Secara
ringkasnya seksaan ini dilakukan dengan menoreh atau membelah perut atau dada
mangsa untuk mengeluarkan organ-organ dalaman yang penting.
Organ
yang selalunya menjadi sasaran ialah usus
Jika
mangsa tidak mati setelah ususnya dikeluarkan, pendera akan mengeluarkan pula
paru-paru, hati dan jantung
Contoh
disembowelment yang terkenal dan paling senang dirujuk ialah harakiri atau
seppuku, ritual bunuh diri samurai jepun itu.
Disembowelment
juga termasuk dalam senarai seksaan yang digunakan semasa The Inquisition. https://en.wikipedia.org/wiki/Inquisition
Ia
juga digunakan oleh tentera viet chong sebagai sebahagian daripada kaedah
perang saraf
Petikan
KABUT berkaitan seksaan ini :
Lelaki
berbalaclava menusuk mata pisau lipat itu dengan lebih dalam. Selepas itu
menariknya dengan perlahan-lahan dari sisi ke sisi perut Kamal. Garisan daging
putih yang tersembul pantas disimbahi darah yang merembes keluar daripada luka
kelaran. Darah yang merembes banyak mengalir ke kelangkang, kedua-dua belah
kaki dan jatuh titik demi titik ke dalam baldi kosong.
Kamal
meraung kesakitan sehingga wajahnya merah padam dan urat-urat lehernya timbul.
Disembowelment
harakiri - contoh disembowelment
Kedua :
Seksaan Burn At The Stake :
Mangsa
yang diikat pada sebatang pancang dibakar dengan api dari unggun yang berada di
bawahnya
Kebiasaanya
mangsa akan dibakar hidup-hidup
Pada
Zaman Pertengahan (Eropah) ia selalunya digunakan untuk menyeksa / membunuh
penghujat kristian, pencuri dan pengamal sihir
Petikan
di dalam KABUT berkaitan seksaan ini :
Lelaki
berbalaclava melempar batang mancis yang menyala itu ke arah unggun kayu.
Minyak tanah pada unggun kayu itu menyambar api. Api merebak ke seluruh kayu
api yang lain. Unggun api itu terbakar dengan cepatnya. Semakin lama, semakin
besar...
Burn at the stake
Mahu lagi?
Korang
boleh ke page fb KABUT untuk mengetahui lebih lanjut. Page Fb KABUT (klik sini)
- Celikkan Hati Dan Kau Akan Temui –
No comments:
Post a Comment