Pages

Thursday, November 22, 2012

Apa Nasib KATARAK?

Salam, kawan.

Korang ingat tak lagi aku ada hantar satu manuskrip berjudul KATARAK ke alaf 21. Kalau belum baca dan nak ingatkan semula, baca di sini. Selepas lebih kurang tiga minggu dihantar dan dinilai oleh editor alaf 21, Saudara Fuad, akhirnya aku pun dapat keputusan hari ini.

Saudara Fuad hantar sms kepada aku. Masuk peti mesej pukul 12.56. Tapi baru baca pukul 2 petang tadi. Isi smsnya :

'Salam, novel Katarak...'

Suspen ni.....

'....diterima...'

Aku menarik nafas lega. Bersyukur dalam hati. Alhamdulillah meniti bibir.

'...untuk terbitan februari 2013.'

Alhamdulillah meniti bibir lagi. Cepat manuskrip aku tu diproses.

'Boleh send soft copy.' Sms tamat.

Aku segera nak jawab sms Saudara Fuad tu. Tekan punya tekan sampai akhirnya tekan butang send. Dapat balik : you have insufficient balance ....... bla, bla.... . Tak dapatlah nak balas sms Saudara Fuad tu dengan kadar paling segera. Tak dapat juga nak telefon isteri untuk beritahu berita gembira ni.

Lalu cepat-cepat hantar soft copy KATARAK pada saudara Fuad. Selepas dua tiga minit selesailah.


Kecik sangat. Tak nampak

Alhamdulillah, akhirnya manuskrip aku terbit sekali lagi. Kawan-kawan, tunggu KATARAK di pasaran Februari nanti.

Salam.

p/s : Tak sabar nak balik dari kerja, top up dan hantar sms terima kasih pada Saudara Fuad. Juga nak telefon isteri.
 Moral : Selalu kena ada kredit dalam telefon bimbit. Ia pasti dapat membantu saat-saat bahagia begini. Begitu juga di saat kecemasan.


  

14 comments:

  1. Katarak ialah penglihatan yang kabur kerana cahaya tidak dapat menembusi kanta mata. Sejenis penyakit mata. Kalau untuk novel ini ia bermaksud mata fizikal dan hati yang tidak dapat melihat kebenaran yang hakiki tentang apa yang mereka pegang dan ikuti.

    ReplyDelete
  2. tahniah suami tercinta..semoga novel katarak mendapat sambutan untuk pengemar novel yang mahukan sesuatu yang berbeza...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum :) baru je habis baca novel "kau pertama aku kedua". syok sangat. tapi ending cerita tu sedih :( ingatkan tak ada sambungan tadi. bila novel kedua tu diterbitkan?

    ReplyDelete
  4. Tashyra Sha : Sudah diterbitkan sejak Februari. Sudah ada di kedai2 buku. Katarak - Alaf 21

    ReplyDelete
  5. baru baca setengah tapi memang terbaik... setiap chapter membuatkan saya teruja untuk terus membaca

    ReplyDelete
  6. emmm novel katarak tu sinambungan novel kau pertama aku kedua ke? atau ia suatu cerita yang lain... saya lom baca novel kau pertama aku kedua so x tau..

    ReplyDelete
  7. emm en. fitri adakah anda menyokong kerajaan yang sedia ada pada masa ini??

    ReplyDelete
  8. Anonymous : Anda akan ketahui pandangan saya tentang itu di akhir Katarak. Ya, mesejnya bersambung drpd Kau Pertama Aku kedua.

    ReplyDelete
  9. katarak memang awesome.
    you had done such a great job !
    acc,selama neyh saya jarang baca novel2 melayu.
    but,kengkawan yang suggest kt saya novel katarak neyh
    tiada penyesalan.plot digarap dengan begitu baik.
    to be honest,saya rasa kelainan katarak dah berjaya buka mata saya mengenai novel melayu.bukan semua novel melayu pasal cinta dan plot yang basi right?
    salut untuk katarak :D

    ReplyDelete
  10. salam en fitri....saya dah habis baca novel katarak...TAHNIAH kerana menghasilkan novel yang sebagus ini....diharap en fitri akan terus bergiat aktif utk menulis genre yg sebegini...sebaris dgn nama2 besar yg lain...

    ReplyDelete
  11. salam..TAHNIAH buat saudara....sy br habis baca KATARAK petang td......semoga saudara sentiasa akan "jaga" utk menghasilkan karya2 baru yang hebat.....

    ReplyDelete