Pages

Showing posts with label Kau Pertama Aku Kedua 2. Show all posts
Showing posts with label Kau Pertama Aku Kedua 2. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Apa Nasib KATARAK?

Salam, kawan.

Korang ingat tak lagi aku ada hantar satu manuskrip berjudul KATARAK ke alaf 21. Kalau belum baca dan nak ingatkan semula, baca di sini. Selepas lebih kurang tiga minggu dihantar dan dinilai oleh editor alaf 21, Saudara Fuad, akhirnya aku pun dapat keputusan hari ini.

Saudara Fuad hantar sms kepada aku. Masuk peti mesej pukul 12.56. Tapi baru baca pukul 2 petang tadi. Isi smsnya :

'Salam, novel Katarak...'

Suspen ni.....

'....diterima...'

Aku menarik nafas lega. Bersyukur dalam hati. Alhamdulillah meniti bibir.

'...untuk terbitan februari 2013.'

Alhamdulillah meniti bibir lagi. Cepat manuskrip aku tu diproses.

'Boleh send soft copy.' Sms tamat.

Aku segera nak jawab sms Saudara Fuad tu. Tekan punya tekan sampai akhirnya tekan butang send. Dapat balik : you have insufficient balance ....... bla, bla.... . Tak dapatlah nak balas sms Saudara Fuad tu dengan kadar paling segera. Tak dapat juga nak telefon isteri untuk beritahu berita gembira ni.

Lalu cepat-cepat hantar soft copy KATARAK pada saudara Fuad. Selepas dua tiga minit selesailah.


Kecik sangat. Tak nampak

Alhamdulillah, akhirnya manuskrip aku terbit sekali lagi. Kawan-kawan, tunggu KATARAK di pasaran Februari nanti.

Salam.

p/s : Tak sabar nak balik dari kerja, top up dan hantar sms terima kasih pada Saudara Fuad. Juga nak telefon isteri.
 Moral : Selalu kena ada kredit dalam telefon bimbit. Ia pasti dapat membantu saat-saat bahagia begini. Begitu juga di saat kecemasan.


  

Wednesday, November 14, 2012

Lagu-Lagu Dalam KATARAK

Aku baru sahaja siapkan KATARAK seperti yang aku beritahu dalam posting sebelum ini fh : Yahoo, Katarak dah siap! Aku muatkan beberapa lagu di dalam Katarak. Senarai lagu di dalam KATARAK :

1) Milik Siapakah Gadis Ini
2) Malam Bulan Dipagar Bintang
3) Tanya Sama Hati
4) Engkau Laksana Bulan
5) Hatiku Dicuri Lagi
6) Tak Seindah Wajah
7) Dengarlah Gemala Hati
8) Aku, Dia Dan Lagu
9) Mengapa Dirindu
10) Dalam Air Terbayang Wajah

Tapi aku paling suka lagu Dengarlah Gemala Hati. Versi Tan Sri P. Ramlee dalam filem Panggilan Pulau memang mengasyikkan. Versi Hamdan Ramli dalam filem Man Laksa pula memang tak terlupakan. Video Dengarlah Gemala Hati versi Hamdan Ramli :




p/s Nantikan KATARAK di pasaran. Judul novel kemungkinan akan berubah mengikut perbincangan dengan pihak editor.


Sunday, November 11, 2012

Yahoo, Katarak dah siap!

Alhamdulillah. Akhirnya dengan izin Allah siap jugalah novel yang dulu aku panggil KPAK2 tu. Maksudnya sudah siap ditaip. Selepas fikir panjang, aku letak tajuk novel tu KATARAK. Ini tajuk yang aku berilah. Tajuk yang editor akan beri tak tahu lagi. Novel ni rasanya paling mencabar. Ditulis tanpa rangka dan maklumat yang lengkap seperti KPAK dulu. Jadi ambil masa untuk menulis. Apa pun memang berbaloi.

                                             Yang dulunya conteng-conteng kini dah jadi manuskrip

Mudah-mudahan akan diterbitkan. Mohon didoakan.......

Friday, January 6, 2012

Pembikinan Kau Pertama Aku Kedua 2 (KPAK2) Bahagian 2

Selepas beberapa bulan, di celah-celah kesibukan kerja dan hidup, akhirnya proses menulis manuskrip terbaru KPAK2 sampai ke penghujung. Berpeluh dan panas kepala jugalah untuk menyiapkannya. Mujurlah ada Evernote yang memudahkan aku untuk mengurus dan menyimpan setiap idea dan maklumat. Di situlah tempat rujukan setiap kali aku menulis manuskrip tersebut. aku tulis apa yang ada di dalam kepala.

                                                           evernote yang banyak membantu

Kadang-kadang ada ayat-ayat yang tunggang langgang. Aku teruskan juga menulis kerana tidak mahu cubaan mengedit di kala syok menulis akan merencatkan aliran idea yang sedang mengalir dalam fikiran. Jadi bila ada masa terluang di lain hari aku gunakan untuk mengedit ayat-ayat yang tunggang langgan tersebut. Jadi kalau dilihat buku aku menulis manuskrip tu memang banyaklah potong sana sini dan tambah sana sini.

                                                           potong dan tambah sana sini

Tapi akhirnya selepas bertungkus lumus maka siaplah manuskrip KPAK2. Sekarang tengah pulun menaip pulak. Proses ini pun leceh. Kadar kecepatan banyak bergantung pada kerajinan menaip. Macam hari ni baru dapat taip 8 mukasurat. Semalam pula dapat taip 17 mukasurat.
         
                                                       siapa nak tolong aku taip? Lenguh jari...

Aku doa, insyaallah, manuskrip terbaru ini jika berjaya diterbitkan akan hit. Mintak-mintak jualannya macam Ombak Rindu, Gemersik kalbu dan novel-novel yang terjual banyak tu. Maka akan kayalah aku.... hahaha. tapi yang terpenting aku harap KPAK2 ini nanti isinya dapat difaham dan dihadam oleh pembaca. Mudah-mudahan.... Amin.
                                               

Tuesday, May 10, 2011

Pembikinan Kau Pertama Aku Kedua 2 (KPAK2)

Jalan yang mana satu?
Secara asasnya jalan cerita  KPAK2 sudah ada di dalam kepala. Tetapi terlalu banyak simpang siurnya sampai tidak tahu jalan mana yang perlu dipilih untuk menjadikan sekuel KPAK ini menjadi lebih mantap. Matlamat utama selain mahukan jalan cerita yang mantap ialah mahu memastikan manuskrip KPAK2 ini nanti tak lebih dari 550 mukasurat. Perit rasanya jika manuskrip yang panjang seperti KPAK yang sepanjang 1000 mukasurat dulu terpaksa dipendekkan sehingga 500++ mukasurat. Apa yang penting KPAK 2 pastinya menjanjikan perjalanan hidup aku (Zamri) yang lebih mencabar. Semoga semuanya dipermudahkan olehNYA.... Amin