Pages

Thursday, March 17, 2016

KABUT DIGERENTI BEST

Pergh...

Digerenti Best tu!

Korang memang terpaksa rembat!

Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan, karangkrafmall.com (klik sini) atau mesej aku

Selamat Membaca






Wednesday, March 16, 2016

JOM BELI KABUT


Apa tunggu lagi?
Dapatkan KABUT sekarang
RM26 untuk 688 muka surat penuh thrill
Berbaloi, berbaloi, berbaloi!

Gerenti Best








Tuesday, March 8, 2016

Pre-Orde KABUT

Dah banyak orang tanya, tak buka pre-order ke untuk KABUT ni?
Sekarang ni aku dengan rasminya buka pre-order untuk KABUT
Jadilah orang yang terawal untuk memiliki novel thriller yang mendebarkan ini!

Novel yang dibeli dari page ni akan bertandatangan penulis...

Lihat pada gambar untuk butiran lanjut dan pm laju-laju



- Celikkan Hati Dan Kau Akan Temui -



Monday, March 7, 2016

Seksaan-Seksaan Di Dalam KABUT

Kalau korang baca blurb KABUT, pada perenggan awal tertera ayat ni :
'Gempar!
Tiga pembunuhan berprofil tinggi berlaku. Di daerah dan waktu berbeza. Mangsa-mangsa dibunuh dengan amat kejam. Menggunakan alat dan seksaan-seksaan yang amat mengerikan... '
Empat posting yang seterusnya akan fokus pada 'alat dan seksaan-seksaan yang amat mengerikan itu...
Sudah bersedia?

Pertama : Seksaan Disembowelment
Secara ringkasnya seksaan ini dilakukan dengan menoreh atau membelah perut atau dada mangsa untuk mengeluarkan organ-organ dalaman yang penting.
Organ yang selalunya menjadi sasaran ialah usus
Jika mangsa tidak mati setelah ususnya dikeluarkan, pendera akan mengeluarkan pula paru-paru, hati dan jantung
Contoh disembowelment yang terkenal dan paling senang dirujuk ialah harakiri atau seppuku, ritual bunuh diri samurai jepun itu.
Disembowelment juga termasuk dalam senarai seksaan yang digunakan semasa The Inquisition. https://en.wikipedia.org/wiki/Inquisition
Ia juga digunakan oleh tentera viet chong sebagai sebahagian daripada kaedah perang saraf
Petikan KABUT berkaitan seksaan ini :
Lelaki berbalaclava menusuk mata pisau lipat itu dengan lebih dalam. Selepas itu menariknya dengan perlahan-lahan dari sisi ke sisi perut Kamal. Garisan daging putih yang tersembul pantas disimbahi darah yang merembes keluar daripada luka kelaran. Darah yang merembes banyak mengalir ke kelangkang, kedua-dua belah kaki dan jatuh titik demi titik ke dalam baldi kosong.
Kamal meraung kesakitan sehingga wajahnya merah padam dan urat-urat lehernya timbul.

                                                              Disembowelment


                                                         harakiri - contoh disembowelment



Kedua : Seksaan Burn At The Stake :
Mangsa yang diikat pada sebatang pancang dibakar dengan api dari unggun yang berada di bawahnya
Kebiasaanya mangsa akan dibakar hidup-hidup
Pada Zaman Pertengahan (Eropah) ia selalunya digunakan untuk menyeksa / membunuh penghujat kristian, pencuri dan pengamal sihir
Petikan di dalam KABUT berkaitan seksaan ini :
Lelaki berbalaclava melempar batang mancis yang menyala itu ke arah unggun kayu. Minyak tanah pada unggun kayu itu menyambar api. Api merebak ke seluruh kayu api yang lain. Unggun api itu terbakar dengan cepatnya. Semakin lama, semakin besar...

Burn at the stake


Mahu lagi?

Korang boleh ke page fb KABUT untuk mengetahui lebih lanjut. Page Fb KABUT (klik sini)

- Celikkan Hati Dan Kau Akan Temui –





Saturday, March 5, 2016

Novel-Novel Alaf 21 Bulan Februari 2016

Dipersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan februari 2016 :




Gerenti Best oleh Alaf 21!

Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan atau beli atas talian di karangkrafmall.com

Selamat membaca!




Page fb KABUT

Untuk KABUT, aku buat page fb

Page ni berbicara semua yang berkaitan dengan KABUT sahaja

Takkan berbicara tentang novel lain

Korang boleh komen, bincang, kritik (bukan kutuk) dan puji (amat dialu-alukan -hehehe) KABUT di page ni

Segala info tentang KABUT juga akan aku muat naik di page ni terlebih dahulu sebelu dikongsi di page peribadi dan lain-lain

Konon-kononnya page ni dapat hak eksklusif segala yang berkaitan dengan KABUT (poyo je...)

Ini link page KABUT ---> Page FB KABUT (sila klik!)

Di bawah ni pulak posting terbaru di page KABUT :



Jangan lupa sila like page fb KABUT sekali

Terima kasih...

Friday, March 4, 2016

Baca KABUT di Ilham

Salam,

Ni aku belanja bab 1 KABUT :


BAHAGIAN 1

Imbas semula 1

 Tahun 1995

Satelit semulajadi bumi itu tergantung di dada langit malam. Ia bersinar memantulkan cahaya menembusi awan nipis yang memayungi kawasan itu. Sebahagian cahaya dari bulan itu terdampar pada sebuah cerun berbatu bukit. Cerun berbatu bukit itu terletak di belakang salah sebuah blok kediaman pelajar lelaki. Seorang pelajar lelaki yang sejak tadi berdiri di kaki lima di bawah kesamaran cahaya sambil menatap bulan dan cerun berbatu bukit itu meludah. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam blok kediaman pelajar senior. Dia memeriksa sekumpulan pelajar senior yang sedang sibuk bersiap. Ada yang sedang mengenakan but, mencelorengkan muka dan memakai tali pinggang askar. Dia melihat jam tangan lalu mengarahkan kumpulannya itu segera bersiap kerana mereka akan bergerak bila-bila masa. Mereka bersiap pantas dan kemudian sebahagiannya mencapai kayu hoki, kayu pemukul sofbol dan batang kayu. Selepas itu mereka pun bergegas keluar dari bangunan itu. Berjalan pantas hampir berlari melalui laluan gajah menyusur hingga sampai di dewan kuliah. Mereka berdiam di luar pintu dewan kuliah untuk beberapa ketika. 
Keadaan yang tadi sepi kini riuh rendah di dalam dewan kuliah itu. Dicetuskan oleh pengumuman Kamal yang menyatakan bahawa kumpulan pelajar baru tahun ini diberi peluang untuk mengemukakan cadangan senarai barang-barang elektrik dan sebagainya yang mereka inginkan berada di sayap kediaman masing-masing. Keadaan bertambah riuh bila Kamal memberitahu peluang itu julung kali berlaku. Berkali-kali menyatakan bahawa kumpulan pelajar baru tahun ini beruntung kerana mendapat peluang keemasan begitu. Peluang keemasan yang tidak pernah diperolehi oleh kumpulan-kumpulan pelajar tahun-tahun sebelumnya termasuklah kumpulan pelajar tahunnya sendiri.

 “BETUL ke bang?” tanya Haris, salah seorang daripada ratusan pelajar baru tingkatan empat yang mendaftar masuk ke sekolah berasrama penuh itu.
“Ya. Ini sekolah elit. Diberi kemudahan terbaik. Sebut sahaja, tetapi alasannya perlu munasabah. Pihak sekolah akan pertimbangkan. Jika sesuai akan diluluskan,” jawab Razi, salah seorang fasilitator minggu orientasi itu.
Haris dan rakan sekumpulan berteriak seronok.
“Peti sejuk!” kata Shukri, salah seorang pelajar baru.
“Alasan?” tanya Maria.
“Sebab nak simpan makanan supaya tahan lamalah,” jawab Shukri.
“Boleh ke?” tanya Maria yang mencatat sambil melihat muka Haris yang menjadi ketua kumpulan itu. “Kalau bolek syok juga. Boleh simpan coklat Cadbury.”
“Bubuh saja. Terima atau tidak, belakang kira,” jawab Haris.
Maria memasukkan peti sejuk di dalam senarai barangan yang mereka kehendaki ada di asrama.
“Baca senarai kita tu,” arah Haris.
 “Televisyen, radio, penghawa dingin dan peti sejuk,” baca Maria.
“Televisyen kan sudah ada di dewan makan tu,” komen Azrai.
“Betul. Memang dah disediakan. Tetapi lagi bagus kalau ada di setiap asrama. Tak payah satu sekolah kena berkumpul di dewan makan untuk tengok televisyen,” jawab Khairi yang memberi cadangan televisyen tadi.
“Berkumpul beramai-ramai dapat memupuk perpaduan! Televisyen jika ada di setiap asrama hanya akan merenggangkan perpaduan,” balas Azrai.
   “Takkan sampai begitu sekali,” tingkah Khairi pula.
“Mungkin saja...” pertahan Azrai.
“Aku tetap rasa kita tak perlu minta televisyen. Banyak kesan buruk kalau setiap asrama ada sebuah televisyen.”
“Apa yang buruknya?!” tanya Khairi, tinggi sedikit suaranya.

Suasana berubah tegang. Perdebatan juga berlangsung sesama ahli dalam kumpulan lain. Tetapi ada juga kumpulan pelajar yang bergelak ketawa, gembira memikirkan alangkah beruntungnya jika senarai mereka itu diluluskan oleh pihak sekolah. Semua itu menjadikan dewan kuliah itu riuh rendah.

“Televisyen buat kita lalai!” jawab Azrai.
“Kekalkanlah jadual menonton seperti sekarang. Masa-masa lain manggalah televisyen itu macam biasa,” balas Khairi.
“Lebih bagus kalau waktu menonton itu digunakan untuk mengulangkaji!” kata Azrai.
“Perlu hiburan juga. Tak boleh menghadap buku siang malam, tujuh hari seminggu!” balas Khairi.
“Semua hiburan televisyen melalaikan. Mana ada yang bagus!” kata Azrai.
“Hang silap!” jawab Khairi.

Keadaan menjadi lebih tegang. Pasti lebih riuh-rendah. Ketika itulah pintu hadapan dewan kuliah itu dikuak deras. Bunyi degar daun pintu menghentam dinding membingitkan suasana. Seluruh isi dewan kuliah itu terkedu.
Sekumpulan pelajar senior yang menunggu di luar pintu tadi menyerbu masuk. Salah seorang daripada mereka mengayunkan kayu hoki ke papan hijau. Kawasan papan hijau yang terkena pukulan itu pecah. Seorang lagi mengayunkan kayu sofbol pada kerusi kosong. Kerusi kosong itu terlopong pecah. Perlakuan mereka diikuti oleh rakan-rakan yang lain. Kerusi dan meja dipecahkan dan bergelimpangan di lantai. Keadaan menjadi tidak terkawal. Pelajar-pelajar baru, terutamanya pelajar perempuan menjerit ketakutan. 


 “Bangsat!” kata Lomu yang mengetuai serangan berkumpulan itu. Mukanya yang berceloreng menampakkan lebih kebengisan.

Selebihnya korang boleh baca di Ilham Karangkraf









KABUT DAH NAK TERBIT!

Salam,

Kabut dah nak terbit...

Sedikit petikannya ada dimuat naik di fb page Alaf 21

Cover KABUT adalah konsep thriller terbaru daripada Alaf 21

Boleh baca di sini : Alaf 21






Wednesday, January 27, 2016

Petikan-Petikan Novel RAKUS

Siapa belum dapat RAKUS?

Rugi wei, kalau belum ada novel ini.

Sebab apa? Korang kena beli, baca dan lepas tu baru tahu.

Kalau belum dapatkan lagi, bolehlah lekas-lekas ke kedai buku berdekatan atau kalau malas nak hidupkan enjin kenderaan, klik aje dikarangkrafmall.com - boleh beli kat situ.

Jamin memang tak rugi!

Ini aku bagi beberapa petikan RAKUS : 
















------- SELAMAT MEMBACA ------