Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan novel-novel Alaf 21 bagi bukan Januari dan Februari 2013 dengan harga pakej yang menguntungkan anda! Tawaran ini hanya sah di Karnival Karangkraf yang akan berlangsung dari 1-3 Februari di Kompleks Media Karangkraf.
Thursday, January 31, 2013
Tuesday, January 15, 2013
Petikan Ketiga Katarak
.......... Kini semua mata tertumpu pada layar putih gergasi di belakang kami.
Filem pendek arahan Anas situ dimulai
dengan latar hitam yang kemudiannya diisi oleh perkataan-perkataan yang muncul
satu persatu seperti sedang ditaip sehingga memaksa penonton-penonton yang ada
di situ mengeja. Selepas beberapa perkataan disambung akhirnya sebaris ayat
terbentuk. Ayat itu ialah :
‘Filem pendek ini dihasilkan oleh empat
orang sahabat buat seorang sahabat mereka demi cintanya terhadap gadis yang
dipujanya.’
Instumental lagu Malam Bulan Dipagar Bintang ciptaan
P.Ramlee melatari filem pendek tersebut.
Perkataan-perkataan putih tadi
berterbangan dan kemudian berkumpul di tengah-tengah layar dan mengembang
sehingga latar hitam tadi bertukar putih lalu kemudiannya perlahan-lahan
membentuk sejalur cahaya matahari yang sedang menyuluh bumi dari celah-celah
daun pokok angsana yang berdiri kukuh di hadapan kolej kediaman kami. Jalur
cahaya matahari itu jatuh pada lantai bumi. Daun-daun kering yang terbaring di
atasnya berpusar-pusar resah ditiup angin. Daun-daun kering itu berpusar resah
dan menyentuh belakang kasut seseorang. Kasut putih itu berjenama Everlast
seperti yang tertera pada label di belakangnya. Kasut putih Everlasat itu sama
seperti yang dipakai oleh Azrul sekarang.
Azrul melihat kasut yang dipakainya.
Aireen juga. Semua penonton pun.
Sunday, January 13, 2013
Petikan Kedua Katarak
.......... Selain ‘Di sebalik Tirai Besi Henry
Gurney’ ada label-label lain yang aku wujudkan dalam Rumah Telus. Label ‘Dari
Dasar Hati’ – label yang mengandungi kumpulan puisi dan cerpen ciptaan aku;
label ‘Teropong’ – label yang mengandungi pendapat dan analisis aku tentang
peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam negara waktu itu; label ‘Sekitar
Aku’ – label yang mengandungi cerita peribadi aku. Dari segi populariti ‘Sekitar
Aku’ label bongsu Rumah Telus itu berada di tangga kedua. ‘Sekitar Aku’
betul-betul bersifat peribadi. Ia menceritakan tentang perjalanan hidup aku
setiap hari. Dari perasaan yang mula-mula terdetik ketika bangun pagi hingga ke
perasaan sebelum melelapkan mata pada malamnya. Di situ watak-wataknya benar
wujud. Watak-watak itu adalah Azrul. Anas, Wadi, Fadhil dan kawan-kawan
sekolej, pensyarah dan lain-lain. ‘Sekitar Aku’ adalah perakam kehidupan aku
dan orang sekeliling aku di kampus waktu itu. Jika satu-satu gosip cinta
timbul, aku ambil inisiatif untuk menyelidikinya. Terpaksa jadi wartawan dan
paparazzi. Banyak gosip yang berjaya aku sahkan samaada ia sahih atau
sebaliknya. Selalunya dengan bukti bergambar dan analisis yang sukar untuk
ditangkis. Begitu juga halnya bila sesuatu khabar angin muncul. Sehinggalah apa
yang berlaku di kampus jika hendak tahu benar atau tidaknya, rakan-rakan
sekampus akan berkata : “Nak tahu benar atau tidak kita tunggu apa kata RT” RT
itu akronim yang diberi mereka kepada Rumah Telus. Oleh kerana label ‘Sekitar
Aku’ Rumah Telus berjaya memancing ramai pengikut dari kalangan warga kampus tup-tup
aku menjadi perhatian rakan kampus. Terasa seperti subjek utama yang disuluhi
lampu simbah di dalam sesuatu pementasan Hal ini membangkitkan perasaan bangga. Tambahan
pula cerita tentang ‘Sekitar Aku’ itu mula merebak ke kampus-kampus lain.
Banyak komen yang aku terima dari warga kampus lain meminta aku menyiasat gosip
dan khabar angin di kampus mereka. “Rebut peluang. Ini jalan untuk membesar!”
Nasihat Wadi itu membuatkan aku tidak berfikir banyak kali untuk mengembangkan
sayap ‘Sekitar Aku’. ‘Sekitar Aku’ terbang laju. Selaju ‘Di Sebalik Tirai Besi
Henry Gurney’ selepas beberapa lama. Selepas setahun Rumah Telus berjaya
menempatkan diri dalam senarai sepuluh blog teratas dalam carta Alexia. Sebaris
Beatifulnara, Oh!bulan, blogserius, papagomo,benshaari dan lain-lain. Fenomena!
Rumah Telus tidak berhenti di situ. Ia
terus-menerus menarik pengikut baru dan berkembang menjadi sebuah blog yang
amat berpengaruh di kalangan warga kampus Malaysia. Kredebilitinya diakui.
Analisisnya tepat. Setiap pendedahan disertakan dengan bukti – gambar pegun,
video, audio, dokumen-dokumen sulit dan sebagainya. Ia sahabat karib kepada
pencinta kebenaran dan musuh kepada pembenci kebenaran. Rumah Telus berada di
puncaknya setelah membongkar hal yang paling mengejutkan dalam dunia kampus.
Hal yang tidak pernah terlintas pun dalam kepala aku selama ini. Hal ini akan aku
ceritakan pada bab-bab yang berikutnya. Jadi, ayuh tarik nafas dalam-dalam dan
lepaskan. Pastikan anda bersedia dengan sebarang kemungkinan………
Thursday, January 10, 2013
Petikan Daripada Katarak
Prolog
Aku hampir-hampir muntah. Angin loya
merabat kerongkong. Ditokok oleh
perjalanan lori yang melantun-lantun sejak tadi
kerana jalan yang berbonjol-bonjol dan berlopak-lopak. Sesekali
kedengaran detingan aloi rim lori melanggar lopak yang dalam. Tiba-tiba lori
itu berhenti mengejut. Aku bertanya perlahan ke hadapan : “Kenapa?” Dijawab
oleh satu suara yang agak cemas : “Ada sekatan. Ramai.” Jantungku berdetak
semakin laju. Aku membatukan diri di ruang belakang kerusi itu. Peluh dingin
membintiki badan. Apa yang akan terjadi? Berakhirkah hayatku sebentar lagi?
Tiba-tiba kedengaran satu suara kasar memekik mengarahkan pemandu dan kelendan
lori itu turun. Tak lama kemudian kedengaran pula keriuk pintu lori dibuka.
Ya Allah….. Selamatkanlah hambaMU ini……
Wednesday, January 9, 2013
Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Februari 2013
Inilah novel-novel terbaru Alaf 21 untuk terbitan bulan Februari 2013.
Paling utama beli novel Katarak sebab ia karya aku..... hehehe....
Blurb Katarak :
Suasana universiti yang aman damai tiba-tiba kucar-kacir. Segala-galanya jadi kecoh dan heboh. Seorang demi seorang rebah dengan skandal-skandal yang menggegarkan kampus. Sehinggalah salah seorang daripada mereka dibelasah sehingga koma.
Siri kejadian yang menimpa mereka itu amat meragukan. Ia bukan kebetulan tetapi dirancang dengan rapi. Zamri melakukan penyiasatan untuk mencari kebenaran biarpun berdepan halangan. Apa yang dia temui di setiap fasa penyiasatan itu amat mengejutkan. Muslihat apakah ini? Makin disiasat, masalah itu makin berselirat.
Tak mahal pun... RM21.00 sahaja.
Aku jamin ia berbaloi untuk dimiliki jika korang mahukan kelainan. Korang tidak akan merasa bosan dari muka surat pertama hingga ke muka surat 544.
Buat semua jangan lupa terjah kedai-kedai buku berdekatan kawasan korang untuk mendapatkan novel-novel Alaf 21 terbitan Februari 2013. Novel paling wajib dalam senarai korang adalah KATARAK.
Paling utama beli novel Katarak sebab ia karya aku..... hehehe....
Blurb Katarak :
Suasana universiti yang aman damai tiba-tiba kucar-kacir. Segala-galanya jadi kecoh dan heboh. Seorang demi seorang rebah dengan skandal-skandal yang menggegarkan kampus. Sehinggalah salah seorang daripada mereka dibelasah sehingga koma.
Siri kejadian yang menimpa mereka itu amat meragukan. Ia bukan kebetulan tetapi dirancang dengan rapi. Zamri melakukan penyiasatan untuk mencari kebenaran biarpun berdepan halangan. Apa yang dia temui di setiap fasa penyiasatan itu amat mengejutkan. Muslihat apakah ini? Makin disiasat, masalah itu makin berselirat.
Tak mahal pun... RM21.00 sahaja.
Aku jamin ia berbaloi untuk dimiliki jika korang mahukan kelainan. Korang tidak akan merasa bosan dari muka surat pertama hingga ke muka surat 544.
Buat semua jangan lupa terjah kedai-kedai buku berdekatan kawasan korang untuk mendapatkan novel-novel Alaf 21 terbitan Februari 2013. Novel paling wajib dalam senarai korang adalah KATARAK.
Subscribe to:
Posts (Atom)