Pages

Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Palestin Ke Arah Negara Berdaulat




Palestin melangkah setapak lagi untuk diiktiraf menjadi negara berdaulat oleh PBB apabila negara itu diluluskan untuk menjadi negara pemerhati dalam PBB dalam Perhimpunan Agung PBB semalam. 183 negara menyokong, 9 negara menolak dan 41 yang lain enggan mengundi.

9 negara yang menolak ialah Amerika Syarikat, Canada, Israel, Palau, Marshall Island, Nauru, Micronesia, Republik Czech dan Panama.

41 negara yang enggan mengundi pula ialah Albania, Andorra, Australia, Barbados, Belanda, Bosnia Herzegovina, Bulgaria, Cameroon, Colombia, Croatia, Congo, Estonia, Fiji, Germany, Guatemala, Haiti, Hungary, Latvia, Lithuania, Malawi, Monaco, Mongolia, Montenegro, Papua New Guinea, Paraguay, Korea Selatan, Moldova, Romania, Rwanda, Samoa, San marino, Singapura, Slovakia, Slovenia, Macedonia, Togo, Tonga, United Kingdom dan Vanuatu.

Imbas semula beberapa negara yang menolak atau membantah : Amerika Syarikat, Australia, Korea Selatan, United Kingdom dan Singapura.


Fikir-fikirkanlah.






















Saturday, November 24, 2012

Doa Selamatkan Palestin




Ribuan umat Islam semalam mengadakan solat hajat dan membaca Qunut Naziha bagi mendoaakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.

Doa Qunut Naziha dibacakan pada rakaat kedua solat jumaat dan disusuli solat hajat selepas itu di kebanyakan masjid di seluruh negara.

Di Masjid Negara dan Masjid Wilayah, kedua-dua imam masjid tersebut tidak mampu menahan sebak ketika membacakan Doa Qunut itu sehingga menyebabkan ada dalam kalangan para jemaah mengalirkan air mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyertai ribuan umat Islam lain menunaikan solat Jumaat dan solat Hajat di Masjid Putra, Putrajaya.



Satu khutbah khas bertajuk Tangisan Gaza yang mengecam keganasan Israel turut dibacakan oleh khatib masjid tersebut

Sumber : Utusan Malaysia





Doa ni pendek sahaja tetapi yang penting kita boleh turut sama berdoa...



Friday, November 23, 2012

Video Keadaan Sebenar Di Gaza



Inilah apa yang berlaku di Gaza. Video yang tidak mungkin disiarkan oleh media-media berpengaruh dunia.




Walaupun ia berlaku dalam tahun 2009 tetapi begitulah keadaanya sampai sekarang.




Thursday, November 22, 2012

Palestin, Begitulah Akhirnya....






Israel serang dan serang hingga menyebabkan beratus rakyat Palestin mati. PBB membisu walaupun ada tindakan untuk mengecam serangan tersebut. Amerika Syarikat sekali lagi melindungi Israel. Pejuang Palestin membalas serangan tersebut. Kematian di pihak Israel teramat kecil. Tiba-tiba gencatan senjata dilakukan di antara kedua-dua belah pihak. Dilihat daripada sudut mana pun Palestin tetap rugi terutamanya dalam ukuran kemusnahan. Selepas ini Israel yang akan melanggar gencatan senjata tersebut. Palestin akan diserang lagi. Beratus lagi rakyat Palestin akan mati. Sedikit sangat kematian di pihak Israel. Kemudian bila sudah puas baru pihak Israel bersetuju atau menawarkan gencatan senjata seperti sekarang. Dan skrip berulang dan berulang sehingga tanah Palestin dan seluruh kawasan untuk mendirikan The Great Israel berada dalam tangan Zionis.

Wilayah palestin (berwarna hijau) dari tahun 1946 sehingga 1999


Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun Razak, berhubung gencatan senjata Gaza itu :

Malaysia welcomes the ceasefire in Gaza.

We call on both sides to now stand true to the agreement and ensure that the blockade of Gaza is lifted and there is no further destruction of property or loss of life.

We pay tribute to all parties who helped broker the deal. In particular, we commend Egypt and President Morsi for having shown leadership in
 sponsoring the ceasefire, as well as President Obama, Secretary of State Clinton and the UN Secretary General Ban Ki-moon.

The focus should now be on the broader Middle East peace process, to ensure that the region moves from conflict to stability so that its people have the security and dignity they deserve.

All parties must now redouble their efforts towards brokering a two-state solution, to give Palestinians a hope of a better life and achieve a durable and just peace in the region.





Wednesday, November 21, 2012

Israel Menyerang Lagi






Hari ini masuk hari ketujuh Israel melancarkan serangan ketenteraan terhadap Genting Gaza. Sasaran terbaru mereka adalah ibu pejabat Bank Kebangsaan Islam. Ibu pejabat Bank Kebangsaan Islam itu musnah dibedil jet pejuang rejim zionis. Turut menjadi sasaran ialah pusat media yang terletak di menara Shuruq. Serangan itu meragut satu nyawa iaitu Ramez Harb, komander kanan sayap bersenjata Briged al-Quds. Dalam satu serangan lain, dua budak lelaki berumur dua dan empat tahun beserta ahli keluarga mereka meninggal dunia di kem pelarian Jabaliya. Ramai yang cedera terutamanya kanak-kanak dan wanita.

Di PBB, Rusia menuduh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain menyekat usaha Majlis Keselamatan PBB untuk mengecam serangan Israel itu. Duta Rusi ke PBB, Vitaly Churckin akan membawa satu resolusi menggesa keganasa dihentikan dan menunjukkan sokongan sokongan kepada usaha antarabangsa terhadap keamanan di Gaza untuk diundi lewat hari ini. Satu tindakan yang lebih kuat berbanding kecaman.

Sumber : Utusan Malaysia.


Bolehkah kita berharap sesuatu? Jangan terlalu berharap.....

Jumlah Penduduk Palestin Yang Menjadi Korban Di Hari Ketujuh Dalam Siri Serangan Ketenteraan Zionis :


116 orang!




Sunday, November 18, 2012

Israel Terus Mengganas!





Israel telah melancarkan 180 serangan udara ke Genting Gaza awal pagi tadi. Menurut laporan ibu pejabat kerajaan Hamas musnah teruk. Serangan terbaru ini mengorbankan 10 orang  termasuk 8 pejuang Palestin. Semenatar berpuluh-puluh lagi cedera. Secara keseluruhannya sehingga ke hari ini seramai 40 orang rakyat Palestin terbunuh termasuk 13 orang awam. Di pihak Israel 3 orang awam terbunuh sejak Israel memulakan operasi ketenteraannya Rabu lalu.

Presiden AS, Barack Obama, mempertahankan keganasan yang dilakukan oleh Israel.

Nampak tak kaitannya dengan pemilihan presiden yang berlangsung baru-baru ini. Baca di sini

Jadi sekarang aku fikir kita tahulah kenapa Obama menang.....

Saturday, November 17, 2012

Apa yang Kita Boleh Lakukan Demi Palestin?





Mayat Al Jabari diusung sebelum dikebumikan. Al Jabari meninggal dunia dalam serangan ganas Israel terhadap Palestin pada Rabu lalu


Kawan, apa yang engkau rasa bila melihat gambar ini?

Sedih?

Sayu?

Jawapannya sudah pasti ya jika engkau menganggap mereka di Palestin adalah saudara seagama.

Marah?

Benci?

Jawapannya suda pasti ya jika engkau menganggap Israel Zionis adalah musuh utama kita.


Selepas itu apa kawan?

Kita teruskan hidup macam biasa. Boikot McD, Starbucks dan lain-lain produk yahudi yang menyalurkan keuntungan mereka kepada Zionis sekejap sahaja. Dua tiga minggu selepas itu bila imej kesengsaraan Palestin mula terhakis dari kepala dan skrin telivisyen, kita mula mengokak kembali Big Mac dan menyisip kopi beraroma wangi Starbucks. Bila kekejaman Zionis terhadap Palestin berlaku lagi, skrip yang sama berulang semula. Sampai akhirnya kita sudah lali dengan berita-berita kekejaman itu .

Bila tiba saat itu, tunggulah hukuman dari Allah.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan, kawan?



Friday, November 16, 2012

Israel Serang Gaza Pada Awal Muharam!





Israel menyerang Genting Gaza, Palestin lagi. Kali ini pada awal Muharram. Beberapa orang penduduk Palestin maut termasuk seorang perancang utama Hamas, Ahmed Jabari. Palestin mendesak Majlis keselamatan PBB menghalang operasi ketenteraan Israel itu. palestin menganggap tindakan Israel itu adalah tidak beradab.

Kata Duta Palestin ke PBB, Ritad Mansour : "Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin."

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia mendesak Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan tegas terhadap serangan tentera Israel yang menjadikan orang awam sebagai sasaran.

Soalnya ialah bolehkah kita mengharapkan Majlis Keselamatan yang selama ini memandang sepi sahaja beratus pelanggaran peraturan yang dibuat oleh Israel?

Tambahan pula hakikat bahawa PBB itu sebenarnya ditubuhkan oleh yahudi zionis!