Pages

Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Bercuti Cara Kami



Korang perasan tak empat posting aku akhir-akhir ni di bawah label Jalan-Jalan semuanya mengenai percutian di Feringghi. Kalau yang dah lupa boleh klik semula di : Hotel Hard Rock Yang RockCerita Di Hotel Copthorne Feringghi, Pulau PinangDendam DiBayar Di Hydro dan Feringghi Lagi. Ia dilakukan kerana bersebab. Aku dan isteri baru selesai bereksperimen. Ya lah, kami ni bukan orang berada. Kerja pun biasa-biasa saja. Jadi pendapatan pun tentulah biasa-biasa juga. Kalau nak bercuti pun mestilah tengok pada apa yang ada. Setakat nak hilangkan stress tak mampulah nak tenangkan diri di London, Paris atau Venice. Jadi melalui beberapa siri eksperimen itu, kami menyimpulkan bahawa :

Okey juga jika bercuti di tempat yang dekat-dekat dengan tempat tinggal. Contohnya Feringghi untuk kami yang tinggal di Kulim. Perjalanan dari Kulim ke Feringghi ambil masa 45 minit ke 1 jam sahaja. Kenapa okey?

1) Jimat duit - Kos minyak, tol dan lain-lain. Duit yang dijimatkan ni bolehlah korang buat benda lain. Macam aku dan isteri kami guna duit jimat tu untuk beli nasi goreng dan chicken chop masa bercuti di Hydro. Bercuti kat Hydro hari tu RM300 pun dah cukup. Termasuk duit hotel yang dibeli melalui agoda.com
2) Kurang stress - Kalau bercuti jauh kenalah memandu lama. Stress memandu lama ni.
3) Jimat masa - Tak buang masa atas jalan untuk ke tempat bercuti
4) Mileage kereta - Dah tentu kurang sebab dekat. Jadi tak adalah teruk-teruk nak servis kereta sebelum atau selepas balik bercuti. Duit lagi tu....
5) Sama hasilnya - Bercuti dekat atau jauh hasilnya adalah sama - dapat ketenangan, boleh relaks, manjakan diri dan jauh dari kerja.

 Nasihat aku, kalau korang bercuti hanya untuk dapatkan ketenangan dan rehatkan badan, cari saje tempat percutian yang dekat-dekat dengan tempat tinggal korang. Tak perlu jauh2. Kecuali jika korang memang nak tengok tempat orang. Itu kena travellah.....










Feringghi Lagi



Ini percutian yang dah agak lama. Bulan April hari tu. Kami bercuti bersama keluarga Hidzir (adik aku) dan keluarga Anis (kawan baik isteri aku) Anis ni kawan kami masa di tingkatan 1-3 dulu. Memang seronok dapat kumpul tiga keluarga sekaligus. Sampai-sampai kat rumah peranginan TNB di Feringghi, petang tu terus mandi laut. Buka je pintu pagar terus kaki dah jejak pantai. Eksklusif. Syok bagi budak-budak.


Diaorang siap buat istana pasir lah dan macam2 lagi.



Naik kuda. Isteri aku bukan main gumbira lagi naik kuda dengan anak Anis. Dia ada mintak nak naik kuda sebelum ni tapi aku tak benarkan. Bila dapat naik hilang rasa ngidam. 




Malam tu pergi ronda-ronda night market Feringghi. Aku tak beli apa pun.




Sunyi je rumah peranginan TNB ni pada waktu malam. Luar je nampak sunyi tapi kat dalam riuh rendah. Aku, Hidzir dan suami Anis bersembang sampai 4 pagi. Sembang macam-macam. Hal politik, konspirasi dan seangkatan dengannya. 



Besoknya tengah duk bersiap-siap nak balik, ada berita tentang Tsunami.Kat rumah TNB tu tak rasa apa-apa gegaran pun. Tapi mengikut penjaga rumah TNB tu, rumahnya di sebelah rumah tu saja, masa kejadian tsunami dulu memang tak rasa apa-apa gegaran. Tup, tup tengok air dah naik. Seram juga dengar. Siren kenderaan pertahanan awam, polis dan bomba kedengaran berselang seli. Semua orang di arah menjauhi pantai. yang mana baru nak berkelah lekas-lekas tinggalkan pantai. Kami kemas barang dengan segera dan keluar dari Feringghi.






Monday, November 19, 2012

Dendam Dibayar Di Hydro



 Aku dapat cuti sehari sahaja untuk Hari Raya Aidiladha. Jadi aku dan isteri putuskan untuk tidak balik ke kampung. Beraya di sini sahaja. Lepas berbincang kami ambil keputusan untuk bercuti di Feringghi. Walaupun baru bercuti di Copthorne seminggu lebih yang lepas - baca sini. Lekas sahaja isteri aku uruskan dengan agoda.com. Tup, tup dia sms - 'Done @ Hydro.With breakfast'  Aku iakan sahaja. Salut betullah aku pada dia. Dulu memang salah satu kerja dia ialah deal dengan pihak hotel untuk konvesyen, bengkel dan macam-macam lagi. Tapi dulu semua atas urusan kerja. Mana ada kesempatan nak nikmati 'hotel'.

25/10 kami pun check in di Hotel Hydro.

Dah check in baru dapat kad kunci 

Dapat bilik no 516 dengan pemandangan kolam renang dan sedikit laut. Okeylah. Biliknya agak besar dan selesa. Balkoninya pun boleh tahan besar. Puas hati bukan main.

516, bilik dengan pemandangan kolam renang dan laut

Macam biasa aku pun melompat atas katil. Tapi isteri aku tak ikut sama macam selalu. Dia terus pergi tukar baju. Aik, pelik ni....... Bila dia dah bersiap baru aku tahu kenapa.

Sunday, November 18, 2012

Cerita Di Hotel Copthorne Feringghi, Pulau Pinang



Sudah lama tidak bercuti. Rehatkan badan. Paling penting tenangkan fikiran. Kalau ikut istilah isteri aku – katil empuk dan berendam di kolam renang. Tidak perlu jauh. Dekat pun jadilah. Asalkan boleh rehatkan badan, tenangkan fikiran dan tidur hotel. Aku serah tugas tu pada isteri. Sekejap sahaja dia selesaikan tugasnya. Hal hendak bercuti ni memang dia cekap bangat. Kami putuskan bercuti di Feringghi. Menginap di Hotel Copthorne. Tanpa sarapan. Tempah secara online di agoda.com.


Hari ditunggu tu pun tiba. Kami bergerak dari rumah sekitar pukul 3. Selepas aku habis urusan kerja. Sampai sana dalam pukul 4 lebih. Jarak Kulim ke Feringghi dekat sahaja. Tetapi tetap rugi sejam dari masa check-in. Sampai lobi terus ke kaunter check-in. Isteri aku serah kertas cetakan tempahan agoda.com dan kad pengenalan kepada kakitangan front desk. Kakitangan tersebut buat semakan. Semua okey lalu kami diberi kunci bilik.
Bilik no 618. Di sayap kanan hotel. Berjiran dengan sebuah apartmen mewah. Nampaklah pemandangan laut sikit saje (kebanyakkanya rumah orang laah)  Jadilah....
Campak bagasi. Lompat ke atas katil. Buka telivisyen. Makan roti dan biskut yang dibeli di stesen minyak dalam perjalanan tadi.  Isteri aku cekap shopping di stesen minyak. Bersama kopi yang disediakan Copthorne. Kopi dibancuh oleh isteri.
Selepas itu kami turun ke bawah. Tinjau kolam renang. Jenguk ke pantai di bawah. Ingat nak terjun dalam kolam renang. Tapi seganlah pula. Orang ramai dan kolam renang sebelah kafe. Tak selesa betul. Lagi pula yang lelaki kalau tak ada baju renang kenalah buka baju. Badan pun bukannya though macam remaja dulu. Sudah kembung sana sini. Hahaha......


Kolam renang Copthorne. Sayang dekat sangat dengan kafe. 

Jadi tengok saja orang berenang. Terfikir kenapalah nak berenang di kolam renang di hotel kena ikut prosedur berpakaian. Dulu masa di kampung, terjun sesekali dengan baju pun okey saja. Malah ada kawan sekampung terjun dengan seluar jeans.
Tengok orang yang sedang berenang di kolam renang di depan terbit rasa gelihati pun ada. Lelaki tak berbaju dan samaada berseluar pendek atau berseluar kecik dan ketat. Aku tak sanggup. Perempuan pula mesti samaada berbaju renang biasa atau berbikini. Kalau nak terjun dengan tracksuit dan baju longgar dengan tudung memang kena halau le dengan penjaga kolam renang. Memang ada yang kena tegur pun. Keluarlah perempuan tu dari kolam renang dan celup kaki di tepi kolam sajalah.
Peraturan di semua kolam hotel memang macam tu. Bergantunglah pada budi bicara penjaga kolam renang tu. Ada kawan isteri aku bercuti di sebuah hotel yg glamour di Melaka. Member hanya mengenakan seluar thight dan t-shirt biasa.  Oleh kerana pakaiannye tidak mengikut prosedur pakaian di kolam renang dia hanya dibenarkan masuk ke kolam kanak-kanak.  Nak tergelak pun ada waktu dia bercerita dalam email tapi itu lah dilemanya.  Masa kami pergi mandi di kolam renang di Hotel Hard Rock okey saja. Yang bertudung, berbaju longgar dan tidak mengikut prosuder pakaian renang belasah saja boleh masuk. Tak ada pula penjaga kolam renang panggil sesiapa keluar kolam. 
Tapi semuanya demi keselamatankan.......

Wednesday, November 14, 2012

Hotel Hard Rock Yang Rock!



Ini gambar-gambar Hari Keluarga aku di Hotel Hard Rock. Lama dah. 26 Mei yang lalu. Sekarang baru rasa nak posting.




Dari bilik ni kami pergi ke kolam renang :



Kena pakai tag baru penjaga kolam bagi masuk :





Anak-anak saudara aku ni (Qasrina, Nufil dan Ambar) dah bersedia nak berendam. Seksi gila diaorang ni. Kecil lagi tak apa. Kalau besar mahu aku tegur sorang-sorang :



Qasrina tunjuk skil berenang. Tangan tampan dasar kolam. Tapi usaha tu ada. Keep it up :



Sudah puas berendam, berposing  pula depan kolam :



Tangkap-tangkap gambar sekitar lobi :



















Lepas tu shopping kat Butik Hard Rock di lobi :






Puan Umi jaga Ausi sambil mummynya shopping di Butik Hard Rock :





Tak cukup butik di lobi, terjah pula Kedai Hard Rock kat luar hotel (sebelah kanan hotel) :




















Tengok bajet. Kalau ada boleh datang lagi. Hehehe



Sunday, November 11, 2012

Cameron Highlands Yang Masih Dingin






Isteri mohon rumah peranginan TNB di Cameron Highlands. Alhamdulillah permohonan diluluskan. Dapatlah adakan perhimpunan kecil keluarga. Walaupun tak semua yang dapat menghadirkan diri. Aku, isteri, Hidzir (adik aku), Siti (isteri adik aku) Qasrina dan Ambar (anak-anak adik aku @ anak saudara aku) bergerak dari Pulau Pinang. Bapa dan ibu mertua serta Aidil (adik ipar aku) bergerak dari Perak. Sementara Aswad (adik ipar aku) dan isterinya, Yan bergerak dari Mempaga, Pahang.
Dalam perjalanan ke Tanah Rata, grup kami dari Pulau Pinang take five di Green View Garden. Lenguh badan memandu. Orang kata ikut Simpang Pulai jalan lebar. Memang betul. Tapi perjalanan makan masa panjang.

                                                 Qasrina dan Ambar dapat aiskrim spesial

                                                      Layan Qasrina tengok ikan

                                                                            Layan Ambar tengok kura-kura

                                  Bagi peluang pada abah dan uminya berdua-duan. Hehehe

Masing-masing sampai di rumah peranginan TNB tu pada sebelah petang. Sekitar pukul 3 petang. Petang itu hujan turun di kawasan peranginan tanah tinggi yang terkenal itu. Pijak lantai rumah kaki serta merta berasa dingin. Sejuk bukan main. Halaman lengkap dengan gelungsur dan buaian hanya mampu dipandang geram oleh Qasrina dan Ambar.

                                               Rumah Peranginan TNB Cameron Higlands


                                                                                            Hujan

                                                       Pandang saja. Main tak boleh!

Petang tu kami ke pasar malam Tanah Rata. Payah betul nak pakirkan kereta. Mujur ada ruang kecil di bahu jalan. Dalam renyai-renyai kami selusuri pasar malam tu. Beli apa yang patut untuk dan kemudian pulang ke rumah peranginan.

                                                      Entah beli apa la diaorang ni.....


              Oh, sarung tangan.... Sejuk ya. Sapa kata Cameron dah panas? Mungkin kurang sejuk saja kut


                                                  Jumpa pulak gerai jual strawberi coklat


                                     Puan Umi tengah mengadili rasa strawberi coklat...yummmyyy youuu....


                                                     Dah siap shopping. Jom balik

Malam tu kami berbarbeku. Tercabut tangan Hidzir dan Aswad mengipas arang untuk hidupkan api. Masa bercadang nak berbarbeku tak terfikir pulak tempat ni sejuk. Memang payahlah api nak hidup. Siap pakai petrol. Api menyambar. Asap penuh dalam rumah. Nasib baik tak terbakar saja. Nak tergelak pun ada. Rasa  bodoh pun ada. Hidzir dan Aswad terus kipas dan kipas. Lama. Sampai Puan Umi sudah panggang ayam dalam microwave. Berkat usaha mereka berdua akhirnya hidup jugalah arang tu. Jadilah juga berbarbeku.

                                                          Kipas jangan tak kipas


                                   Tak menyala juga. Jadi tuang petrol tapi masih tak menyala juga


                                                  Selepas berpeluh akhirnya menyala juga api                   

Itulah kata bijak pandai : Jangan mengalah selagi belum mati!

Memang berbayor dengan penat lelah. Ayam panggang atas arang memang tak sama dengan panggang dalam microwave. Aroma dan rasanya lain. Panggang ayam sampai habis. Lepas tu baru makan ramai-ramai.


                                                                Jom makan

Dapat kumpul ramai-ramai macam ni memang baik. Erat ikatan kekeluargaan. Saling kenal mengenali.

                                               Sembang-sembang erat kekeluargaan

Esok kami pulang. Sempat singgah di Ladang Teh Boh.



                                                                Puan Umi ber'posing' di Ladang Teh Boh

Tak payahlah teragak-agak nak ke Cameron Highlands hanya disebabkan khabar angin kata ia sudah kurang sejuk. Kurang sejuk tu betul tapi masih dingin. Tak percaya? Ini buktinya :


Minyak tu kami beli malam sebelumnya. Pagi esoknya terus beku!