Pages

Showing posts with label Malaysia Oh Tanahairku. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Oh Tanahairku. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Suami Tabah Melihat Mayat Isteri



Cheras – Kuala Lumpur: Pagi Selasa Berlaku Satu Kemalangan Ngeri Melibatkan Sepasang Suami Isteri Muhammad Hafiz Ab Rahmn, 28, menghantar isterinya, Norsha Ahmad,35 ke tempat kerja di Taman Shamelinyang dari rumah mereka di Baju 9 Cheras.

Dalam keadaan yang sempit disebab oleh pembinaan MRT, motosikal yang dibawa mereka cuba mengelak sebuah kereta mewah yang melalui jalannya itu lalu hilang kawalan dan terjatuh.

Malangnya bagi pasangan tersebut apabila ada sebuah lori sarat dengan pasir mengekori mereka dari belakang terus menggilis si isteri. Manakala si suami pula telah selamat kerana dia berada di tengah-tengah ruang antara tayar lori terbabit. 

Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati.

Melihat keadaan isterinya dalam kedaan begitu lantas beliau membuka baju bagi menutup mayat isterinya. Orang ramai kemudiannya memberikan sehelai lagi baju untuk menutup mayat tersebut.

Bagi anggota trafik bertugas, melihat kecekalan dan tabahnya Muhammad Hafiz apabila sama-sama mengumpulkan cebisan mayat isterinya dan membantu mencuci jalan kesan dari kemalangan ini.

Menyedihkan lagi, pasangan ini mempunyai seoarang anak lelaki yang baru berusia 6 bulan, Muhammad Adam Mishary. 

Menurut Blog Odnscene, Muhammad Hafiz merupakan pelajar pengajian Islam di sebuah madrasah di Sri Petaling, manakala arwah isterinya merupakan pekerja sebuah kilang roti di Taman Shamelin. 

Sumber : Siakap Keli








Semoga Saudara Muhammad Hafiz terus tabah menghadapi dugaan. Kerana : Inna Lilahi wa inna ilaihi raji'un - "Sesungguhnya kita semua milik Allah, dan kepada Allah jualah kita kembali."

Al-Fatihah.

Adakah kita mampu setabah dia? Tanya-tanyakan pada diri sendiri.



Friday, March 21, 2014

Seputar MH370




Sejak dua minggu ini, cerita untuk manuskrip terbaru yang mengalir deras sejak beberapa hari itu lenyap begitu sahaja. Berita kehilangan MH370 itu merampas keghairahan aku untuk meneruskan 'Rakus', manuskrip terbaru yang sedang kuusahakan itu.
Sejak berita kehilangan MH370 itu sampai ke pengetahuanku, tumpuanku terus pada kes itu sehinggalah detik ini. Aku baca dan tonton semua sumber yang ada baik media cetak atau media elektronik. Buat pertama kali dalam hidup aku beli hampir kesemua surat khabar yang ada di pasaran setiap hari.
Kata ramai orang kehilangan MH370 adalah satu misteri. Tetapi benarkah kejadian itu satu misteri? Kata ramai orang juga kehilangan MH370 adalah satu konspirasi. Tetapi benarkah kejadian itu satu konspirasi? Atau ia hanya satu kemalangan yang luar biasa sifatnya?
Aku cenderung untuk mempercayai teori konspirasi itu. Ia bukan dibuat secara melulu tetapi selepas menyaring segala berita dan sumber. Barangkali juga disebabkan aku seorang penulis dan mungkin imaginasi atau fantasiku itu mempengaruhi (hahaha). Dan mungkin juga manuskrip yang baru kuhantar ke editor tempoh hari sama mempengaruhi. Di dalam manuskrip itu, yang diberi tajuk Serakah, ada babak di mana Majlis Tertinggi Alam Hitam, yang memperkudakan Amerika Syarikat dan sekutunya, melakukan satu operasi false flag untuk membangkitkan kemarahan Russia, China dan  dunia terhadap Islam dan Tanah Jawi.

Wallahualam....
 

Friday, December 14, 2012

Kesimpulan Mengapa Harimau Malaya Ditewaskan Gajah Perang




Malam tadi aku antara berjuta rakyat Malaysia yang terpacak di depan tv untuk mengikuti siaran langsung perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Thailand. Pasukan Malaysia bermain di bawah prestasi sebenar. Tapi itu dapat difahami kerana pasukan kita itu bermain di tempat lawan dan melalui beberapa siri layanan yang buruk daripada tuan rumah. Walaupun Thailand mengawal bahagian tengah dan menyerang bertali arus tetapi pertahanan kita berjaya menyerap tekanan. Serangan Thailand berjaya dipatahkan. Sehinggalah perkara di bawah ini terjadi :


kredit untuk kartunis ni


Jadi, kesimpulan mengapa Harimau Malaya ditewaskan Gajah Perang ialah : Pengadil Yang Tidak Adil sejak dari awal permainan. Banyak keputusannya lebih memihak kepada tuan rumah.

Apa pun aku bangga dengan Harimau Malaya. Selamanya Harimau Malaya!










Sunday, December 2, 2012

Harimau Malaya Terus Mengaum Garuda Patah Sayapnya


Harimau Malaya menang ke atas Garuda dengan jaringan 2-0. Seluruh penyokong Malaysia bersorak gembira. Sementara seluruh penyokong Indonesia kecewa. Walaupun menguasai permainan di awal-awal masa permainan tetapi Garuda tidak mampu menjaringkan gol. Sebaliknya Harimau Malaya yang dapat menjaringkan gol pertama. Sejak itu permainan mulai seimbang. Malaysia berjaya menyerap tekanan. Seterusnya mendapatkan satu lagi gol. Jumlah jaringan itu kekal hingga tamat permainan.
Aku tidak ke stadium. Tengok perlawanan itu di TV1 yang menyiarkannya secara langsung. Setiap kali Malaysia berjaya menidakkan serangan Indonesia aku bertepuk tangan di rumah. Setiap kali Malaysia gagal menyempurnakan peluang untuk menjaringkan gol aku mengeluh. Setiap kali Indonesia nyaris-nyaris hendak menjaringkan gol aku menjerit risau. Setiap kali pemain Malaysia dikasari aku menjerit memaki hamun pemain Indonesia. Fiilnya sama macam penyokong-penyokong di stadium. Aku yakin korang yang tengok perlawanan itu di telivisyen semalam pun begitu juga kan? Begitulah semangatnya kita menyokong pasukan bolasepak kesayangan kita ni. Terima kasih Harimau Malaya kerana memberikan kegembiraan pada malam tadi.


Gol pertama. Dijaringkan oleh Azamuddin Akil pada minit ke-26.



Terima kasih Azimuddin Akil.



Penyokong di Stadium Bukit Jalil bersorak gembira. Bendera Malaysia berkibar megah. 



1-0. Seronok gila aku waktu ni.



Gol kedua oleh Mahali Jasuli selepas tiga minit gol pertama dijaringkan.



Terima kasih Mahali Jasuli. 



Lihat betapa gembiranya penyokong Malaysia. Aku kat rumah bersorak keliling ruang tamu!




Antara yang paling gembira tentunya K. Rajagopal.



2-0 di separuh pertama.




Keputusan kekal hingga ke akhir perlawanan.



Penyokong Malaysia berpesta termasuk aku yang di rumah. Bangga kerana Harimau Malaya bangkit daripada cedera diasak Singa tempohari.




Penyokong Indonesia kecewa dengan Garuda yang patah sayapnya walaupun diperkuatkan oleh beberapa pemain yang berasal daripada Belanda.



Amat bangga dengan Harimau Malaya. Salut untuk K Rajagopal. Tabik spring untuk penyokong di stadium dan di rumah.

"Selamanya Harimau Malaya!"



Thursday, November 29, 2012

Harimau Malaya Benamkan Laos (Kembali Mengaum)




Harimau Malaya menang dengan Laos malam tadi dengan jaringan 4-1. Seluruh penyokong lega. Walaupun menang dengan pasukan yang boleh dianggap bukanlah kuat tetapi ia amat bermakna. Kemenangan tersebut membuka semula peluang untuk Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir. Seterusnya mempertahankan Piala AFF Suzuki yang disandangnya dua tahun lepas.

Aku tengok di rumah sahaja. TV1. Siaran lain - CSI yang jadi rancangan kegemaran isteri aku tu - alamatnya direkod sahajalah. Mujur ada aplikasi PVR ASTRO. Aku dapat tengok bola. Isteri aku pulak tak terlepas tengok CSI.

Perlawanan bermula....



Shafiq Rahim mengambil sepakan percuma. Gol!!!!



1-0 pada minit ke-15




23 minit kemudian, Laos menyamakan kedudukan. 1-1. Berdebar dah ni. Safee Sali dan NorShahrul Idlan Tahala dapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal untuk menyempurnakannya. Penyokong resah sehinggalah sampai waktu rehat.




Pada minit ke-66 akhirnya Safee Sali menemui sentuhan golnya yang pertama dalam kejohanan ini. Aku melompat seronok dari sofa.





2-1 di minit ke-66


Penyokong bersorak gembira. Stadium Bukit Jalil bergema. Harapan kembali membara.



Masih berbisa.....




Kemudian giliran Wan Zack pula menjaringkan gol selepas 9 minit Safee Sali menjaringkan gol




Terima kasih Zack



3-1 di minit ke 75



Khyril Muhymeen yang masuk menggantikan Safee Sali terus sahaja menjaringkan gol. Harimau Malaya sudah mula mengamuk...




4-1 di minit ke-79




Penyokong bersorak gembira. Bangga. Hendakkan gol lagi. Beberapa peluang lain dicipta tetapi gagal disempurnakan.


Keputusan akhir, 4-1. Malaysia menang bergaya.




Salut untuk :



Dan juga salut untuk :



Eksperimen anda sudah selesai. Tetapi misi masih jauh dari selesai.




Wednesday, November 28, 2012

Malaysia vs Laos - Perlawanan Hidup Mati



Malaysia akan menentang Laos malam nanti dalam Piala Suzuki AFF 2012. Perlawanan kedua saringan kumpulan B ini adalah perlawanan hidup mati untuk Harimau Malaya. Jika kalah, pasukan negara sudah boleh bersedia untuk melupakan saingan untuk menjadi juara.

 Imej dari Speaker Pecah


Ayuh Harimau Malaya, tebus maruahmu!



Kepada Rajagopal :



JANGAN MAIN-MAIN!



Lu Tiada



Hari ni pagi-pagi lagi aku dah angin. Angin satu badan. Aku yang selama ni mendengar sahaja kali ini masuk campur. Tak tahan kalau maruah bangsa dipijak-pijak sampai nak lumat.

"Itu kelajaan (kerajaan) teluk (teruk). Banyak teluk. Semua balang (barang) naik. Melayu talak (tidak) guna. Sokong sama itu kelajaan. Ini kali pangkah sama pakatan. Balu (baru) senang," kata seorang cina yang beli barang bersama aku di kedai sayur tadi. Tauke kedai sayur, seorang melayu, tersenyum payah. Dia penyokong kerajaan. Hampir setiap hari bercakap pasal politik dengan cina ni. Cina ni pula berniaga di kampung.
"Kelajaan kena adil. Kena layan cina sama dengan melayu," katanya lagi.
Tauke kedai sayur tu diam. terus tersenyum payah.
"Kalau cina tak ala (ada) itu kelajaan susah. Kita semua berniaga. Bayar banyak cukai maa..."
Tauke kedai sayur tu terus diam. Terus sahaja tersenyum payah.
Aku panas telinga. "Kalau kerajaan tak ada cina pun susah juga," kataku.
Peniaga cina itu terus menumpukan perhatiannya kepadaku.
"Siapa bagi cina senang sekarang?" tanyaku. "Kerajaan ini juga."
Peniaga cina itu terdiam.
"Siapa bagi cina senang sekarang?" tanyaku lagi.
Peniaga cina itu diam lagi. "Orang melayu! Kalau kita tak bantu orang cina, lu tiada maa..."
Peniaga cina itu diam. Bayar sayur yang dibelinya dan terus beredar dari kedai sayur tu.

Kadang-kadang kita perlu ingatkan siapa mereka. Mereka memang menguasai hampir kesemua sektor perniaagan di Malaysia ni. Tapi mereka jangan lupa bahawa hasil kemewahan mereka itu adalah kerana dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin oleh orang melayu sejak merdeka. Mereka jangan lupa bahawa walaupun orang melayu kurang berniaga tetapi mereka ada kuasa membeli yang besar. Orang cina bergantung kepada melayu untuk kaya raya. Kalau orang melayu tidak membeli daripada mereka, mereka ingat mereka boleh sukses dalam berniaga? Jangan sampai satu hari nanti orang melayu boikot kedai-kedai dan semua perniagaan cina. Masa tu baru mereka tahu langit tinggi rendah.

Macam tu lah kalau bangsa melayu berpecah-pecah dan lemah. Bangsa lain mulalah naik tocang. Berani kutuk dan hina orang melayu sesuka hati mereka. Mereka ingat melayu ni lekeh ke dalam hal berniaga ni? Kita ni bangsa berdagang dulu, kalau cina macam peniaga cina tadi tak tahu. Kita juga Raja Laut satu masa dulu. Kalau dia tak tahu. Jadi jangan main-main dengan melayu.

Rasis? Kalau nak anggap begitu, anggaplah. Aku tak kisah pun. Bila orang melayu cakap tentang bangsa lain dan hak bangsanya, lekas-lekas dianggap rasis. Kalau bangsa lain menghina bangsa melayu dan menuntut itu dan ini untuk bangsa mereka, tidak pula dianggap rasis!

Puisi 'Melayu' Karya Usman Awang :


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "


p/s : Apa makna dia kalau pangkah Pakatan akan senang? Kenapa dia beria-ia sokong Pakatan? Korang fikirlah sendiri....



Tuesday, November 27, 2012

Rajagopal, apa kau dah buat?!




Seluruh negara kecewa dengan kekalahan Harimau Malaya kepada Singapura. Yang paling kecewa tentulah Ultras Malaya yang berada di barisan hadapan menyokong Harimau Malaya.




Nak tunggu apa lagi FAM?



Monday, November 26, 2012

Bukan Aku Seorang. Ultras Malaya Juga Kecewa. Minta Rajagopal Bertanggungjawab




Korang tak percaya? Tengok video ni :




Come on Rajagopal. Be a gentlemen!






Alasan Rajagobal




KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ketua jurulatih Datuk K.Rajagobal kecewa dengan persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Beliau berkata kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama ''Apek'' pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.
"Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain...sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini.
"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.
Tiga gol skuad Singapura dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta pemain naturalisasi dari Bosnia, Aleksandar Duric pada minit ke-75.
Mengulas lanjut, Rajagobal berkata keputusan tersebut memberikan kesukaran kepada mereka untuk mencari mata bagi melepasi peringkat kumpulan.
"Kita harus menempuhi jalan sukar selepas ini dan suka atau tidak, kita perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih Singapura Radojko Avramovic berkata beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap skuadnya dapat terus mengekalkan momentum dalam menentang Indonesia Rabu ini dan Laos pada 1 Dis ini.
"Ini adalah permulaan baik dan saya tabik anak buah saya atas usaha cemerlang mereka. Kadang-kadang kami bernasib baik untuk menghasilkan jaringan dan adakala sebaliknya," katanya.
Mengulas pertemuan antara Laos dan Indonesia sebelum ini, Avramovic berkata beliau terkejut dengan prestasi Laos yang berjaya mengikat lawannya 2-2.
"Secara umum, Laos mengejutkan saya. Saya percaya mereka datang untuk memenangi semua perlawanan dan tenaga yang ditunjukkan oleh Laos pada perlawanan pembukaan adalah hebat," katanya.
Malaysia, selaku juara bertahan akan menentang Laos Rabu ini sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia pada 1 Dis ini.
Sumber : Bernama

Komen aku satu perkataan sahaja : Blahlah!






0-3. Memalukan!




Malam tadi berlangsungnya perlawanan bolasepak di antara Malaysia dengan Singapura dalam Piala Suzuki AFF 2012.



Keputusannya Malaysia dimalukan oleh Singapura dengan jaringan 0-3. Singapura adalah musuh tradisi Malaysia. Kekalahan kepada negara sekangkang kera itu adalah satu kekalahan yang sukar untuk diterima oleh penyokong. Bagaimana kekalahan itu boleh berlaku sedangkan Malaysia menurunkan barisan utama yang hampir sama pada tahun 2010.

Malaysia bermain dengan begitu longlai walaupun diiringi oleh Ultras Malaya yang menyokong dengan penuh semangat. Kita dapat dengar melalui siaran langsung di telivisyen bagaimana hebatnya pasukan penyokong tegar Malaysia itu meniup semangat kepada para pemain.

Begitulah juga hebatnya kita di rumah menyokong pasukan bolasepak Malaysia yang kita sayangi itu. Tetapi sayangnya keputusan tidak memihak kepada kita. Apakah maknanya?

 Maknanya Harimau Malaya dalam masalah. Sakit. Perlu diubat. Paling penting perlu diberi kepada penjaga yang baru. Penjaga yang lebih memahami dirinya. Penjaga yang lebih menyayangi dirinya. Yang tahu bagaimana untuk mengasah cakar dan taringnya agar tajam dan kuat seperti dahulu. Untuk itu kita minta FAM mempertimbangkan cadangan banyak pihak supaya memecat K. Rajagopal demi maruah bolasepak negara yang tercinta ini.

  

Buat K. Rajagopal, nampaknya eksperimen anda tidak menunjukkan apa-apa hasil. Alasan untuk bereksperimen tidak laku lagi kali ini. Berhentilah! Malulah....