Pages

Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

Pau Goreng Idaman Kalbu

Korang ingat tak aku ada sebut pasal pau goreng popular yang ada dijual di pasar malam Kulim dalam entri bertajuk 'Malam Ni Kita Nak Makan Kat Mana?' khamis lalu? Kalau belum baca klik sini. Malam tadi ada pasar malam Kulim lagi. Jadi, aku dan isteri pun pergi ke situ semata-mata untuk beli pau goreng tu. Hujan renyai-renyai. Suspen je. Takut gerai pau goreng tu tak buka. Kalau tak buka melepaslah lagi. Sampai kat sana memang banyak gerai yang tak buka. Fuh, lagi membukit-bukit le suspen. Tapi keluar jugak dari kereta. Melangkah juga ke pasar malam tu.

Akhirnya.........


Nasib baik buka! Suka bukan main! Sibuk abang tu siapkan order. Tak menang tangan. Ramai yang dah beratur.




Tengok tu. Tak ke mengiurkan? Mmmm......




Ada juga yang dijual dalam bentuk kukus. Aku prefer yang goreng. 





Harga? Murah sahaja. Sebiji RM 1.50 untuk yang goreng. RM0.80 untuk yang kukus. Harga tu memang berbaloi dengan saiz dan yang terpenting rasanya.



Sampai rumah. Segera basuh tangan. Dan terus makan. Memang sedaplah. Hilang rasa rindu pada pau goreng idaman kalbu kami ni.... Pau yang lembut, isi yang umph dan berbaloi dengan harga!  



Okeylah, itu saja. Tak tahan tengok isteri duk makan pau goreng dia yang kedua. Aku makan dulu ya... Kalau korang nak jangan lupa singgah untuk beli pau goreng ni bila singgah di pasar malam Kulim nanti.


Sunday, November 25, 2012

Sarapan Dimana?


Salam. Korang dah sarapan hari ni? Aku baru sudah. Hari ni sarapan di sebuah kedai makan dekat Jalan Kilang Lama, Kulim. Jalan menuju ke UniKL, Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah Kulim, Hospital Kulim dan Kulim Hi-Tech. Kalau datang dari Pekan Kulim dan Lunas, kedai ni terletak sebelah kiri jalan. Kalau datang dari Serdang atau Kulim Hi-Tech ia terletak di sebelah kanan jalan. Lagi sikit sebelum sampai simpang nak ke Kulim Hi-Tech. Berdepan dengan bangunan sebuah koperasi.

Ini kedai dia. Kedai makan yang biasa-biasa saja. Terbuka.  





Tapi kalau lambat memang payah nak dapat tempat parkir. Aku pun tadi bernasib baik senang dapat parkir. Kebetulan ada kereta nak keluar. Bila aku pula nak balik tempat aku parkir tu dah ada orang tunggu nak masuk. Keluar-masuk-keluar-masuklah. 




Ramai orang. Tapi meja In Sha Allah ada.



Ini menu sarapan hari ini. Aku roti canai kosong sekeping dan isteri roti tampal sekeping. Bersama teh tarik dan nescafe tarik.



Licin..... Kenyang? 



Ops! Belum lagi. Tadi tu makanan sampingan saje. Yang ni baru hidangan utama untuk sarapan hari ini. Kuew tiau goreng dengan telur mata kerbau. Hehehe..... 




Licin juga.... Kenyang?



Kali ini baru kenyang. Lepas makan jangan lupa bayar. Bayar dengan anak tauke. Tadi mak dia jaga. Sekarang anak dia pula jaga. Kecik-kecik dah belajar mengira duit. Harap besar jadi tauke besar. Tauke bank, mungkin. Siapa tahu.




Kedai ni memang best. Macam-macam ada. Roti canai, nasi lemak bungkus dan cedok, kuih dan kuew tiau goreng. Tak ada orang ambik order ke apa. Layan diri. Tak payah tunjuk pun berapa kuantiti makanan yang korang ambik tu. Tauke percaya kat kita. Kita pun mestilah jujur dengan dia masa bayar nanti.

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati


Selamat merasa.....







Saturday, August 20, 2011

Kuih Raya Kegemaran

Pejam, celik, pejam, celik.... raya pun sudah nak dekat. Bercakap tentang raya, selain baju raya, lagu raya, perkara yang amat sinonim dengan raya ialah kuih raya. Masa inilah tauke-tauke kuih dan agen-agennya nak cari untung. Selain tukang jahit, aku rasa tauke kuih raya lah yang paling tak risau berkenaan dengan fulus untuk raya bila menjelang raya. Teringat tentang kuih raya ni teringat zaman kecik-kecik dulu masa aku, adik-adik dan mama tinggal di kampung Bagan Datoh, iaitu kampung atuk yakni bapa kepada mama aku. Waktu tu masa nak buat kuih raya paling seronok. Mama akan ke rumah kakaknya di Kampung Sungai Betul untuk buat kuih raya bersama-sama. Macam-macamlah mereka buat. Dari bahulu ke dodol. Memang syok sangat masa tu. Semua dibuat dengan manual yeop. Mana ada pakai mesin ..... Sekarang ni nak rasa suasana tu payahlah sebab semua main beli. Mana ada masa nak buat. Semua serah pada tauke kuih. Cuma boleh harap rasa kuih tu okey dan berdoa agar janganlah kuih yang dibeli tu sama saja rasa semuanya walaupun rupanya berbeza..... dalam beratus jenis kuih tu, aku paling suka almond london.

                                         Almond london kuih raya kegemaran aku

Entah kenapa aku pun tak tahu. Yang aku tahu bila almond london ni masuk mulut memang sedaplah rasanya. Aku ni jarang makan jenis-jenis kuih dan biskut ni. Di rumah, roti dan biskut boleh sampai berkulat tak disentuh aku. Isteri aku dah dapat kuih yang dipesannya daripada rakan sepejabatnya. Nak tahu berapa banyak pesanannya. Korang tengoklah sendiri gambar kat bawah ni. Itu pun ada item yang tak sampai lagi.

                                                                 Kuih raya Puan Umi


Dan dalam balang-balang tu tak ada satu pun yang berisi almond london sebab tempahan almond london tu dibuat dengan orang lain. agen tu kata minggu depan baru dapat. Harap-harap dapat le kalau tak bahayalah mana-mana rumah yang ada almond london jika aku bertandang kat sana. Mahu habis satu balang aku sental nanti.... hehehe. Salam Ramadhan. Masih Ramadhan lagi yeop. Belum Syawal. Tapi orang dah mula sembang pasal raya. Jarang sekali cerita tentang puasa. Hehehe

Tuesday, August 16, 2011

Nasi Briyani Milani?

Nasi briyani milani? Itu respon spontan aku bila isteri ajak makan nasi briyani milani. Aku pernah makan nasi briyani biasa dan nasi briyani gham tapi nasi briyani milani bukan saja tak pernah makan, dengar pun tak pernah. Aku tanya nak makan di mana. Dia jawab, “Penang”. Terus lemah segala sendi. Bukan apa malas hendak memandu dari Kulim ke Penang semata-mata untuk makan hidangan yang rasanya belum tentu kena dengan selera tekak aku ini. Tapi memandangkan isteri aku berpuasa ganti pada hari itu maka aku setuju untuk membawanya berbuka puasa dengan nasi briyani milani. Dalam perjalanan tak habis-habis dia memuji kesedapan nasi briyani milani tu. Dia pernah makan  sekali dengan rakan sepejabatnya kerana Restoran Kapitan Gurney yang menjual nasi itu berdekatan dengan pejabatnya. Aku pun angguk saja. “Nanti abang rasalah. Memang sedap…”
Kami sampai di Gurney. Selepas parkir kereta terus ke Restoran Kapitan Gurney. Membuat pesanan. Air minuman sampai dulu. Selepas 15 minit, nasi briyani milani pun sampai. Pergh, orang putih kata : impress! yeop. Berwarna warni. Jenis-jenis kuahnya nampak pelik. Ingatkan ada dalca. Rupa-rupanya hirisan bawang dan lobak merah sahaja yang dipadankan dengan ayam. Tak sabar nak jamah yeop. Tapi kena tunggu azan maghrib. Kena hormat orang yang sedang berpuasa. Jeling nasi briyani milani, jeling jam, nasi briyani milani, jam ….. lambatnya masa berdetik! Erghhhhh….. 

IMG00234-20110730-1936
Hidangan satu set nasi briyani milani. Sungguh membangkitkan selera yeop

Sabar. Sabar kan sebahagian daripada iman….. Aku mampu sabar hinggalah azan maghrib kedengaran daripada Blacberry isteri. Sedut air dan terus jamah nasi briyani milani. Aku tak terkata yeop bila nasi, kuah dan ayam nasi briyani milani mencecah lidah. Sedap sungguh! Satu suap ke satu suap. Sudah tidak tengok keliling. Sedar-sedar nasi sudah nak habis. Ayam masih banyak. Hendak tak nak terpaksalah aku perlahankan momentum suapan. Dan terpaksa juga mengurangkan kuantiti setiap suapan supaya nasi dapat habis sama dengan ayam. Hendak saja aku pesan lagi sepinggan tapi seganlah pulak. Jadi aku cuba nikmati sisa yang ada dengan sepenuhnya. Akhirnya aku dan isteri habis menikmati nasi briyani milani. Mari kita tengok pinggan masing-masing selepas selesai menjamah nasi briyani milani…… 
IMG00236-20110730-1954
Pinggan Puan Umi

IMG00235-20110730-1953
Pinggan aku. Licin yeop mengalahkan pinggan Puan Umi. Berbaloi memandu dari Kulim

Apa kesimpulan korang berdasarkan keadaan pinggan selepas menjamah nasi briyani milani? Memang sedap yeop! Aku yang tak pernah makan pun boleh licin calat pinggan. Kalau korang berkesempatan pergi penang aku syorkan korang pi makan nasi briyani milani di Restoran Kapitan Gurney di Gurney selain menjamah nasi kandar dan pasembor penang.
Selamat menjamu selera.