Pages

Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

Ulasan Life Of Pi

Selepas tengok trailer Life Of Pi (disebut dengai pai atau  π - satu istilah matematik yang bernilai 3.14159, kalau korang masih ingat le), aku tergerak untuk menonton filem tersebut. Pertama kerana ia diarahkan oleh Ang Lee, pemenang anugerah pengarah terbaik Oscar 2005, dimana salah satu filemnya Crouching Tiger Hidden Dragon lakonan Chow Yun Fatt itu aku tengok lebih daripada dua kali kerana sinematografinya yang menakjubkan. Yang kedua kerana filem ini adalah adaptasi sebuah novel yang paling laris dan dikatakan mencabar minda pembaca. 

Jadi tengahari tadi aku dan isteri pergilah menonton filem tersebut di TGV AEON Perda Bukit Mertajam.


Jom terjah TGV





Periksa jadual waktu tayangan. Memang eloklah ada tayangan pukul 1.50 petang. Just nice. Lagi 15 minit saje lagi




Tak tunggu dah. Terus pergi ke kaunter. "Life of Pi. Dua orang." Nasib baik aku sebut nama tu betul. Pai untuk Pi. Bukan pi untuk Pi.  




Masa untuk bayar. RM24. Biasa. Bukan 3D.




Dapat dah tiket. M12 dan M13. Kerusi di barisan paling belakang. Lebih 3/4 tiket untuk tayangan tu sudah dibeli. Tapi nasib baik dua tempat duduk tu satu-satunya yang masih kosong. Rezeki.




Belum makan tengahari. Beli sesuatu untuk lapik perut. Masa tayangan filem ni 125 minit. Kalau ditukar pada jam maksudnya 2 jam 5 minit. Lama tu....




Popcorn, air mineral, Ribena dan F&N Grape



Masa untuk masuk panggung.



Life Of Pi bermula



 Selesai 2 jam 5 minit, aku puas hati. Sinematografinya memang menakjubkan seperti yang aku harapkan. Richard Parker, harimau bengal yang menjadi salah satu watak penting filem ini begitu real. Plot cerita yang menarik dan mendebarkan. Sehingga ke hujungnya kita tidak akan dapat meneka apa kesudahan filem tersebut. Secara keseluruhannya filem ini membawa kita mencari Tuhan di celah-celah kejadian-kejadian yang berlaku di Lautan pasifik itu. Seperti pengakuan Yann Martel, penulis novel Life Of Pi, dia menemui Jesus melalui Life Of Pi. Tetapi bagi kita, kita menemui Allah di dalam filem tersebut.  Di saat-saat kita menghadapi dugaan yang dahsyat  dan berseorangan, hanya kepada Allah kita bergantung harap. Seperti firman Allah dalam surah al-Ikhlas :


Alangkah bagusnya jika dalam filem itu ada babak Pi melihat langit yang terbentang luas lalu bertanya : Siapakah yang menjadikan langit yang begitu luas ni yang tanpa tiang dan dihiasi indah dengan bintang-bintang yang bergemerlapan.

Fikir-fikirkanlah. 

p/s : - Bila korang keluar panggung, pasti korang tertanya-tanya : Mana satu cerita yang betul? Adakah anda akan menjawab cerita Pi dengan Richard Parker atau kisahnya dengan ibunya, kelasi dan tukang masak kapal? Terpulang pada pertimbangan korang. 

        - Isteri aku terkejut-kejut tengok filem ni. Hiper refleks sungguh.




Friday, November 30, 2012

Life Of PI

Life Of PI ialah sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah novel bertajuk sama oleh Yann Martel. Filem ini diarahkan oleh Ang Lee, seorang pengarah Taiwan yang pernah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik Oscar melalui filem Brokeback Mountain. Menjadikannya pengarah pertama dari Asia yang memenangi anugerah tersebut. Filem arahannya Crouching Tiger Hidden Dragon pernah memenangi Filem Asing terbaik Oscar. Kebanyakkan pengembaraan dilakukan di Taiwan. Ada juga babak yang dibuat di India dan Kanada.



Trailer di bawah mungkin membantu korang samaada untuk menonton filem ini atau tidak :

Trailer #1 -




Selamat Menonton......







Sunday, November 25, 2012

Akhirnya : Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2 - Satu Ulasan




Tiket dah beli semalam. Baca Di Sini. Jadi hari ni datang nak tengok sahaja. Tak perlu risau tiket ada ke tak.




Tak perlu beratur lagi...




Lampu panggung 1 dah menyala. Dah boleh masuk panggung. 




Isteri sempat posing sebelum masuk di kala orang lain tengah beratur nak masuk panggung. Siap berbaju kurung. Ayu gitu. Lepas tengok wayang terus nak pergi kenduri kahwin. Itulah pasal....




Bukan main seronok dia. Tak sabar-sabar nak tengok cerita puntianak glamor ni...




Mana kepala semua orang ni. Tak ramai pun yang tengok show paling awal ni. Adalah dalam 50 orang. Tak rugi pun beli tiket awal. Kata orang beringat sebelum kena kan...




Okey, dah mula.


"Okey ke?" tanya aku pada isteri bila Breaking Dawn tu habis. 
"Bolehlah....." jawabnya. 'Bolehlah' dia tu tak berapa okeylah maksudnya.
Aku dah tahu apa dia nak jawab sebab dia tak berapa puas hati dengan jalan cerita filem pontianak glamour ni. Dia kata feelnye kurang ummpphhh... Dan pengakhirannya tak seperti yang dimahukannya. Tapi aku rasa memang itupun niat penulis dan penerbit filem tu. Aku yakin akan ada sambungannya. Dia nak tengok Renesmee bercinta dengan Jacob pulak. Waduh.

Isteri aku bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang. 

Komen aku : Kalau korang seperti Vladimir dan Stefen atau Caius dan Alec, watak-watak dalam Twilight Saga ni korang pasti akan kecewa. Apa yang korang harap dan rasakan benar sebenarnya adalah palsu. Aku rasa pasti ramai yang akan tertipu akhirnya.

Renungan : Puntianak tu hantu. Mana ada hantu yang baik. Termasuklah Edward, Bella dan seluruh Keluarga Cullen dalam filem tu. Tengok boleh tapi percaya jangan. Kerana muslihat paling besar syaitan adalah samaada untuk membuatkan korang suka atau jatuh cinta dengan dia atau pun korang tak percaya dengan kewujudannya. ketahuilah bahawa syaitan itu makhluk yang jahat, dilaknati Allah dan mereka memang wujud!









Saturday, November 24, 2012

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2 Punya Pasal 2



Hari tu tak dapat. Baca di sini. Hari ni mesti dapat tak kira apa. Kalau tak dapat juga alamatnya kena ke GSC Sunway Carnival Seberang Jaya lah jawabnya. Kalau kat situ pun full house kena lajak ke GSC Queensbay Mall Penanglah. Malas betul nak keluar dari Kulim esok. Nak bermalas-malas kat dalam bandar kecik ni saje. Lagipun besok ada satu kenduri yang kena hadiri kat Kulim ni.

Mesti dapatkan juga tiket Breaking Dawn Part 2 ni. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, selepas hidupkan enjin kereta, aku dan isteri pun gerak ke Kulim Landmark dengan satu misi iaitu mendapatkan tiket wayang Breaking Dawn Part 2 tu. Tidak boleh tidak. Tapi semua bergantung pada panggung wayang jugakkan. Manalah tahu tiket untuk esok belum dijual lagi. Macam aku kena semalam.

Kronologi misi membeli tiket wayang Breaking Dawn Part 2 :

1) Tiba di Kulim Landmark Kulim. Parkir kereta kat luar saje. Dekat dalam nampak sesak. Lagipun sekejap sahaja nak masuk tempat tu. Yang penting tak kena bayar parkir.



2) Sampai di Big Cinemas. Belum pun beli tiket tapi isteri aku ni sibuk-sibuk nak posing dengan poster Breaking Dawn Part 2 ni. Fanatik gila ni.... . Dia tak nampak ke orang ramai kat belakang tu....



3) Beratur. Panjangnya barisan... Cuak dah ni. Jam dah pukul 9 malam. Tengok kat skrin show pukul 10.20,  tinggal 35 seat je. Tapi aku bukan nak tengok malam ni. Nak beli untuk show esok. Nak dapatkan port baik punya. Tapi yang bermain di fikiran : Sudah dijual atau belum? Kalau sudah dijual, ada ke tiket lagi?



4) Sampailah giliran aku. "Show untuk esok. Pukul berapa ada?" Encik jual tiket tu pun tekanlah papan kekunci komputer. Dup, dap, dup, dap ni. Berdebar. Mesti dalam hati dia : 'Kurang asamlah betullah mamat ni. Orang lain sibuk show malam ni. Dia tanya esok pulak' Kuang, kuang, kuang. Tekan sana tekan sini keluarlah jadual show untuk esok. "Nak tengok pukul berapa punya?" tanya Encik Jual tiket. Lega aku....... . Lepas tu isteri aku yang berdiri kat sebelah cepat je jawab : "First show!" Aku terkejut. "11.20 pagi?" tanya Encik Jual Tiket tu. Isteri aku jawab ya banyak kali. Lepas tu baru dia senyum kat aku.


5) Akhirnya dapat juga tiket Breaking Dawn Part 2 selepas mencuba dua kali. Lega tak terkata. Tak adalah orang duk tuntut janji aku pada dia.



6) Puas hatilah tu.......




Sekian.

Ehem, cantik tak jaket yang aku pakai tu. Tunggu posting seterusnya...... 



Friday, November 16, 2012

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2

Baru tengok trailer tapi isteri aku dah ketar nak tengok filem ni. Kalau tengok trailer memanglah rasa suspen dan superb. Tak tahulah macamana filem ni kalau tengok versi penuhnya. Apapun dia memang nak-nak juga tengok filem ni. Aku pun layan sahaja. Dah tetap tarikh pun. 25hb ni. Twilight Saga, Twilight Saga.... Edward, Edward.... Bella, Bella..... Layan sajalah.....





p/s : kalau korang tak nak buang duit tunggulah 25 hb nanti aku buat review tentang siri filem kegilaan isteri aku ni.



Thursday, November 15, 2012

Istanbul Aku Datang

Sekarang orang dok kecoh pasal filem Istanbul Aku Datang. Malah isteri aku tadi ajak aku tengok filem tu. Entah ajak ayam-ayam ke tidak, wallahuallam. Tapi ajakan tu mati macam tu saja. Tapi ekspresi mukanya pun memang tak sama macam dia ajak aku tengok The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2. Malah tengah aku menaip ni dia tanya pula : "Abang, tempat best mana nak layan?" Maknanya, di panggung wayang mana kami nak tonton filem romantik pontianak tu. Aku dari dulu tak berkenan dengan Edward tu. Lebih berkenan dengan Jacob. Berbalik kepada Istanbul Aku Datang, aku pun selidik le review filem tersebut. Kebanyakkan blog bagi thumbs uplah pada filem ni. Jadi aku jenguk-jenguk le trailer Istanbul Aku Datang. Okeylah. Kalau isteri aku ajak nak tengok sekali lagi mungkin aku akan pertimbangkan.......





Tengok ke tak nak? Eh, bila kali terakhir aku tengok filem melayu? Aduh, penat juga nak ingat ni.... oh, Hikayat Merong Mahawangsa!