Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Friday, March 21, 2014
Seputar MH370
Sejak dua minggu ini, cerita untuk manuskrip terbaru yang mengalir deras sejak beberapa hari itu lenyap begitu sahaja. Berita kehilangan MH370 itu merampas keghairahan aku untuk meneruskan 'Rakus', manuskrip terbaru yang sedang kuusahakan itu.
Sejak berita kehilangan MH370 itu sampai ke pengetahuanku, tumpuanku terus pada kes itu sehinggalah detik ini. Aku baca dan tonton semua sumber yang ada baik media cetak atau media elektronik. Buat pertama kali dalam hidup aku beli hampir kesemua surat khabar yang ada di pasaran setiap hari.
Kata ramai orang kehilangan MH370 adalah satu misteri. Tetapi benarkah kejadian itu satu misteri? Kata ramai orang juga kehilangan MH370 adalah satu konspirasi. Tetapi benarkah kejadian itu satu konspirasi? Atau ia hanya satu kemalangan yang luar biasa sifatnya?
Aku cenderung untuk mempercayai teori konspirasi itu. Ia bukan dibuat secara melulu tetapi selepas menyaring segala berita dan sumber. Barangkali juga disebabkan aku seorang penulis dan mungkin imaginasi atau fantasiku itu mempengaruhi (hahaha). Dan mungkin juga manuskrip yang baru kuhantar ke editor tempoh hari sama mempengaruhi. Di dalam manuskrip itu, yang diberi tajuk Serakah, ada babak di mana Majlis Tertinggi Alam Hitam, yang memperkudakan Amerika Syarikat dan sekutunya, melakukan satu operasi false flag untuk membangkitkan kemarahan Russia, China dan dunia terhadap Islam dan Tanah Jawi.
Wallahualam....
Monday, April 1, 2013
Big Bad Wolf Book Sale Di Penang
Sudah lama dengar tentang Jualan Buku Big Bad Wolf ni. Tetapi baru berkesempatan pergi bila pihak penganjur mengadakannya di Penang. Ketika dibuat di The Mines memang ada niat hendak pergi tapi jauh sangat. Selepas dikira-kira - samada dengan congak, kalkulator atau sempoa (hehehe) rasanya tak berbaloi untuk memandu dari Kulim ke KL semata-mata untuk ke The Mines. Duit minyak, tol dan makan di R&R itu lebih baik digunakan untuk beli buku di Hasani Bookstore atau mana-mana kedai buku.
Di The Mines - Negatif. Tetapi di Times Square Penang - Beribu kali positif.
Jadi semalam aku pergilah Jualan Buku Big Bad Wolf tu. Bila sampai di pintu masuk dah impressive. Ia macam dari mata turun ke hati. Berebut-rebutlah aku dan isteri ambik gambar kat pintu masuk tu. Keterjuaan tiba-tiba sahaja membuak-buak.
Sebaik melepasi pintu masuk mata dah mula berkeranjang dan hati pula tak keruan. Macam duduk dalam lautan buku. Tak tahu hendak mula dari mana. Aku dan isteri berpecah. Aku belek buku di bahagian lain. Dia pulak belek buku di bahagian lain. Mula-mula tengok-tengok dulu. Mata yang keranjang harus dineutralkan dahulu. Hati pula harus ditenteramkan dahulu. Jika ikutkan mata dan hati waktu itu mahu beli semualah jawabnya.
Bila mata dan hati sudah dapat dineutralkan, maka fikiran pun kembalilah waras. Bila fikiran kembali waras, maka tujuan utama ke Jualan Buku Big Bad Wolf itu diingatilah semula. Apa tujuan aku pergi situ?
Untuk cari bahan bacaan yang mahal dan sukar didapati di kedai buku biasa yang akan digunakan di dalam pembikinan manuskrip terbaru.
Bertolak dari tujuan itu aku pun mulalah cari bahan bacaan yang menepati tujuan aku ke situ. Selepas belek punya belek, pusing seluruh tapak jualan, akhirnya aku pun ambik kotak dan mulalah ambik buku-buku yang sudah pun dikenal pasti. Isteri datang dengan semyuman. Di tangannya sudah ada beberapa buah novel dan buku kanak-kanak. Buku kanak-kanak tu tak lain tak bukan untuk anak-anak saudara kami yang sudah semakin membesar tu.
Sedar tak sedar kotak hampir penuh. Pergi ke kaunter bayaran, Juruwang picit butang mesin kira. Di skrin RM156. Dalam bajet. Bila lepas pintu keluar, rupa-rupanya ada satu bahagian buku lagi. Buku-buku di bahagian ni canggih sikit - lebih interaktif.
Alamak! Macam mana ni.... Tak beli rugi. Kalau beli mungkin terlebih bajet. Selepas bincang dengan isteri, kami pun jenguk buku-buku di situ. Akhirnya memuktamadkan wajib beli lagi. Isteri aku rembat beberapa lagi buku kanak-kanak di situ. Aku pula rembat tiga buah buku lagi yang sangat interaktif dan sesuai dijadikan buku meja kopi di rumah.
Kali kedua ke kaunter bayaran. Juruwang picit butang mesin kira. Selepas selesai terpampang di skrin angka RM102.
RM156 + RM102 = RM258. Memang lari daripada bajet. Tetapi bagi kami membeli buku satu pelaburan. Berhabis pun kira okey.
Sampai rumah terus lambak buku-buku tu. Mak ai.... banyak jugak! Hehehe
Buat para pembaca, kalau ada peluang pergilah ke Jualan Buku Big Bad Wolf. Buku-buku di situ di jual dengan harga yang amat murah. Potongan dari 75% sehingga 95% daripada harga asal. Tetapi hampir 95% buku yang dijual di dalam bahasa inggeris. Ciput sangat buku dalam bahasa melayu. Amat berharap pihak Big Bad Wolf dapat perbanyakkan lagi buku-buku bahasa melayu dalam jualan yang akan datang.
p/s : Nasihat aku kalau sampai ke Jualan Buku Big Bad Wolf ni sebaiknya pusing habis ruang jualan terlebih dahulu termasuk bahagian buku interaktif selepas kaunter bayaran pertama tu. Lepas tu baru putuskan buku apa yang hendak dibeli. Kalau tidak menyesal nanti kalau bajet yang ada habis dan tiada pula peruntukan tambahan.
Di The Mines - Negatif. Tetapi di Times Square Penang - Beribu kali positif.
Jadi semalam aku pergilah Jualan Buku Big Bad Wolf tu. Bila sampai di pintu masuk dah impressive. Ia macam dari mata turun ke hati. Berebut-rebutlah aku dan isteri ambik gambar kat pintu masuk tu. Keterjuaan tiba-tiba sahaja membuak-buak.
Sebaik melepasi pintu masuk mata dah mula berkeranjang dan hati pula tak keruan. Macam duduk dalam lautan buku. Tak tahu hendak mula dari mana. Aku dan isteri berpecah. Aku belek buku di bahagian lain. Dia pulak belek buku di bahagian lain. Mula-mula tengok-tengok dulu. Mata yang keranjang harus dineutralkan dahulu. Hati pula harus ditenteramkan dahulu. Jika ikutkan mata dan hati waktu itu mahu beli semualah jawabnya.
Ini baru sikit....
Bila mata dan hati sudah dapat dineutralkan, maka fikiran pun kembalilah waras. Bila fikiran kembali waras, maka tujuan utama ke Jualan Buku Big Bad Wolf itu diingatilah semula. Apa tujuan aku pergi situ?
Untuk cari bahan bacaan yang mahal dan sukar didapati di kedai buku biasa yang akan digunakan di dalam pembikinan manuskrip terbaru.
Bertolak dari tujuan itu aku pun mulalah cari bahan bacaan yang menepati tujuan aku ke situ. Selepas belek punya belek, pusing seluruh tapak jualan, akhirnya aku pun ambik kotak dan mulalah ambik buku-buku yang sudah pun dikenal pasti. Isteri datang dengan semyuman. Di tangannya sudah ada beberapa buah novel dan buku kanak-kanak. Buku kanak-kanak tu tak lain tak bukan untuk anak-anak saudara kami yang sudah semakin membesar tu.
Sedar tak sedar kotak hampir penuh. Pergi ke kaunter bayaran, Juruwang picit butang mesin kira. Di skrin RM156. Dalam bajet. Bila lepas pintu keluar, rupa-rupanya ada satu bahagian buku lagi. Buku-buku di bahagian ni canggih sikit - lebih interaktif.
Alamak! Macam mana ni.... Tak beli rugi. Kalau beli mungkin terlebih bajet. Selepas bincang dengan isteri, kami pun jenguk buku-buku di situ. Akhirnya memuktamadkan wajib beli lagi. Isteri aku rembat beberapa lagi buku kanak-kanak di situ. Aku pula rembat tiga buah buku lagi yang sangat interaktif dan sesuai dijadikan buku meja kopi di rumah.
Kali kedua ke kaunter bayaran. Juruwang picit butang mesin kira. Selepas selesai terpampang di skrin angka RM102.
RM156 + RM102 = RM258. Memang lari daripada bajet. Tetapi bagi kami membeli buku satu pelaburan. Berhabis pun kira okey.
Sampai rumah terus lambak buku-buku tu. Mak ai.... banyak jugak! Hehehe
Buat para pembaca, kalau ada peluang pergilah ke Jualan Buku Big Bad Wolf. Buku-buku di situ di jual dengan harga yang amat murah. Potongan dari 75% sehingga 95% daripada harga asal. Tetapi hampir 95% buku yang dijual di dalam bahasa inggeris. Ciput sangat buku dalam bahasa melayu. Amat berharap pihak Big Bad Wolf dapat perbanyakkan lagi buku-buku bahasa melayu dalam jualan yang akan datang.
p/s : Nasihat aku kalau sampai ke Jualan Buku Big Bad Wolf ni sebaiknya pusing habis ruang jualan terlebih dahulu termasuk bahagian buku interaktif selepas kaunter bayaran pertama tu. Lepas tu baru putuskan buku apa yang hendak dibeli. Kalau tidak menyesal nanti kalau bajet yang ada habis dan tiada pula peruntukan tambahan.
Thursday, December 20, 2012
Hilang Yang Belum Kembali
Ingat tak posting aku Durian Oh Durian hari tu. Dalam posting tu aku ada janji nak cerita pada korang sebab musabab kenapa aku dah tak berapa nak makan durian sejak tingkatan 5. Posting kali ini untuk memenuhi janji tersebutlah.
Ceritanya begini :
Pada suatu hari.... (hehehe). Kita cerita santai-santai sahajalah ye tak....
Sudah dua kali. Kedua-dua kali itulah kami pulang dengan tangan kosong. Akhir-akhir ini hujan asyik turun pada sebelah malam. Bila pergi selepas hujan reda habuk pun tak ada. Yang diperolehi percuma kasut kotor dan baju basah dan aku sudah pun beberapa kali bersin tanda hendak dihinggapi selsema. Tadi bila kembali ke wing, dom kami itu, di tengah-tengah malam buta yang hening itu terhidulah semerbaknya aroma bau raja buah itu.
"Ada orang lebih awal daripada kita ," kata kawanku itu yang termengah-mengah datang ke bilikku itu.
Aku mengangguk. "Patutlah kita dapat habuk saje... . Kita cuba lagi esok. Kali ini kita turun awal," kataku.
Kawanku itu bersetuju.
Seperti yang dirancang, kami ke kebun durian di belakang MRSM Balik Pulau itu lebih awal daripada hari-hari sebelumnya. Kami berdua panjat tebing berbatu untuk sampai ke kebun durian yang dikatakan milik mrsm itu. Entah betul atau tidak, wallahualam. Tapi begitulah yang dikhabarkan dari mulut ke mulut sejak dulu.
Hujan merintik sebaik kami menjejakkan kaki ke kebun durian itu. Hujan yang merintik itu pantas pula bertukar lebat. Ah, sudah....
"Berundur ke?" tanya kawanku itu.
Aku menggelengkan kepala. Pantas. Menegaskan bahawa kami tidak akan berundur. Aku sudah nekad sejak malam tadi yang takkan pulang dengan tangan kosong hari ini. Malah terbawa-bawa hingga ke mimpi.
Beberapa minit kemudian, terdengar bunyi durian jatuh. Aku lihat kawanku. Kawanku lihat aku. Kami tersenyum. Terdengar bunyi durian jatuh lagi. Berselang seli di sebelah kanan dan kiri. Kami terus melangkah seribu. Berpecah dua. Hujan diredah. Angin ditentang. Setengah jam kemudian kami kembali berkumpul di tebing berbatu tempat kami naik tadi. Di tangan masing-masing ada tiga biji durian yang besar. Kami berbalas senyuman.
Buru-buru turun dan kembali ke blok asrama senyap-senyap. kami mengopek buah durian itu sebaik sampai di belakang blok asrama itu. Isi-isi durian itu kenyal, kuningnya menawan, rasanya lemak manis. Kami makan dengan gelojoh. Tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kami makan habis semua durian itu. Tiga biji seorang dalam satu malam!
Badan tak rasa panas pun. Elok saja. Aku sendawa kekenyangan beberapa kali. Memang nikmat malam tu...
Keesokan harinya aku bangun macam biasa. Pagi-pagi buta lagi, kawan aku tu datang ke bilik aku. Dia ajak aku ke kebun durian tu lagi malam nanti. Entah macamana aku geleng kepala - satu fiil yang tak pernah aku lakukan selama ini. Tiba-tiba keterujaanku untuk mengambil durian hilang. Padfa sebelah malamnya, kawan aku pergi dengan seorang kawan lain ke kebun durian tu. Mereka dapat tiga biji durian. Mereka mempelawa aku makan durian. Aku geleng kepala, menolak. Tiba-tiba seleraku pada durian hilang sekelip mata. Sejak itu kegilaanku terhadap durian hilang.
Kata orang, aku disampuk hantu durian. Entah betul entah tidak, tak tahulah.
Yang pastinya perasaan sukakan durian itu sudah hilang dan nampak belum mahu kembali.....
Tuesday, December 11, 2012
Lidah Pahit
Aku demam sejak sabtu lepas. Sebab tu tak kemaskinikan blog ni dalam masa tiga hari ni. Mula-mula pening sahaja. Gagahkan juga diri pergi tengok Pesta Hoki USM (nanti aku ceritakan). Balik daripada situlah badan mula panas. Hilang selera makan. Pagi esoknya lidah pahit. Sentuh makanan apa pun semuanya rasa pahit. Ahad tu aku tak jamah sebutir nasi pun (makanan yang wajib aku ambik tiap-tiap hari).
Pekerja aku kata makan limau campur garam. Dia ambik limau kasturi, potong kepalanya sikit dan lumur garam. Aku pun hisap le limau tu. Lepas tu cuba makan semula. Tak jadi apa pun.... Pahit macam tu jugalah. Lepas tu ada pekerja lain kata minum teh o manis panas. Aku pun laratkanlah diri teguk teh o manis panas (Kalau aku ada diabetes tak mahunya aku ikut petua ni). Tak berubah apa-apa pun. Pahit tu kekal dan kebal.
Semalam isteri aku beli jeruk asam (makanan ringan kegemaran aku ni). Aku pun kunyahlah asam tu sikit-sikit. Lepas tu baru rasa lidah tu tak pahit dah..... Tadi barulah makan apa pun terasa..... Kembalilah nikmat merasa aku yang hilang beberapa hari lepas tu...
p/s : Syukur. Nasib baik Allah beri semula nikmat merasa tu. Payah kalau lidah pahit ni. Hilang selera makan. Kalau hilang selera makan, jadi tak makanlah. Kalau tak makan badan pulak rasa lemah. Ubat yang diambil untuk mengubati demam yang selalunya diambil selepas makan tak dapat berfungsi dengan maksimum. Jadi demam pun lambat baik....
Wednesday, December 5, 2012
Aku dan Kereta
Semalam, aku cerita pasal Aku Dan Handphone. Hari ni aku nak cerita pasal aku dan kereta pulak. Kereta pertama aku ialah Wira 1.5 Auto tahun 1997.
Lebih kurang macam ni lah Wira pertama aku.
Second hand. Wira ni warna biru. Standard. Tak ada bikin sana bikin sini. Kecuali lowered sikit je. Itu pun sebab masa beli memang dah lowered. Enjin Mitsubishi 4G15nya memang tip top. Senang pulak nak selanggara. Alat ganti pun senang nak cari. Aku suka dengan Wira ni. Kalau bawak rasa steady sahaja. Tapi di sebalik semua kelebihannya itu, Wira ni aku lepaskan jugak. Trade in dengan.....
Waja.
Waja 1.8
Bukan Waja biasa tapi Waja 1.8! Masa beli pergi dengan arwah abah di kedai kereta second hand kenalan dia. Bila sampai sana kereta tu tersadai elok sahaja. Warna silvernya berkilau memikat. Maklumlah baru masuk dua hari lepas. Pasti kesan kerja polish pekerjanya masih pada tahap terbaik. Arwah abah terus jatuh hati. Dalamannya pun mengancam. Paling tak tahan tempat duduknya kulit sepenuhnya. Jurujual pulak pandai mengayat. Tapi mahal le. Aku masa tu baru umur 22. Kereta ni untuk orang dah berkeluarga. Tapi sebab arwah abah suka sangat kereta tu aku pun ambik je lah. Lagipun kenalan abah, tauke kedai tu, boleh tolong untuk luluskan pinjaman.
Senang je aku beli kereta ni. Tanpa slip gaji. Cuma guna penyata akaun bank, surat sokongan daripada syarikat penerbit novel dan surat akaun sumpah yang manyatakan aku ada pendapatan lain selain daripada bekerja dengan arwah abah. Masa tu aku mana buka akaun semasa lagi. Daftar berniaga pun masih nama arwah abah. Ini cerita dulu. Sekarang payah nak beli kereta.
Aku suka dengan kereta ni. Selesa sebab luas. Tempat duduk kulitnya sejuk bukan main. Mama aku yang memang suka tidur ketika dalam perjalanan bukan main lena. Memang dia ada kata tempat duduk kulit tu memang salah satu ciri yang dia suka pada Waja tu. Kalau pandu 140 km/j belum rasa apa-apa. Steady je. Aku biasa pandu 200 km/j Waja ni. Masa tu sebab nak pergi tengok perlawanan bola antara Perak dan perlis kat Stadium Ipoh. Bertolak dari Juru pukul 7.15 malam. Sampai kat Ipoh dalam pukul 8.15 malam. Sejam saja! Masa balik tekan 180 km/j. Tiba-tiba tayar pancit. Sikit lagi nak langgar penghadang jalan. Mujur sempat kilas stereng selepas memandang sekilas ke belakang melalui cermin pandang belakang. Itu kenangan aku dengan Waja ni.
Selepas lima tahun lebih guna, ia mula buat ragam. Rosak sana, rosak sini. Sampai akhirnya enjin tak boleh hidup langsung. Bukan sebab bateri kong tapi sebab masalah enjin. Pergi bengkel biasa semua angkat bendera putih. Nak perbaik Waja ni bukan boleh main belasah saja. Ada special tool untuk Waja ni. Enjin Renault memang macam tu. Pergilah hantar kat Proton Servis. Proton servis Kulim pun tak boleh buat. Bawak pulak ke Proton Servis Juru. Diaorang boleh buat sebab ada special toolnya. Tapi kos nak perbaiknya RM6000++. Mak ai..... Gila ape!
Fikir punya fikir, aku ambik balik Waja tu. Letak kat rumah lama jugak sebelum kawan aku berkenan. Bagi kat dia. Sambung bayar. Dia buat balik kereta tu sampai boleh jalan semula. Lama lepas tu datang surat bank kata pembayaran untuk Waja tu dah lama tak buat. Aku call kawan aku tu. Dia menghilangkan diri bersama Waja tu. Aku sampai sekarang kena bayar Waja tu. Barang tak ada tapi kena bayar - huhuhu.
Lepas tu aku pakai Wira balik. Turun balik ke kereta biasa. Bukan apa, mana nak mampu pakai kereta lagi hebat daripada Waja sebab kena bayar untuk dua kereta tiap-tiap bulan. Wira ni pulak selalu buat hal. Masa beli tak ada enjin. Jadi beli enjin daripada kedai halfcut. Dah lama pakai problem pun datanglah sana sini. Pernah tersadai kat Sungai Kerang masa perjalanan balik daripada kampung. Nasib baik kat kampung tu ada bengkel kereta. Pergi ambik balik kena nak dekat seribu jugak. Wira ni makan banyak duit aku.
Macam ni lah Wira kedua aku. Warna biru muda
Kia Forte
Kereta memang satu keperluan. Kalau tak ada kereta memang payahlah nak bergerak sana sini. Bagi aku ada kereta yang selesa dan selamat ketika berjalan jauh sudah memadai. Aku rasa tak perlu nak pakai kereta mewah-mewah. Harga kereta makin turun bila dah berusia. Bukannya harganya makin naik. Kecualilah kereta tu pengeluarannya memang terhad.....
Berikut adalah kereta termahal dan terhebat dunia :
1. Pagani Zonda Clinque Roadster
Bernilai As$1.85 juta (RM5.67 juta) kereta ini bukan sahaja antara termahal
tetapi eksotik. Dengan kemampuan memecut daripada sifar ke 60 batu
sejam dalam masa 3.4 saat, kereta buatan Itali ini mampu memecut sehingga mencecah
kelajuan maksimun 217 batu sejam
2. Lamborghini Reventon
|
Jentera bernilai AS$1.6 juta (RM4.91 juta) ini hanta 20 buah dikeluarkan untuk pasaran global. Revention adalah antara
kereta termahal dan berkuasa pernah dihasilkan oleh Lamborhnihi hanya mengambil masa 3.3 saat untuk memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 211 batu sejam.
3. Koenigsegg Agera R
|
Agera R keluaran Sweden ini berharga AS$1.6 juta (RM4.91 juta)
mampu memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dalam masa 2.8
saat sahaja selain mampu mencapai kelajuan maksimum 260 batu sejam
4. Maybach Landaulet
Antara jenama pilihan golongan hartawan terkenal. Keluaran
terkini Maybach mencecah harga sehingga AS$1.38 juta (RM4.24 juta)
Merupakan sedan paling mahal dengan kemampuan memecut
daripada sifar ke 60 batu sejam dalam 5.2 saat
5. Zenvo ST1
Kereta edisi terhad keluaran Denmark ini hanya dihasilkan
sebanyak 15 buah. Dengan harga AS$1.23 juta (RM3.77 juta, ST1 mampu
memecut dariapda sifar ke 60 batu sejam dalam masa 2.9 saat dan
mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 233 batu sejam
Tuesday, December 4, 2012
Aku Dan Handphone
Aku ni dulu gila jugak le dengan hp. Nak kejar hp baru sahaja kerjanya. Kalau ada hp model terkini keluar rasa membuak-buak nak dapatkan sebuah tu memang tak dapat ditahan-tahan. Aku ingat lagi kumpul duit sikit-sikit untuk dapatkan Nokia 3210.
Nokia 3210
Dulu siapa ada hp ni kira canggih le. Macam siapa yang pakai Apple iPhone 5 atau Samsung Galaxy S3 sekarang. Leka kalau dapat main permainan snake dia. Masa tu itulah antara permainan palingcanggih yang ada dalam hp. Setahun lepas tu pakai pulak Nokia 3360. Jenama Nokia juga. Dulu Nokia ni jenama paling top untuk hp. Sapa pakai hp Nokia memang hebat le. Sebaik beli hp jenama Nokia dan-dan terbit rasa yakin. : )
Lepas tu lama tak pakai hp. Pakai nak menunjuk jadi bila ekonomi merudum aku pun terduduk. Pakai telefon awam sahajalah jawabnya.
Bila ekonomi dah pulih, beli pulak Sony Ericsson K320i masa ia mula-mula dikeluarkan. Tak serik-serik jugak. Ada duit je terus nak beli hp canggih. Asalkan ada hp canggih je terus nak beli kalau ada duit.
Lepas tu hp tu rosak. Dah mula malas nak tukar hp. Pakai je apa yang ada. Asalkan boleh dengar suara pemanggil dah okey walaupun skrinnya sekejap elok sekejap tidak.
K320i
Lepas tu keluar Nokia N97. Tengok terus jatuh hati. Tak fikir dah. Tekan duit kat ATM lebih daripada RM2 ribu, pergi kedai dan terus beli. Masa tu update facebook guna N97 ni le. Pertama kali aku jumpa semula isteri masa tu aku pakai N97 ni le. Bila dapat bil telefon seribu ringgit lebih kena bayar. Bil untuk internet je nak dekat RM700. Gile ape! Jenuh jugak aku nak korek duit nak bayar.
N97 yang banyak telan duit aku
Selepas pakai kira-kira enam bulan, ada kutu mana entah pecah masuk rumah. Selain duit dan barang kemas, N97 aku turut jadi mangsa. Sejak tu aku dah tak ingin nak pakai hp canggih-canggih. Cukuplah. Dah tawar hati. Sebab tu sekarang aku tak berapa kisah pakai hp apa pun, Lantak pi lah orang nak kata aku ketinggalan zaman ke apa ke. Tak larat nak kejo teknologi ni. Hari hp kita paling canggih tapi sebulan lepas tu belum tentu ia yang paling canggih. Sekarang ni aku pakai ni .........
K320i semula! Bukan yang aku punya dulu. Tapi hp lama isteri aku. Sebelum tu pakai Sony Eriksson xperia. Hp lama isteri aku jugak. Okeylah. Dapat buat panggilan dan jawab panggilan serta bersms sudah memadai......
Di bawah ni fakta tentang hp yang popular. Mengikut senarai yang paling kerap dicari di Yahoo! Malaysia sepanjang tahun ini :
1. Apple iPhone 5
Syariakt pengerluanya tidak pernah mengumumkan
Tarikh pelancaran rasmi untuk model telefon bimbit pintar
Terbarunya itu. Atas inisiatif pengikut setia gajet tersebut
Mereka mengeluarkan khabar angin bahawa Apple menyediakan
15 juta unit iPhone 5 yang dibangunkan di Taiwan sebagai persediaan
Memasuki pasaran menjelang bulan September tahun lalu
2. Apple iPhone 4
Ia merupakan telefin bimbit pintar berskrin sentuh generasi keempat
iPhone yang hadir bersama keupayaan sokongan panggilan video
serta kepelbagaian akses web dan multimedia. Ia didtangkan dalam
dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.
3. Samsung Galaxy S
Syarikat pengeluar jenama tersebut ialah Samsung telah mengumumkan
Pengenalan kepada telefon bimbit pintar Android tersebut pada bulan Mac 2010
4. Samsung Galaxy SII
Model ini merupakan telefon bimbit paling berjaya pernah dihasilkan oleh
Samsung. Model tersebut diiktiraf sebagai telefon bimbit super pintar dengan
Pemproses berkembarkedua ternipis di dunia.
5. Sony Ericsson Xperia
Rangkaian jenama Xperia merupakan telefon bimbit pintar dihasilkan oleh sony Ericsson
6. Nokia C3
Ia merupakan telefon bimbit mampu milik yang dibangun dengan spesifikasi lengkap
Dalam usaha untuk menarik perhatian pengguna
7. Nokia N8
Model telefon bimbit siri N daripada Nokia ini dipacu system operasi Symbian 3.
Ia merupakan peranti telekomunikasi Nokia pertama yang dilengkapi kamera beresolusi 12 megapiksel.
8. Samsung Galaxy Ace
Model ini merupakan telefon bimbit pertama Samsung yagn menggunakan system operasi
Terbuka Android. Ia dilengkapkan dengan skrin sentuhan TFT beresolusi 320 x 480 piksel
9. Blackberry Bold
Blacberry Bold 9000 atau lebih dikenali dengan nama Bold 1merupakan model
Blackberry yang popular dengan kepelbagaian fungsi pintar, papan kekunci QWERTY serta
Keupayaan aplikasi mesej yang berkesan.
10. Blackbery Curve
Model ini merupakan model terawal yang diperkenalkan syariakt pengeluarnya iaitu Research In Montion (RIM).
Curve 8520 adalah peranti Blackberry pertama mempunyai kawalan pad trek.
p/s : pekerja aku pakai hp lebih canggih daripada aku.
Sunday, December 2, 2012
Kenduri Kahwin 2
Selepas tengok Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2 Baca Di Sini , aku dan isteri terus pergi ke kenduri kahwin di Dewan Bandaran Kulim, di tepi Tasik Putra Kulim. Kenduri ni kenduri kahwin anak Abang Lan. Abang Lan ni pekerja di kilang tempat aku mengusahakan kantin. Kenduri kahwin ni adalah peluang kedua untuk isteri aku makan nasi minyak.
Kami sampai 15 minit selepas bergerak daripada Kulim Landmark Centre. Dewan Bandara Kulim tu dekat je. Tak mungkin kami sesat sebab tempat sendiri.....
Ramai tetamu. Penuh meja.
Terus pergi ke meja makanan
Walaa.... nasi minyak! Isteri aku tersenyum-senyum. Tamat juga ngidamnya....
Macam aku kata dalam Kenduri Kahwin1 dulu, Itulah, kita mahu tapi Allah jualah yang menentukan apa rezeki pada waktu itu. Nampaknya Allah beri rezeki nasi minyak untuk isteri aku pada hari itu.
p/s : teringat majlis resepsi aku dan isteri yang diadakan di dewan yang sama dulu.
Saturday, December 1, 2012
Berjurai Air Mata Ku Kerana Mu....
Pedih mata haih! Pagi-pagi dah kena potong bawang. Pekerja tak datang. Jadi akulah kena tolong sediakan bahan untuk tukang masak. Kenapa kita menangis bila potong bawang?
Imej dari Hipersian
Kalau korang nak tahu sebetulnya kita bukan menangis ketika memotong bawang. Ini kerana bawang menghasilkan sejenis bahan kimia ketika dipotong yang boleh menyebabkan kita mengalirkan air mata.
Bahan yang dikenali sebagai syn-propanethial-s-oxide itu merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata.
Oleh itu apabila kita memotong bawang, enzim yang merangsang air mata akan tersebar ke udara dan menukarkan sulfoksida bawang kepada asid sulfenik yang tidak stabil.
Ia seterusnya bertukar menjadi synpropanethial-s-oxide lalu ia tersebar ke udara lantas bersentuhan dengan mata seterusnya merangsang kelenjar air mata dan menyebabkan kita seolah-olah menangis.
Oleh sebab itu, biarpun kita memakai cermin mata, kita akan tetap menangis apabila memotong bawang.
Macamana nak elak daripada menangis bila potong bawang?
Rendam bawang dengan air sebelum potong. Ataupun korang potong bawang di bawah siraman air. Ini akan menyebabkan sulfoksida tu larut di dalam air sebelum sempat terbebas ke udara.
Lepas ni tak payah berair mata dah bila potong bawang. Tak perlu juga berhelmet macam dua orang bro di atas tu. Melampau!
Friday, November 30, 2012
Oit, apa tu?
Aku duk dengar bunyi blender mengisar. Buat tak tahu walaupun tertanya-tanya. Rasa aku semua perencah untuk ala carte dah dibuat tadi. Tup, tup.....
"Bos, nak rasa?" tanya salah seorang pekerja aku. Tunjuk gelas berisi air macam air susu tapi lebih likat.
"Apa tu?" tanya aku.
"Jus durian," jawabnya.
"Jus durian!"
Pekerja tu mengangguk pantas.
"Macamana buat ni?" tanyaku
"Mula-mula ambil isi durian. Buang biji (sah-sah kena buang. Biji durian bukan macam biji cempedak yang boleh rebus dan makan). Blenderkan isi durian tu. Campurkan dengan sedikit susu dan siap," jawab pekerja aku.
Alamak, senang aje.....
"Buah avokado pun boleh buat macam ni....." kata pekerja aku lagi.
Selamat Mencuba.
p/s : - Kalau dengan ais kisar lagi sedap kut. Tak pun bubuh aiskrim ke.....
Durian Oh Durian
Kalau korang lalu kat jalan-jalan di Kulim dan terutamanya kalau pergi ke pasar malam yang tiap-tiap hari ada di Kulim ni tentulah korang akan perasan betapa banyaknya orang jual durian. Segala jenis durian ada dijual. Tetapi yang paling banyak dari Bukit Kurau. Tadi, jabatan sumber manusia ada order kuah durian, jadi aku pun pergilah beli durian. Kedai yang aku tengok macam elok je duriannya tutup. Jadi terpaksalah pulak pergi ke jalan menuju ke Lunas. Nasib baik kedai yang jual durian kat situ buka. Di samping beli durian untuk buat kuah, aku belilah sekali durian untuk aku dan pekerja-pekerja aku makan. Aku ni sejak 18 tahun lepas makan durian dua tiga ulas setahun je. Sebelum umur 17 tahun tu memang aku hantu durianlah. Makan durian dengan nasi yang dicampur dengan sedikit gula beserta garam memang umph! Teringat masa ramas durian dengan nasi dulu. Fuh....... Tapi semua tu kenanganlah sebab sekarang aku dah tak berapa selera nak makan durian. Boleh makan tapi tak teringin orang kata. Itu yang jadi dua tiga ulas setahun je tu. Sebab apa aku dah tak makan durian sejak tingkatan 5 tu nanti aku ceritakan.....
Durian Relau, durian kampung. Boleh tahan jugaklah rasanya..... Tak payah nak cari Raja Kunyik atau Thraka atau Udang Merah. Yang ni pun dah cukup untuk aku. Makan dua ulas dah surrender. Cukup untuk tahun ini.
Thursday, November 29, 2012
Perli Ke Apa Ni?!
Aku minta dia buatkan Ribena. Dulu aku tak berapa suka Ribena ni. Tapi seminggu lepas entah macamana aku boleh nak rasa Ribena ni. Rasa sedap le pulak. Bila malam saje aku terus mintak isteri buatkan Ribena. Selalunya dia buat dalam mug sahaja. Tapi malam tadi dia buat dalam :
Siap dengan tempat sedut. Macam botol minuman budak-budak. Ini perli ke apa ni?!
"Malam Ni Kita Nak Makan Kat Mana?"
Isteri telefon petang semalam. Lepas beri salam terus sahaja berkata :
"Abang, malam ni kita nak makan kat mana?" Suara manjanya bukan main lagi.
"Hah," balasku terkejut.
Dia tergelak kecil di sebelah sana.
"Bukan dah tak nak makan malam ke?" tanyaku.
"Lapar. In makan sikit sahaja tadi," katanya.
"Kenapa tak makan banyak?"tanyaku.
Dia tergelak kecil lagi.
"Bolehlah...."
"Ya lah..."
Dia dah tentu senyum di sebelah sana.
"In teringin nak makan kebab," katanya.
"Aik, dah ada menu," balasku.
Dia tergelak kecil lagi.
"Dekat mana nak cari kebab?" tanyaku.
"Pasar malam," jawabnya pantas.
Aku tergelak. Macam hafal skrip sahaja isteri aku ni. Macam dah dirancang-rancang. Dia bijak. Aku bagi duit belanja dia tiap-tiap hari bekerja. Peruntukan untuk makan tak digunakannnya habis. Dia makan ala kadar sahaja di ofis. Bila makan malam baru dia pulun makan. Makan malam dah tentulah aku yang keluarkan ongkosnya. Bijak, bijak, bijak. Memberi makan antara nafkah zahir yang aku wajib beri pada dia. Selain daripada pakaian, tempat tinggal, perubatan dan lain-lain. Jadi tak boleh nak mengeluh bab ni. Cuma aku nak ketengahkan di sini ialah perempuan memang bijak simpan duit. Paling tepat mereka tahu bagaimana cara nak simpan duit.
Malam tadi kami pun pergi cari pasar malam. Ingatkan malam tadi giliran pasar malam di Taman Selasih. Rupa-rupanya bukan. Pusing satu Kulim. Akhirnya jumpa pasar malam di Pasar kulim. Kena ingat ni, hari rabu malam khamis pasar malam di Pasar Kulim. Aku tak pernah pun hafal jadual pasar malam kat Kulim ni. Selalunya kalau ternampak baru singgah. Kalau tak nampak tak pergi pasar malamlah aku.
Sampai pasar malam terus sahaja isteri aku melekat di gerai jual tudung. Senyum-senyum kat aku. Oh, patutlah nak sangat pergi pasar malam. Memang nak cari kebab tapi rupa-rupanya memang nak tengok tudung juga. Menyelam sambil minum airlah ni.
Pilih punya pilih......
Akhirnya beli sehelai.
Murah sahaja. Belas-belas ringgit sahaja. Sabtu lepas dah beli yang puluh-puluh ringgit punya. Kali ni beli yang belas-belas sahajalah. Isteri aku memang tak cerewet dalam bab tudung ni. Belasah sahaja. Asalkan cantik pada pandangan mata dia, selesa bila dipakai dan dengan harga berpatutan (bawah daripada RM50). Tudung yang harga beratus ringgit tu memang dia tak belilah. Dulu, kalau tak silap raya tahun lepas, dia ada beli tudung harga RM80++. Aku pernah tengok dia pakai sekali sahaja tudung tu. Lepas tu tak pernah nampak dia pakai lagi tudung itu. Kalau tak bagi orang tentu ada tersimpan dalam salah satu daripada dua bekas besar tudung dia tu.
Pusing-pusing pasar malam sampai ke bahagian sayur, tak jumpa pun gerai kebab. Pasar malam ni tak jual kebab rupanya. Kami selalu beli kebab dekat pasar malam Taman Selasih. Isteri aku okey saje. Tak pun mengeluh ke apa. Ya lah, dah dapat tudung......
Tak ada kebab, beli burger goreng. Tak pernah beli ni. Nampak sedap. Jadi teringinlah nak cuba. Isteri akulah teringin nak cuba. Aku tak terdetik pula (ayat. fuh! hehehe).
Dekat pasar malam ni ada satu makanan yang patut korang cuba kalau tersampai di sini. Iaitu pau goreng. Ada inti ayam dan daging. Memang popularlah. Tapi malam tadi tak nampak pulak kelibat penjual pau goreng tu.
Lepas tu, terus pergi gerai bihun sup Gearbox Fresh Special. Order bihun sup daging dan bihun sup ayam. Masing-masing untuk aku dan isteri.
Macam biasa, air sampai dulu. Sirap limau dan nescafe ais. Isteri aku dah makan burger goreng tu. Aku dia bagi sekokak je. Sedap jugak. berbaloilah dengan harganya yang RM1.50 sahaja tu.
Walaa, bihun sup daging aku dah sampai.
Baru bihun sup ayam isteri sampai
Bihun sup ni kalau makan dengan sos + cabai baru sedap...... Meletup!
Licin.
Dah tiba masa balik rumah. Dari jauh nampak kereta. "Abang tak tutup lampu ke tadi?" Ha! Aduh....
Subscribe to:
Posts (Atom)




















































