Pages

Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

150 Juta - Ainan Tasneem

Tadi masa memandu pulang dari kerja, terdengar lagu ni. Baru pertama kali dengar. Terasa santai. Rupa-rupanya lagu tu dinyanyikan oleh Ainan Tasneem. Seorang lagi bintang youtube yang mula dikenali melalui single pertamanya yang berjudul Aku Suka Dia. Siapa yang belum tengok rupa dia, di bawah ni ada gambarnya :




Di bawah ini pula lagu 150 Juta yang membuat aku santai mendengarnya tadi :



Kadang-kadang layan lagu budak-budak muda zaman sekarang pun okey jugak.

Sedikit catatan daripada Ainan Tasneem : My second single :) People keep asking me the same question so this is the explanation. 150 juta is a song made by fynn jamal. Ainan cuma menyanyikan balik sebab syarikat rakaman Ainan sangat berminat dengan lagu ini. So mereka contact kak fynn, and lepas tu kak fynn agreed to sign an agreement with them as a composer and lyricist. Kak fynn bagi lagu ni secara eksklusif utk Ainan nyanyikan balik dan utk dijadikan single kedua Ainan. Harap semua faham ya :)


Sunday, November 18, 2012

Keputusan Penuh AIM 19



Aku tak tengok AIM malam tadi. Terlupa acara berprestij tu berlangsung malam tadi.


Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik 2012

  1. Lagu Nasyid Terbaik – Doa (Nora)
  2. Lagu Pop Etnik Terbaik – Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black) 
  3. Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique) 
  4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Counting Days (Jacyln Victor) 
  5. Artis Baru Terbaik – MOJO 
  6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Seperti Dulu (Forteen) 
  7. Video Muzik Terbaik – Sparkle (Yuna) 
  8. Lagu Pop Terbaik – Patah Seribu (Shila Amzah) 
  9. Lagu Rock Terbaik – Idola (Azlan & The Typewriter) 
  10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band) 
  11. Anugerah Kembara – Mizz Nina 
  12. Anugerah Sri Wirama – Alleycats 
  13. Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Lagu – Jamal Abdillah (Bahagia Sementara) 
  14. Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu – Jacyln Victor (Counting Days) 
  15. Album Terbaik – SalamMusik 
  16. Lagu Terbaik – Shila Amzah (Patah Seribu)

Lagu Terbaik AIM 19 :



Lagu yang aku suka pun menang :




Eh, ada rekod di ASTRO tak?




Saturday, November 17, 2012

Siapa Tasha Manshahar?

Jom kita layan lagu ni dulu :





Dia adalah seorang lagi gadis youtube yang mengikuti jejak langkah Yuna dan Najwa Latiff. Mula meletup di youtube selepas videonya Be Mine ditonton hampir 140,000 orang dalam masa hanya 6 hari. Video tu sekarang sudah ditonton 818,911 orang ketika posting ini ditulis.

Lagu Be Mine :





Sudah jadi trend orang suka tengok perempuan bertudung menyanyi.....




Wednesday, November 14, 2012

Lagu-Lagu Dalam KATARAK

Aku baru sahaja siapkan KATARAK seperti yang aku beritahu dalam posting sebelum ini fh : Yahoo, Katarak dah siap! Aku muatkan beberapa lagu di dalam Katarak. Senarai lagu di dalam KATARAK :

1) Milik Siapakah Gadis Ini
2) Malam Bulan Dipagar Bintang
3) Tanya Sama Hati
4) Engkau Laksana Bulan
5) Hatiku Dicuri Lagi
6) Tak Seindah Wajah
7) Dengarlah Gemala Hati
8) Aku, Dia Dan Lagu
9) Mengapa Dirindu
10) Dalam Air Terbayang Wajah

Tapi aku paling suka lagu Dengarlah Gemala Hati. Versi Tan Sri P. Ramlee dalam filem Panggilan Pulau memang mengasyikkan. Versi Hamdan Ramli dalam filem Man Laksa pula memang tak terlupakan. Video Dengarlah Gemala Hati versi Hamdan Ramli :




p/s Nantikan KATARAK di pasaran. Judul novel kemungkinan akan berubah mengikut perbincangan dengan pihak editor.