Pages

Showing posts with label Realiti. Show all posts
Showing posts with label Realiti. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Ke Mana Kita Hendak Lari?

Di dalam kita melaung-laungkan untuk memboikot segala produk yahudi dan barat yang tidak habis menindas orang Islam di serata pelusuk dunia sama ada secara langsung atau melalui proksi mereka, sedarkah kita bahawa realitinya tidak semudah itu. Selalunya kita hangat-hangat taik ayam. Berkobar-kobar bila sesuatu isu tentang penindasan orang islam itu hangat di dada-dada akhbar dan kaca telivisyen. Bila berita-berita itu mulai tidak terpampang lagi di media, maka semangat yang berkobar-kobar itu pun dinginlah semula lalu hilang perlahan-lahan selari dengan masa dan hanya akan muncul semula bila ada berita terbaru tentang penindasan orang Islam terpampang semula di media.

Yang ironinya kita sendiri pun hanya tahu beberapa produk tertentu yang berkaitan dengan yahudi zionis dan kapitalis barat ini. Sebagai panduan di sini aku tunjukkan kepada anda betapa berseliratnya hubungan 10 syarikat mereka yang menawarkan produk-produk kepada kita.



Anda rasa anda boleh lari daripa membeli produk mereka?


Semoga bermanfaat.




Thursday, November 8, 2012

Real?

"What is real. How do you define real?" (Morpheus -The Matrix)



Terjemahan : "Apa itu realiti. Bagaimana anda mendefinisikan realiti?"

Kawan, apa itu realiti? Benarkah dunia yang fana ini satu realiti? Bukankah dunia selepas mati itulah yang kekal abadi? Jadi, kawan, apakah sebenarnya dunia yang kita huni ini? Bagaimana ia boleh menjadi realiti sedangkan ia sebenarnya fiksi. 

Kata kuncinya : Bagaimana kita mendifinisikan realiti? Kita mendifinisikan realiti melalui pancaindera - tangan, mata, lidah, telinga dan hidung. Cuba bayangkan kita tanpa pancaindera tersebut. Adakah boleh kita menganggap dunia yang kita huni sekarang adalah real? Bagaimana kita hendak menjelaskan tentang biru langit misalnya jika minda kita tidak dapat mengaitkannya dengan sesuatu yang berwarna biru juga seperti laut. Kita tidak mampu mentakrifkan apakah warna biru itu selain mengaitkannya dengan benda yang berwarna sama. Itulah yang dinamakan relatif. 

RELATIF ADALAH SATU KEMAHIRAN MANUSIA UNTUK MENJELASKAN SESUATU YANG TIDAK MAMPU UNTUK DIJELASKANNYA.


Kita sebenarnya hidup di dalam Matrix! Matrix adalah apa yang anda percaya. Matrix terdiri daripada relatif-relatif. Maksudnya dunia yang kita huni adalah palsu belaka.

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertaqwa, (maka) Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak meminta harta-hartamu”. (surah Muhammad ayat 36)