Pages

Monday, July 14, 2014

TIDAK Messi, YA Ronaldo!

Aku ni kira minat jugalah bola sepak. Tetapi tidaklah sampai fanatik. Tetapi tetap kenal jugalah pemain-pemain terbaik dunia. Pemain yang aku minat antaranya Messi dan Ronaldo. 

Kalau Barcelona lawan Real Madrid atau Argentina lawan Portugal, entah kenapa aku cenderung untuk pilih pasukan yang diwakili Messi. Intuisi yang aku tak faham sampai semalam. Barangkali kerana dia kecik macam aku (masa aku sekolah dulu le... skrg dah lebar. hahaha), rendah seperti aku (masa aku sekolah dulu le... dan sekarang juga! hahaha), jadi aku cenderung pilih dia berbanding Ronaldo yang aku fikir dari segi bentuk badan memang sempurna. 

Kalau nak dibandingkan Messi ni macam David dan Ronaldo macam Goliath. Ditambah pula dengan muka Messi yang nampak nerd berbanding Ronaldo yang nampak egois, lagilah aku pilih Messi. 

Baru-baru ni kecoh pasal Messi sokong Israel. Bertempurlah dua kumpulan dalam alam maya ni. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. 

Aku tetap sokong Messi. Akhirnya terbukti ia adalah satu program 'Peace Tour' yang dibuat oleh pasukan Barcelona di mana pasukan itu bukan sahaja ke Israel tetapi juga ke Palestine. Malah Messi sendiri dikatakan bersalaman dengan presiden Palestine. Kemuncak program itu adalah perlawanan bola sepak persahabatan di antara Barcelona dan VS Team (gabungan pemain Israel dan Palestine). 

Tuduhan terhadap Messi itu belum sempat menggoyahkan sokongan aku kepadanya. Tetapi tup, tup, hati aku terus berubah sebaik melihat video di bawah ini. Berubah sepantas kilat! 





Messi tak ada di dalam hati aku dah. Ronaldo pula yang jadi pemain pilihan. Tambahan pula bila mengetahui kecenderungannya terhadap Islam. 



TIDAK untuk Messi, YA untuk Ronaldo!


p/s : Argentina kalah? Aku tak rasa apa-apa! Messi memang sudah tak ada dalam hati!




No comments:

Post a Comment