Sunday, December 25, 2011
Susah sangat ke nak senyum?
Songlap
Songlap adalah sebuah daripada dua buah filem melayu yang aku mahu tonton tahun ni. Mujurlah ada filem seperti Songlap di hujung tahun 2011 ini. Seperti kata Ali Atan di dalam ruangan Filem pada sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia hari ini, Songlap berjiwa dan bersuara - .... mengesahkan cirinya sebagai sebuah filem sinikal lapan bintang! Tahniah kepada Shaheizy Sam (Am), Syafie Naswip (Ad) dan Sara Ali ( Hawa), Normah Damanhuri (Rita) serta pengarahnya Effendee dan Fariza Azlina.
Friday, December 23, 2011
Dua Insan Bercinta
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh! sayang
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadmu jauh
Namun hatimu dekat selalu
Walau kini halangan menimpa
Bila cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga
Biar masa berganti masa
Biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh! sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan
Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Tentu jawabnya kepadamu
Kerna dikau cinta padaku
Ku persembahkan kepadamu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga
Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah ku katakan padamu oh! sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan
Mari kita buaikan perasaan dan harap-harap dapat mencambahkan lebih perasaan sayang kepada orang yang tersayang.....
P/s : jika anda tidak gembira melihat pasangan anda tersenyum, dan tidak juga menangis (setidak-tidaknya di dalam hati) melihat pasangan anda bersedih, pastinya ada sesuatu yang tak kena pada hubungan anda derngan dia.
Thursday, December 22, 2011
Tengok Zulfiqar
Selepas beli tiket yang berharga RM10 sekeping kami terus masuk ke dalam ruang pameran. Mula-mula tengok seni khat. Ada penulis khat yang sedang menulis khat, pelbagai jenis mushaf dan lain-lain. Di sini aku terpesona dengan indahnya seni kaligrafi islam. Dapat jugalah ilmu bahawa warna boleh dibuat daripada alam semulajadi seperti dedaun dan bunga-bungaan. Ada hasil seni khat yang dibuat sepenuhnya dari warna-warna asli tersebut dipamerkan. Begitu juga dengan alatan yang digunakan untuk menulis khat seperti pen yang dibuat daripada pokok resam.
mushaf Aceh
Kemudian kami bergerak ke ruang pameran pedang. Aku terpegun dengan keindahan pedang-pedang seperti al_Battar, al-Qadib, al-Ma'thur, Dhu Al-Faqar, dan juga pedang-pedang para sahabat. Walaupun ianya replika tetapi 99 peratus bentuk pedang-pedang yang dibawakan khas dari MuziumTopkapi Istanbul. Turki adalah persis dengan rupa bentuk pedang yang asal. Tetapi antara kesemua pedang-pedang tersebut yang paling mendapat perhatian aku adalah pedang Zulfiqar. Kenapa? Di bawah aku berikan butir-butirnya....
Pedang Zulfiqar
Pedang Zulfiqar adalah pedang dua mata yang dimiliki olehSaidina Ali ibni Abi Talib Karamullahu Wajhah.Pedang dua mata ini adalah simbol kepada jihad dan keberanian berdasarkan perjuangan baginda khalifah Saidina Ali R.A.Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.”
Kemudian kami bergerak ke ruang pameran koleksi sejarah seni silat pusaka gayong. Di sini selain koleksi pertubuhan silat tersebut di atas pentas kecil ada replika rumah Rasullah. Aku tak melawat replika rumah tersebut kerana keadaan yang sesak oleh anak-anak rombongan sekolah. Difahamkan di dalam replika tersebut ada di pamerkan jubah Rasullah.
Monday, December 19, 2011
Kolah Masjid
Tuesday, October 11, 2011
Keajaiban Alam
Wednesday, August 24, 2011
Yang mana Satu : Ketupat Palas Atau Ketupat Sate?
Ketupat Palas
Ketupat sate
Manuskrip Baru
Sepanjang bulan puasa ni, aku banyak menulis, menulis dan menulis. Aku tengah usahakan tiga manuskrip sekaligus. Memang letih yeop tapi sudah hobiku menulis hal meletihkan itu bukan apa-apa. Manuskrip paling mencabar ialah manuskrip yang mirip dengan novel aku di atas itu, Kau Pertama Aku Kedua. Cerita tentang dunia remaja yang penuh gelora. Semua maklumat yang akan digunakan untuk manuskrip itu sudah lengkap. Sekarang proses menyiapkannya semata-mata tertumpu kepada penulisan.
p/s : Bagi sesiapa yang belum memilki novel Kau Pertama Aku Kedua, silalah beli. Masih boleh didapati di kedai-kedai buku. Novel ini sudah dicetak untuk kali kedua sejak 3 bulan lepas.
Tuesday, August 23, 2011
Kad Raya : Sentimental Yang Tak Terkalahkan
Gema Takbir Di Pagi Raya, 4U2C : Kenangan Itu Memang Manis!
Betul-betul teringat gerak tari di majlis tu yeop..... Kenangan itu memang manis!
Saturday, August 20, 2011
Kuih Raya Kegemaran
Almond london kuih raya kegemaran aku
Entah kenapa aku pun tak tahu. Yang aku tahu bila almond london ni masuk mulut memang sedaplah rasanya. Aku ni jarang makan jenis-jenis kuih dan biskut ni. Di rumah, roti dan biskut boleh sampai berkulat tak disentuh aku. Isteri aku dah dapat kuih yang dipesannya daripada rakan sepejabatnya. Nak tahu berapa banyak pesanannya. Korang tengoklah sendiri gambar kat bawah ni. Itu pun ada item yang tak sampai lagi.
Kuih raya Puan Umi
Dan dalam balang-balang tu tak ada satu pun yang berisi almond london sebab tempahan almond london tu dibuat dengan orang lain. agen tu kata minggu depan baru dapat. Harap-harap dapat le kalau tak bahayalah mana-mana rumah yang ada almond london jika aku bertandang kat sana. Mahu habis satu balang aku sental nanti.... hehehe. Salam Ramadhan. Masih Ramadhan lagi yeop. Belum Syawal. Tapi orang dah mula sembang pasal raya. Jarang sekali cerita tentang puasa. Hehehe
Tuesday, August 16, 2011
Jalan - Jalan Ke The Tree Top Walk : Mengatasi Gayat
Awal-awal dah rasa mencabar. Sepanjang perjalanan ke Sungai Sedim dimana The Tree Top Walk terletak diiringi hujan yang sekejap lebat dan sekejap rintik. Perasaan bercampur baur samaada mahu meneruskan perjalanan ke sana atau tidak. Khuatir jika tempat itu ditutup disebabkan hujan.
Hujan sepanjang perjalanan
Tapi kerana semangat menyala yang belum padam, pedal minyak ditekan dan stereng kereta dihala juga ke Sungai Sedim. Dan akhirnya ……
walaa….. sampai juga! Tapi masih hujan! Buka ke tidak The Tree Top Walk ni?
Di permulaan trek bersama isteri. Senyum dalam cuak
Buka!!! Yahoo!!!!!!!
Senyum macam tak cukup pipi tapi dalam hati cuaknya menggunung tinggi! hahaha….. . Bila menapak saja di atas trek perasaan gentar mula menyerbu hati. Pelantar laluan bila dipijak terasa melendut sedikit lalu menghantar persoalan kepada diri samaada ia kukuh atau tidak. Tapi perjalanan diteruskan juga ….. Alang-alang menyeluk pekasam yeop, kata pepatah biar sampai ke pangkal lengan.
Pelantar laluan yang melendut sedikit jika dipijak. Teka kaki siapa tu? hehehe. Tengok betapa tingginya jika melihat ke bawah
Tapak demi tapak cuak mula ditemani gayat. Fuh, bayangkan anda berjalan untuk sama tinggi dengan pucuk pokok! Kalau orang yang memang takut gayat, pastikan anda tidak pandang bawah. Berderau darah yeop. Tambahan di laluan panjang dan pelantar yang bergoyang. Tapi semakin lama menapak, perasaan cuak dan gayat itu mula ditemani perasaan puas dan gembira. Pusing 360 darjah dimana-mana flora, flora dan flora. Memang menyenangkan dan menenangkan. Serasa diri dalam dakapan hutan. Sesuatu yang tak boleh dinikmati di bandar.
Dua-dua sudah senyum maksudnya sudah okeylah tu
Indahnya alam ….. . Nak kenal pokok? Ada label disediakan. Nun di bawah Sungai Sedim mengalir deras
Makin lama kami menapak makin tinggi. Sehingga ke titik paling tinggi iaitu 26050 mm dari aras hutan. Syok gila! Puas gila!
Puas hati bila sampai ke titik paling tinggi trek
Sekarang masa untuk menuruni trek. Jangan suka sangat sebab jika anda seorang gayat anda akan tetap gayat juga sehinggalah sampai ke stesen.
Puas yeop kalau sekali sekala dalam dakapan hutan
Tambahan pula kalau pergi dengan yang tersayang
Pendek kata Tree Top Walk ni memang mencabar, menarik dan bagi pencinta alam dan sesiapa yang nak rasa bagaimana berada dalam dakapan hutan yang selama ini rimas dipeluk kasar hutan batu, tempat ini adalah ideal untuk anda.
Bergambar lagi di hadapan papan tanda Tree Top Walk. Tanda puas hati. Tree Top Walk jika dipandang dari luar nampak macam tak ada apa-apa tapi percayalah ia berbaloi sebagai destinasi untuk bersantai. Lagi satu jalanlah perlahan-lahan, pandang sekeliling dan cubalah nikmati alam. Bila tiba di stesen selepas menamatkan trek pasti ada perasaan puas dan tenang yang anda perolehi.
Selamat mencuba. Selamat mengatasi gayat!
Jalan– Jalan ke Taiping
Diselubungi kabus di hadapan chalet kami.