Hmmm... Sepanjang duk tengok iklan raya Petronas ni, terkenanglah aku zaman menyambut raya masa kecik dulu. Sebahagian keadaannya macam dalam iklan itulah. Meriah bukan main dan bagai nak rak sungguh tunggu 1 Syawal. Kalau dah beli baju raya, memang baju raya itulah yang dicuba berkali-kali selagi tak sampai hari raya. Tapi tidaklah sampai bawa tidur macam adik dalam iklan raya tu. Teringat jugalah aku yang duk menyibuk entah tolong atau ganggu mak dan mak cik aku buat bahulu, dodol dan lain-lain. Terkenanglah juga betapa sesaknya rumah atuk sampai ke dapur pada malam raya tu. Kami tidur ikut dan sahaja. Kalau tak sempat nak 'book' tempat terpaksalah tidur dalam kereta. Hahaha..... Walaupun tak selesa macam mana pun, walau bising macam mana pun, walau sesak macam mana pun, pagi 1 syawal tu semuanya akan bangun dengan muka ceria. Tersenyum sampai tak cukup pipi dalam menunggu giliran untuk mandi. Kadang-kadang masuk dalam bilik air sampai dua tiga orang dan mandi pun cincai-cincai. Sementara para ibu duk sibuk tunggu giliran untuk menyeterika baju. Lepas pakai baju melayu berderet-deret ke masjid dan bila balik jamah juadah. Wah, betapa sedapnya ketupat bawang, nasi impit, rendang tok, lemang, kuah kacang, ayam masak merah dan macam-macam lagi. Pendek kata penuh bermacam juadah atas sapra. Lepas tu berbarislah ramai-ramai minta ampun dan maaf pada atuk, opah, ibu bapa dan pakcik makcik. Dan tentulah inilah masanya untuk dapat duit raya. Dulu kalau dapat 50 sen pun dah kira okey. Kalau dapat seringgit ke atas rasa macam kena loteri. Hahaha....
Iklan ini membangkitkan nostalgia yang amat berharga dalam hidup aku. Nostalgia yang tak boleh dibeli dengan apa sekali pun. Nostalgia yang aku kenang sampai sekarang. Manisnya hanya diketahui oelh sesiapa yang pernah melaluinya.
Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua pembaca blog ini. MAAF ZAHIR BATIN sekiranya catatan-catatan aku selama ini ada menyinggung perasaan kalian.
Salam.

No comments:
Post a Comment