Hari itu Jumaat lepas, 21 mei 2010, cuaca kadang-kadang cerah dan kadang-kadang mendung. Oleh kerana memenuhi janji aku bawa isteri ke Lata Bukit Hijau. Bergerak dari rumah di Kulim sekitar jam 9 pagi. Meter kelajuan kereta sekitar 80km/j. Sudah lama tidak ke sana, seingat aku lebih kurang 5 tahun. Jadi was-was dengan jalan. Memandu dengan dipimpin oleh ingatan yang samar-samar, pedoman dan tentunya papan tanda! Mujurlah pemandangan sepanjang perjalanan begitu indah. Sesat di mana pun keindahan gunung ganang tetap menggiurkan. Kami tiba di kawasan air terjun itu selepas hampir 45 minit perjalanan.
Air terjun Lata Bukit Hijau
Ketika memasuki perkarangan kawasan perkelahan itu, diri yang teruja-uja sejak dari Kulim tiba-tiba dicuit hampa. Kawasan itu hampir lengang. Di tempat letak kereta pakir tidak sampai sepuluh buah kenderaan. Aku terkulat-kulat. Sukar hendak percaya yang tempat yang aku kunjung dulu ini, yang begitu ramai pengunjung dulu kini lengang. Kami gagahkan diri untuk beriadah di situ juga. Ketika sedang berenang baru aku teringat hari ini Jumaat! Walaupun Kedah cuti tetapi hari ini Jumaat! Jumaat maksudnya solat Jumaat!!!
Aku berenang di salah satu daripada 7 kolam Lata Bukit Hijau
Walaupun tanpa pengunjung, yang tentunya akan memeriahkan suasana, kunjungan ke situ tetap juga bermakna. Sesekali dapat dengar dodoi deruan dan desahan air terjun menggantikan lalak lolong deruman kenderaan amat mengamankan jiwa. Sesekali dapat menghidu dan memeluk segarnya nafas hutan diganti dengan longlainya nafas kota amat menyamankan.
Puas dirai alam
Aku pulang selepas hampir dua jam di situ. Sampai rumah sebelum solat Jumaat. Berselisih dengan ramainya muslim yang sudah bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah.
Pada sebelah malamnya aku bersembang tentang hal lengangnya Lata Bukit Hijau dengan emakku. Katanya : "Memanglah... Dulu Sultan dah beri peringatan. Kata Sultan baginda akan batalkan cuti pada hari Jumaat jika orang ramai berkelah sampai lupa solat Jumaat!" Aku tersenyum....
Nota : Lata Bukit Hijau terletak 42km dari Kulim dan 112km dari Alor Setar. Air terjunnya tujuh tingkat dan mempunyai 7 kolam. Sudah meragut 36 nyawa dalam tempoh 20 tahun. Jadi berhati-hati.
penah gak g tpt ni dl..ms zaman matriks thn 2002..skang klu nak ke utara mmg susah lah since dh duduk kat selatan ni..
ReplyDeletetp tpt ni best lah..
fuyyooohhh...best giler!!
ReplyDeletebestnya. Air sejuk.
ReplyDeletedekat la jugak ngan umah saya tempat nie
ReplyDeleteTempat ni sesuai bawa kanak2 atau orng tua tak?
ReplyDelete