Pages

Tuesday, November 13, 2012

Pulanglah Adik (Bahagian 2)



Abang duduk pula di pangkin dan kenangan pun berkembang semula.
Kepulangan adik dari luar negara disambut gembira oleh ibu. Kenduri kesyukuran diadakan secara besar-besaran. Kami bangga kerana adik berjaya membawa pulang segulung ijazah universiti terkemuka. Kemudian adik pun bekerja di Pulau Pinang. Tak lama kemudian adik mula bermain cinta. Detik hitam pun menitis. Setitik demi setitik.
Hingga di situ sahajalah bahagia kita. Sejak adik melangkah keluar tanpa salam tiada kenangan indah yang mampu dicipta lagi. Ibu putih mata. Abang makan hati. Luka ini belum mahu mati.
Apa yang menyebabkan adik terlara? Keengganan ibu membenarkan adik bekerja di Pulau Pinang? Atau keengganan ibu menerima kekasih adik? Tentulah ibu ada sebabnya. Pasti juga ada rahsianya. Rahsia dari sejuta rahsia yang tidak mungkin dapat dibongkari oleh kita. Cukuplah sekadar kita tahu bahawa semua tindakan ibu kerana sayangnya kepada kita.
Atau barangkali ini :

Pulanglah Adik (Bahagian 1)


          
            Resah mengerumus malam ini. Bulan penuh sayu. Cengkerik berlagu pilu. Seisi rumah dilatari udam 
penuh duka. Abang sedang duduk di sisi ibu. Yasin baru usai dibacakan. Putik-putik haruman kesturi tiba-
tiba menujah hidung. Lalu imej-imej silam pun mengembang jelas di dalam kanta berkristal.
Ibu melunaskan janjinya. Kita sangka ibu lupa tetapi sebenarnya tidak. Semua keperluan sekolah sudah dibeli oleh ibu siang tadi. Segalanya serba baru. Bermula dari baju hingga ke kasut sekolah. Dan dari pensil ke buku tulis. Wang ibu melayang beratus ringgit. Malam itu kita sibuk mencuba baju sekolah baru. Kemudian leka menyusun alat-alat tulis baru di dalam bekas pensil baru. Bekas pensil kita bertingkat dan besar. Paling canggih dan mahal. Kita yang memilihnya dan ibu menyetujui saja. Abang lihat adik begitu gembira, kita gembira. Ibu yang melihat gelagat kita tersenyum puas.
Seminggu lagi. Abang di tahun keenam dan adik pula kali pertama menjejak kaki ke sekolah. Namun buku-buku teks sudah mula diguna oleh kita. Ibu jadi guru mula. Bilik tidur kita jadi kelas awal. Di situlah kita mula mengenal huruf dan angka dulu. Saksi bila kita dapat membaca, menulis dan mengira. Pada usia enam tahun, 3M yang asas itu sebati sudah dengan kita. Ibu guru yang garang dalam penyayang. Jika silap, tapak tangan tetap merah dimamah rotan. Tetapi hati ibu kerap juga tersentuh. Terutama bila kita bengap pada sesetengah pelajaran. Air mata ibu mudah gugur. Kelas hari itu akan terhenti. Tetapi ibu tidak pernah putus asa dan merungut. Menyumpah jauh sekali. Ibu faham bahawa setiap kata yang keluar dari mulutnya untuk anaknya adalah doa. Esok, kelas bersambung semula. Ibu benar-benar mahu menyiapsiagakan kita sebelum sesi persekolahan bermula. Ibu mahu kita berada di hadapan berbanding budak-budak lain.
Hari bermakna buat kita pun tiba. Ibu mengejutkan kita dari lena. Kita bangun, kemudian mandi, lalu memakai baju sekolah baru. Tidak sabar hendak memperagakan baju sekolah baru itu di depan rakan-rakan. Bagi kita awal sekolah hebat bila segalanya baru. Dan ibu tahu itu.
Ibu menghantar kita ke sekolah dengan kereta. Di dalam perjalanan ibu memberi pesanan. Khusus untuk adik : Ramai kawan. Cikgu baik. Usah takut. Khusus buat kita : Hormati guru. Belajar rajin-rajin. Tetapi bila sampai waktu....

5 Tempat Paling Syok Untuk Berbulan Madu (Dunia)

Semalam aku senaraikan 5 tempat paling syok untuk berbulan madu di Malaysia. Bagi yang memang rancang nak berbulan madu ke oversea tetapi masih tak tahu nak pilih ke mana, di bawah ni aku senaraikan 5 tempat paling syok untuk berbulan madu di luar negara :

1) Paris, Perancis



2) Venice, Itali



3) New York, Amerika Syarikat



4) London, England



5) Barcelona, Sepanyol


Monday, November 12, 2012

5 Tempat Paling Syok Untuk Berbulan Madu (Malaysia)

Sekarang musim cuti sekolah. Musim cuti sekolah kalau mengikut persamaan matematiknya sama dengan musim kahwin. Banyaklah pasangan yang duk hangat bercinta dulu akan mendirikan rumahtangga dalam dua bulan ni. Termasuk dalam senarai 'Wedding List' terutamanya bagi bakal pengantin perempuan ialah 'Tempat Untuk Bulan Madu'. Di bawah ini aku senaraikan lima tempat terbaik untuk bulan madu di Malaysia  :

1) Pulau Pangkor (Pangkor Laut Resort)

                                                Cantik Pangkor Laut Resort ni

2) Pulau Tioman (Japamala)

                                 Jeti Japamala pun dah menarik. Belum lagi tengok resortnya

3) Pulau Langkawi (Four Seasons)

                                                 Hilang kata @ Speechless!

4) Feringghi (Lone Pine)

                                                    Eksklusif

5) Cameron Highlands (Smoke House)

                                                                     Elegan

Buku Fikiran Dan Idea

Semalam, dalam perjalanan balik ke kampung, aku dan isteri singgah di Tesco Seri Manjung. Lepas beli udang, ayam dan sotong di Tesco, kami terus masuk kedai buku Popular. Mula-mula fikir nak beli kertas A4 sahaja. Tetapi terbeli juga buku di bawah tu.


Aku nak tulis semua fikiran dan idea aku tentang novel dan blog dalam buku tu. Akan teraturlah nanti. Idea tu dah ada lama. Tapi tak dilaksanakan sampai isteri aku ingatkan banyak kali. Tak adalah bersepah sana sini dalam kertas-kertas A4 dan buku yang kadang-kadang hilang entah ke mana. Lagipun ia senang untuk rujukan di masa hadapan.

Catatan pertama dalam Buku Fikiran Dan Idea itu : Bayangan kasar novel terbaru aku - SILAU!


Apa nama yang sesuai untuk buku ni ya? BIF atau BFI atau ..... ada sesiapa ada idea?

Sunday, November 11, 2012

Cameron Highlands Yang Masih Dingin






Isteri mohon rumah peranginan TNB di Cameron Highlands. Alhamdulillah permohonan diluluskan. Dapatlah adakan perhimpunan kecil keluarga. Walaupun tak semua yang dapat menghadirkan diri. Aku, isteri, Hidzir (adik aku), Siti (isteri adik aku) Qasrina dan Ambar (anak-anak adik aku @ anak saudara aku) bergerak dari Pulau Pinang. Bapa dan ibu mertua serta Aidil (adik ipar aku) bergerak dari Perak. Sementara Aswad (adik ipar aku) dan isterinya, Yan bergerak dari Mempaga, Pahang.
Dalam perjalanan ke Tanah Rata, grup kami dari Pulau Pinang take five di Green View Garden. Lenguh badan memandu. Orang kata ikut Simpang Pulai jalan lebar. Memang betul. Tapi perjalanan makan masa panjang.

                                                 Qasrina dan Ambar dapat aiskrim spesial

                                                      Layan Qasrina tengok ikan

                                                                            Layan Ambar tengok kura-kura

                                  Bagi peluang pada abah dan uminya berdua-duan. Hehehe

Masing-masing sampai di rumah peranginan TNB tu pada sebelah petang. Sekitar pukul 3 petang. Petang itu hujan turun di kawasan peranginan tanah tinggi yang terkenal itu. Pijak lantai rumah kaki serta merta berasa dingin. Sejuk bukan main. Halaman lengkap dengan gelungsur dan buaian hanya mampu dipandang geram oleh Qasrina dan Ambar.

                                               Rumah Peranginan TNB Cameron Higlands


                                                                                            Hujan

                                                       Pandang saja. Main tak boleh!

Petang tu kami ke pasar malam Tanah Rata. Payah betul nak pakirkan kereta. Mujur ada ruang kecil di bahu jalan. Dalam renyai-renyai kami selusuri pasar malam tu. Beli apa yang patut untuk dan kemudian pulang ke rumah peranginan.

                                                      Entah beli apa la diaorang ni.....


              Oh, sarung tangan.... Sejuk ya. Sapa kata Cameron dah panas? Mungkin kurang sejuk saja kut


                                                  Jumpa pulak gerai jual strawberi coklat


                                     Puan Umi tengah mengadili rasa strawberi coklat...yummmyyy youuu....


                                                     Dah siap shopping. Jom balik

Malam tu kami berbarbeku. Tercabut tangan Hidzir dan Aswad mengipas arang untuk hidupkan api. Masa bercadang nak berbarbeku tak terfikir pulak tempat ni sejuk. Memang payahlah api nak hidup. Siap pakai petrol. Api menyambar. Asap penuh dalam rumah. Nasib baik tak terbakar saja. Nak tergelak pun ada. Rasa  bodoh pun ada. Hidzir dan Aswad terus kipas dan kipas. Lama. Sampai Puan Umi sudah panggang ayam dalam microwave. Berkat usaha mereka berdua akhirnya hidup jugalah arang tu. Jadilah juga berbarbeku.

                                                          Kipas jangan tak kipas


                                   Tak menyala juga. Jadi tuang petrol tapi masih tak menyala juga


                                                  Selepas berpeluh akhirnya menyala juga api                   

Itulah kata bijak pandai : Jangan mengalah selagi belum mati!

Memang berbayor dengan penat lelah. Ayam panggang atas arang memang tak sama dengan panggang dalam microwave. Aroma dan rasanya lain. Panggang ayam sampai habis. Lepas tu baru makan ramai-ramai.


                                                                Jom makan

Dapat kumpul ramai-ramai macam ni memang baik. Erat ikatan kekeluargaan. Saling kenal mengenali.

                                               Sembang-sembang erat kekeluargaan

Esok kami pulang. Sempat singgah di Ladang Teh Boh.



                                                                Puan Umi ber'posing' di Ladang Teh Boh

Tak payahlah teragak-agak nak ke Cameron Highlands hanya disebabkan khabar angin kata ia sudah kurang sejuk. Kurang sejuk tu betul tapi masih dingin. Tak percaya? Ini buktinya :


Minyak tu kami beli malam sebelumnya. Pagi esoknya terus beku!                                    


Di Bawah Lindungan Kaabah



Aku bangun lebih kurang jam 3 pagi hari tu (pagi ahad, 11/11/12). Tak boleh tidur semula. Jadi keluar bilik lalu terus ke ruang tamu. Capai alat kawalan jauh dan terus buka astro. Periksa satu-satu siaran. Terhenti di Citra. Filem Di Bawah Lindungan Kaabah sedang dimainkan. Mata terus melekap. Semakin lama semakin sayulah pula rasa hati. Apa-pun cerita atau filem yang membawa pertentangan antara dua darjat memang menyentuhkan perasaan. Begitulah yang ada pada novel Tenggelamnya Kapal van der Wjick oleh Hamka juga dan juga filem Antara Dua Darjat oleh Tan Sri P Ramlee. Di Bawah Lindungan Kaabah karya Hamka ini lebih begitu mengesankan di layar perak.

Antara dialog di dalam filem tersebut yang begitu menarik perhatian :

“Apakah engkau mencintai Zainab?” Lalu jawab Hamid; “Saya hanya bisa mengatakan bahawa apa yang saya rasakan untuk Zainab terlalu besar dibandingkan dengan kesedihan ketika saya difitnah dan diusir dari kampung ini.”

"Kau tidak hadir secara kasar pada mataku, namun aku tak perlukan mata untuk merasai kehadiranmu dalam jiwaku." - Hamid

“Sampai kapanpun; emas takkan setara dengan loyang, dan sutera tak sebangsa dengan benang.” – ibu Hamid
“Apapun yang akan terjadi, Hamid; ingatlah bahawa ketika engkau tak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup.” – ibu Hamid
“Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus terus kita bawa; keyakinan, dan cinta.” – Hamid.