Pages

Tuesday, February 11, 2014

Novel-Novel Alaf 21 Terbitan Mac 2014

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Mac 2014 :


Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan anda nanti!

Ulasan Novel Runcing - Alaf 21


Secara ringkasnya,  Runcing menceritakan tentang Kampung Longkai yang dilanda pelbagai kejadian misteri sejak kehadiran Sahak,  menantu Penghulu Khamis.  Lelaki yang mempunyai pendamping yang diwarisinya daripada bapanya,  Semaun,  menggunakan bantuan pendampingnya itu untuk mengembangkan pengaruhnya.  Tetapi usahanya itu berdepan halangan dengan adanya Haji Ipin.  Sahak merasakan usahanya terancam kerana Haji Ipin,  dengan izin ALLAH,  mampu menawarkan penyakit-penyakit misteri yang dilakukannya terhadap beberapa orang penduduk kampung.  Sejak itu penduduk-penduduk kampung mula meragui dirinya.  Kebenciannya terhadap guru agama itu menokok.  Akhirnya dia nekad hendak memusnahkan seterunya itu.  Keadaan semakin meruncing.  Apa selepas itu?  Itu kenalah beli dan baca sendiri ya.

Runcing sebuah karya yang amat menarik.  Tema sihir yang diangkatnya sudah disentuh oleh beberapa orang penulis.  Tetapi di tangan Zharulnizam Shah ZA,  tema yang sudah disentuh itu terasa benar luar biasanya.  Ritual-ritual yang diketengahkan diceritakan dengan agak terperinci lantas membekas di fikiran.  Plotnya pula disusun dengan agak sempurna.  Ia berjaya menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga ke titik akhir.  Beberapa persoalan yang sengaja dibiarkan tergantung pada awal-awal bab dijawab dengan baik pada bab-bab belakang.  Ia juga penuh dengan nilai persahabatan.  Persahabatan yang dijalin atas jalan agama tentulah lebih mendalam sifatnya berbanding atas jalan lain.  Ia juga penuh dengan kritikan sosial terhadap sikap bangsa melayu.  Ini dilakukan dengan baik dan halus melalui watak-watak novel ini.  Ia juga tepu peringatan. Diulang-ulang secara bersebab. Ini dapat dirasai oleh pembaca sebaik menghabiskan Runcing.  Selepas noktah penamat ada beberapa persoalan masih tergantung tidak dijawab terutamanya : Di manakah Sahak?  Memang wajar jika ada sambungannya - Runcing 2.

Secara keseluruhannya,  ditekankan sekali lagi bahawa Runcing sebuah karya yang amat menarik.  BINTANG?  5 / 5.  Tahniah buat Zharulnizam Z.A.  Ia berbaloi untuk dimiliki.

Selamat membaca.

Tuesday, February 4, 2014

Akhirnya....

Akhirnya siap juga manuskrip terbaru aku tu. Baru sahaja dipos lajukan siang tadi. Hampir setahun aku tumpahkan seluruh usaha untuk siapkannya. Ia sebuah manuskrip yang sukar. Aku ambil masa hampir tujuh bulan untuk membuat rangka dan mencari maklumat sahaj. Bulan selebihnya untuk menulis dan mengedit sampai puas hati. Aku sayang sangat manuskrip ni. Ia boleh dikatakan manuskrip terbaik aku (pada pandangan aku lah) setakat ini. Mudah-mudahan ia diterima untuk diterbitkan oleh Alaf 21. Amin.                                                                                                

P/s : Aku tukar tajuk manuskrip tu daripada Perang Dua Alam : Ainul Hayat (PDAAH) kepada Serakah. Tak tahulah sama ada tajuk ini akan diterina atau tidak jika ada rezeki diterbitkan nanti. Bagi aku tajuk Serakah tu dah okey.

Friday, December 27, 2013

Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Februari 2014

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Februari 2014 :



Dapatkan Di Kedai-Kedai Buku Berdekatan Anda!



Thursday, December 26, 2013

Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Januari 2014

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Januari 2014 :



Dapatkan Di Kedai-Kedai Buku Berdekatan Anda!



Monday, October 28, 2013

Perang Dua Alam : Ainul Hayat (PDAAH)

Salam semua,

Maaf sebab sudah lama tidak mengemas kini blog ini. Terlalu sibuk dengan kerja dan manuskrip terbaru. Bercerita tentang manuskrip terbaru, sekarang ni tengah pulun siapkan Perang Dua Alam : Ainul Hayat atau singkatannya PDAAH. Sekarang sudah 70 peratus siap. In Sha Allah dijangkakan akan dapat disiapkan sebelum akhir tahun - tarikh akhir yang aku letakkan untuk diri sendiri - bukan pihak editor yang beri - hahaha.

Nanti aku kongsikan dengan korang 'The Making Of PDAAH' ni. Bermula daripada bagaimana idea untuk tulis manuskrip novel ni timbul sehinggalah sampai titik terakhir bila ia siap nanti. Aku rasa ia bagus untuk dijadikan rujukan kepada sesiapa yang terasa nak menulis manuskrip nanti. Aku bukan novelis terkenal pun tapi bak kata orang bijaksana, ilmu itu boleh dipelajari daripada sesiapa hatta daripada orang gila di jalanan. Hahaha...

Salam....

Thursday, July 11, 2013

Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Ogos 2013

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Ogos 2013 :