Pages

Tuesday, August 16, 2011

Nasi Briyani Milani?

Nasi briyani milani? Itu respon spontan aku bila isteri ajak makan nasi briyani milani. Aku pernah makan nasi briyani biasa dan nasi briyani gham tapi nasi briyani milani bukan saja tak pernah makan, dengar pun tak pernah. Aku tanya nak makan di mana. Dia jawab, “Penang”. Terus lemah segala sendi. Bukan apa malas hendak memandu dari Kulim ke Penang semata-mata untuk makan hidangan yang rasanya belum tentu kena dengan selera tekak aku ini. Tapi memandangkan isteri aku berpuasa ganti pada hari itu maka aku setuju untuk membawanya berbuka puasa dengan nasi briyani milani. Dalam perjalanan tak habis-habis dia memuji kesedapan nasi briyani milani tu. Dia pernah makan  sekali dengan rakan sepejabatnya kerana Restoran Kapitan Gurney yang menjual nasi itu berdekatan dengan pejabatnya. Aku pun angguk saja. “Nanti abang rasalah. Memang sedap…”
Kami sampai di Gurney. Selepas parkir kereta terus ke Restoran Kapitan Gurney. Membuat pesanan. Air minuman sampai dulu. Selepas 15 minit, nasi briyani milani pun sampai. Pergh, orang putih kata : impress! yeop. Berwarna warni. Jenis-jenis kuahnya nampak pelik. Ingatkan ada dalca. Rupa-rupanya hirisan bawang dan lobak merah sahaja yang dipadankan dengan ayam. Tak sabar nak jamah yeop. Tapi kena tunggu azan maghrib. Kena hormat orang yang sedang berpuasa. Jeling nasi briyani milani, jeling jam, nasi briyani milani, jam ….. lambatnya masa berdetik! Erghhhhh….. 

IMG00234-20110730-1936
Hidangan satu set nasi briyani milani. Sungguh membangkitkan selera yeop

Sabar. Sabar kan sebahagian daripada iman….. Aku mampu sabar hinggalah azan maghrib kedengaran daripada Blacberry isteri. Sedut air dan terus jamah nasi briyani milani. Aku tak terkata yeop bila nasi, kuah dan ayam nasi briyani milani mencecah lidah. Sedap sungguh! Satu suap ke satu suap. Sudah tidak tengok keliling. Sedar-sedar nasi sudah nak habis. Ayam masih banyak. Hendak tak nak terpaksalah aku perlahankan momentum suapan. Dan terpaksa juga mengurangkan kuantiti setiap suapan supaya nasi dapat habis sama dengan ayam. Hendak saja aku pesan lagi sepinggan tapi seganlah pulak. Jadi aku cuba nikmati sisa yang ada dengan sepenuhnya. Akhirnya aku dan isteri habis menikmati nasi briyani milani. Mari kita tengok pinggan masing-masing selepas selesai menjamah nasi briyani milani…… 
IMG00236-20110730-1954
Pinggan Puan Umi

IMG00235-20110730-1953
Pinggan aku. Licin yeop mengalahkan pinggan Puan Umi. Berbaloi memandu dari Kulim

Apa kesimpulan korang berdasarkan keadaan pinggan selepas menjamah nasi briyani milani? Memang sedap yeop! Aku yang tak pernah makan pun boleh licin calat pinggan. Kalau korang berkesempatan pergi penang aku syorkan korang pi makan nasi briyani milani di Restoran Kapitan Gurney di Gurney selain menjamah nasi kandar dan pasembor penang.
Selamat menjamu selera.

Thursday, August 11, 2011

Lagu Raya Kegemaran Aku


Bila sampai saja Ramadhan, maka berkumandanglah lagu-lagu raya khusus untuk meraikan aidilfitri, selepas berjaya mengharungi puasa di bulan Ramadhan. Dimana-mana lagu-lagu raya kedengaran. Baik di stesen-stesen radio dan televisyen, kompleks beli belah, telefon bimbit peribadi, pc atau labtop atau ipad dan tak lupa dari mulut-mulut manusia. Sepertinya, raya tanpa lagu raya ibarat langit malam tanpa bintang. Aku percaya setiap daripada kita punya lagu raya kegemaran masing-masing. Bagi aku, lagu raya paling menyentuh hati lalu menjadi kegemaran sepanjang zaman adalah lagu Dari Jauh Kupohon Maaf. Lagu ini dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman. Mari kita dengar Dari Jauh Kupohon Maaf :



Apa pula lagu raya kegemaran korang semua?

Wednesday, August 10, 2011

Hatiku Dicuri Lagi

Salam semua,

Petang-petang begini ketika otak tepu untuk terus melangsungkan manuskrip novel terbaru aku melayari youtube. Teringat lagu yang aku dengar di Sinar fm ketika di dalam kereta pagi tadi. Dan aku layan lagu itu di youtube pulak. Memang mengesankan...... sirna segala yang cuba membeku di dalam kepala..... Layan -------



Come As You Are Versi Yuna


Come As You Are milik Nirvana yang dinyanyikan semula oleh Yuna memang tak menghampakan. Salut untuk Yuna yang berani ke luar dari kepompong Malaysia. Aku harapkan dia akan berjaya membina nama di sana. Teringat Come As You Are, teringat Nirvana, teringat Kurt Cobain, teringat zaman sekolah menengah dulu, teringat banyaknya baju Nirvana, offspring, Greenday dan mcm2 lagi dalam almari baju aku dulu. Hahaha, zaman muda memang zaman yang gelora!


Lihat lirik dan nilaikan.....

Rusuhan London 2011


Rusuhan london 2011. Bermula dengan demonstrasi aman yang kemudiannya merebak menjadi anarki. Harap rakyat malaysia yang hidup dalam negara yang aman damai ini dapat belajar sesuatu dari sana. 'Orang yang pandai belajar dari kesilapan sendiri tetapi orang yang bijaksana belajar melalui kesilapan orang lain'

Sunday, August 7, 2011

Perang Tanah Liat vs Tahi Lembu




                                                           VS




Aku suka lukisan walaupun aku hanya sekali dapat A dan selalunya D. Ya, D untuk dungu! Hal dapat A itu nanti aku ceritakan pada catatan lain. Semasa di Machang Bubok, kelas lukisan paling mengujakan jika melibatkan kerja-kerja yang menggunakan tanah liat.Tak mainlah guna tanah liat tiruan berwarna warni yang dibeli di kedai tu. Kami punya tanah liat asli yang diambil dari dinding sungai. Yang paling penting alasan untuk mengambil tanah liat untuk projek kelas lukisan itulah satu-satunya alasan yang boleh diberi pada emak supaya aku dapat mandi sungai. Jika tidak terjun kolah masjid sajalah jawabnya.
Hari itu selepas berminggu-minggu tidak mandi sungai tiba-tiba Cikgu Haris, cikgu lukisan aku, menyuruh kami sekelas membawa tanah liat untuk kelas lukisan yang akan datang. Aku dan kawan-kawan seronok bukan main. Petang lusanya kami berempat pun turunlah ke sungai. Herul melepaskan basikalnya selepas mengayuh laju meninggalkan aku, Wadi dan Amin. Basikalnya tunggang langgang sendirian mencari semak di tepi sungai untuk parkir. Herul berlari sambil buka baju lalu buat somersault dari atas jambatan kayu. Beberapa saat kemudian terdengar decupan kasar air. Mesti badannya berbirat ditampar air kerana somersault yang tak jadi itu. Rupa-rupanya Herul lebih kemaruk nak mandi sungai berbanding aku! Selepas meletakkan basikal masing-masing di bawah pohon getah di tepi jambatan kayu, aku, Wadi dan Amin berbaris di atas jambatan kayu tersebut. Herul di dalam sungai menggamit supaya kami lekas terjun. Sungai di bawah jambatan itu penuh kerana semalam hujan lebat. Arusnya juga agak deras. Tetapi itu bukan apa-apa - cakap besar aku ni, hehehe - bukankah dalamnya setakat dada itik sahaja dan derasnya insyaallah masih mampu dijinakkan walaupun dgn kuak lentang! fuhhh, memang cakap besar! hahaha.
"Satu, dua, ti----ga!"
Decup, decup, decupppp!!! Tiga decupan menganggu keheningan kebun getah di sekitar sungai tersebut. decupan yang terakhir itu milik Wadi. Wadi gendut jadi bunyi terjunannya memang sentiasa kuat berbanding kami bertiga. Hahaha - kira mengumpatlah ni. Kami timbul hampir serentak beserta pekik seronok yang membingitkan aman kebun getah di sekeliling. Seronok bukan buat-buat. Di kala tengah seronok berkubang tiba-tiba terdengar desingan di telinga. Diikuti dengan semerbak harum rumput busuk. Amin meraba kepalanya yang sudah bersempelat dengan benda hijau. Dia mencium tangannya dan terjeluak. "Taik lembu!" Dia segera menyelam. Aku, Azrul dan Wadi memeriksa sekeliling. Tiba-tiba di balik pokok getah itu tercegat Azman dengan kawan-kawannya dengan ketawa berdekah orang jahat - "Ha, ha, ha...." Amin yang timbul memekik kepada Azman. Terkeluarlah segala sumpah seranah dan maki hamun macam peluru yang berterabur keluar dari mucung mesingan. Amin yang timbul di tebing tadi segera mengambil tanah liat dari tebing tersebut damn membalingnya ke arah Azman. Kena. Azman, budak paling nakal dalam batch kami itu mengaduh juga. Azman membalas dengan tahi lembu kering yang dikutipnya dari tanah berdekatan. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain. Aku, Azrul dan Wadi ikut berenang ke tebing untuk mendapatkan tanah liat dan menuju ke arah Azman dan kawan-kawannya. Perang tanah liat dan tahi lembu kering pun bermula. Hanya berhenti selepas stok tahi lembu kering habis. Selepas selesai bau badan kami tak ubah seperti bau tahi lembu. Di pihak Azman ternampak jelas badan mereka yang tak berbaju itu ada yang berbirat kemerahan. Masing-masing mengisytiharkan kemenangan. Dan Azman mencabar : "Nanti kita lawan lastik. Tengok sapa yang menang." Dan kami buat tak tahu dengan cabarannya itu kerana masing-masing sibuk menyucikan diri.........

Episod akan datang : Kolah Masjid

Monday, August 1, 2011

Pesanan Ramadhan



Assalammualaikum ...........

Selamat datang dalam penerbangan Ramadhan Air dengan nombor penerbangan 1432H, destinasi Aidil Fitri. Kita akan menempuh penerbangan selama 30 hari. Dilaporkan cuaca bakal panas sehingga menyebabkan anda kehausan sepanjang tempoh perjalanan nanti. Demi keselamatan tegakkan kerusi iman serta sandarkan takwa. Selama tempoh perjalanan pasangkan tali pinggang keselamatan : zikir, tahajjud dan sedekah. Juruterbang anda ialah islam dan pembantu juruterbang al-quran dan sunnah bersama pramugari Rahmah, Makrifah dan Jannah. Kami berharap dapat menerbangkan anda menuju ke Jannatul Naim.

Selamat Berpuasa dari aku, Fitri Hussin.