Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 datang lagi. Jom serbu Pavillion Kumpulan Media Karangkraf di Dewan tun Dr Ismail, PWTC bermula 24 April 2014 hingga 4 Mei 2014.
Pelbagai pakej menarik dari Alaf 21 untuk anda :
Anda juga berkesempatan mendapatkan tandatangan dan beramah mesra dengan penulis-penulis hebat Alaf 21. Di bawah adalah jadual kehadiran penulis-penulis hebat Alaf 21 :
Selamat membeli belah buku!
Thursday, April 24, 2014
Tuesday, April 15, 2014
Novel-Novel Alaf 21 Terbitan Jun 2014
Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan jun 2014 :
Novel-novel Alaf 21 terbitan bulan jun ini boleh didapati pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 bermula 24 april 2014 hingga 4 mei 2014. Jom serbu Dewan Tun Dr Ismail dan Dewan Merdeka di PWTC.
Novel-novel Alaf 21 terbitan bulan jun ini boleh didapati pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 bermula 24 april 2014 hingga 4 mei 2014. Jom serbu Dewan Tun Dr Ismail dan Dewan Merdeka di PWTC.
Wednesday, April 2, 2014
Novel-Novel Alaf 21 Untuk Terbitan Mei 2014
Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Mei 2014 :
Empat orang novelis popular dan hebat mempersembahkan cerita mereka. Dapatkan nanti di Pesta Buku Antarabangsa Kumpulan Media Karangkraf di PWTC pada 24 April - 4 Mei 2014.
Empat orang novelis popular dan hebat mempersembahkan cerita mereka. Dapatkan nanti di Pesta Buku Antarabangsa Kumpulan Media Karangkraf di PWTC pada 24 April - 4 Mei 2014.
Lepas Bunuh Sambung Solat
Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.
Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.
Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.
Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.
Diciplak dari : Metro
p/s : Inilah salah satunya kenapa aku fobia dengan orang gila. Teringat masa kecik dulu, kalau nampak orang gila menggigil badan aku dibuatnya. Sekarang perasaan itu masih ada tetapi tidaklah sampai menggigil badan...
Friday, March 28, 2014
Serakah Bab 12
Bab 12
Sharifah
Khadra meraba-raba perutnya. Dia tersenyum manis. Akhirnya doanya untuk
mendapatkan cahaya mata selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dikabulkan
Tuhan. Sharifah Khadra sedang mengandungkan anak sulung. Hari ini kandungannya
genap tujuh bulan.
Sharifah
Khadra memetik bunga mawar yang sedang mekar di halaman rumahnya. Kelopak mawar
merah itu diciumnya. Ia harum dan segar. Lantas perempuan itu teringatkan suaminya
yang bersusah payah menanam mawar merah itu untuknya. Suaminya ialah Sayyid
Irfan, diplomat berpengaruh Tanah Jawi yang bertugas di Bisza.
Sharifah
Khadra memetik beberapa kuntum mawar merah lagi. Lalu menciumnya dan tersenyum
manis meleret. Tiba-tiba Sharifah Khadra merasa sengal pada perutnya. Dia merasa-rasa
perutnya dan kemudian segera pulang ke rumah. Orang gaji yang melihat
keadaannya segera memanggil kedua orang tuanya. Ibunya, Siti Mariam dan bapanya
Sayyid Awalluddin segera mendapatkannya yang terbaring di bangku panjang di
ruang tamu. Pihak hospital dihubungi.
Serakah Bab 11
Bab
11
Sebuah
helikopter terbang melintasi sebuah padang rumput hijau yang amat luas. Helikopter
itu membawa Syeikh Hakim, seorang lelaki yang berpengaruh di Tanah Jawi. Syeikh
Hakim meneliti padang berumput hijau itu melalui tingkap helikopter itu. Bunga
pohon sufra, pohon-pohon besar yang tumbuh subur menghiasai padang berumput
hijau itu, sudah pun bertukar warna daripada putih ke merah pekat. Bunganya
yang berbentuk sfera dan seperti bunga lalang itu pun sebahagian kecilnya sudah
relai-relai dan ditiup angin.
Helikopter
itu melintasi sebuah jurang yang memisahkan padang rumput hijau itu dengan
sebuah dataran subur. Di dasar jurang itu kelihatan Sungai Biru yang mengalir
tenang. Di ruang udaranya sekumpulan wirja, sejenis burung besar yang badannya
seperti ikan pari dan bertompok hijau dan oren, sedang terbang berkumpulan.
Hanya kawasan-kawasan tertentu di Tanah Jawi menjadi habitat tunggal burung itu
di dunia ini.
Serakah Bab 10
Bab 10
Loqan
bertindak dengan segera. Dia berjumpa dengan sekumpulan sekutunya. Mereka
bersedia untuk melaksanakan tugas pembunuhan David Feller dan
penyokong-penyokongnya. Sampai waktu, pada tarikh yang ditilik paling baik
untuk melaksanakan tugas tersebut, maka misi itu pun dilaksanakan.
Kolam Renang Istana Agung, kediaman Keluarga Rushel.
Ken
Rushel, ketua terkini Keluarga Rushel, masuk ke dalam kolam renang. Dia ingin
menenangkan fikiran dengan terapung di permukaan air sambil mendengar
Beethoveen No 5. Dia dikawal ketat oleh sekumpulan pengawal keselamatan yang
berada di setiap penjuru kolam renang. Kawasan itu juga dilengkapi dengan kamera
pengesan wajah yang diletakkan di sekitar kawasan kolam renang itu.
Ken
Rushel mengapungkan badan di tengah-tengah kolam. Dia memejamkan mata sambil
menghayati susunan muzik Beethoven No 5. Segala kekusutan dunia hilang dan
dirinya diulit tenang nota-nota lagu itu.
Di
halaman Istana Agung itu, seorang demi seorang pengawal keselamatan tumbang. Mereka
dibunuh oleh sekumpulan vampire. Kepala
setiap pengawal keselamatan itu dipisahkan dari badan masing-masing. Kumpulan vampire itu bergerak dengan amat pantas.
Ia menyerang dalam sekelip mata sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)












