Pages

Friday, May 28, 2010

Individu-Individu Paling Kaya Di Malaysia

Robert Kwok



Senarai terbaru 10 individu paling kaya di Malaysia (mengikut nilai aset) :

1. Robert Kuok, Kerry Group/Kuok Group, RM39b


2. T. Ananda Krishnan, Usaha Tegas, RM27b


3. Tan Sri Lee Shin Cheng, IOI Group, RM15b


4. Puan Sri Lee Kim Hua, Genting, RM13b


5. Tan Sri Quek Leng Chan, Hong Leong Bank, RM13b


6. Tan Sri Teh Hong Piew, Public Bank, RM12.5b


7. Tan Sri Yeoh Tiong Lai dan keluarga, YTL Group, RM8.2b


8. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, Yayasan Al-Bukhary, RM5.5b


9. Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group, RM5b


10. Tan Sri Tiong Hiew King, Rimbunan Hijau, RM4b


Cuba kita perhatikan senarai di atas betul-betul. Buka mata luas-luas dan baca dengan teliti. Jika perlu berkali-kali. Apa yang kita temui? Semua sepuluh individu terkaya di Malaysia adalah ahli perniagaan. Maka sahlah seperti kata sebuah hadis bahawa sembilan daripada sepuluh sumber rezeki adalah melalui berniaga. Apa lagi yang kita temui melalui senarai itu? Lapan daripada 10 individu terkaya di Malaysia adalah daripada bangsa cina. Seorang daripada bangsa india yang berada di kedudukan nombor dua. Dan seorang daripada bangsa melayu yang hanya di kedudukan kelapan. Mengenangkan fakta ini aku teringat beberapa artikel Kunta Kinte yang terbit setiap ahad di Mingguan Malaysia sepanjang beberapa minggu yang lepas. Daripada artikel-artikel itu, yang aku faham ialah usahawan melayu memang diberi tongkat oleh kerajaan. Begitu juga usahawan cina dan india. Tetapi yang membezakan mereka ialah usahawan melayu jual tongkat tetapi usahawan cina dan india tidak.
          Sedikit catatan : Robert Kuok lebih kaya raya selepas mendapat tender gula daripada kerajaan. Ketika itu dia menguasai 80 peratus daripada pasaran gula Malaysia dan 10 peratus pasaran gula dunia.


Di mana usahawan-usahawan melayu :


11. Azman Hashim
21. Kamaruddin Meranum
23. Shahril & Shahriman Shamsuddin
26. Mokhzani Mahathir
27. Ahmayuddin Ahmad
32. Nazir Razak
35. Eleena Azlan Shah
35. Rozali Ismail
39. Abdul Hamid Sepawi
40. Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir

4 comments:

  1. bukan tapi dah kaya raya melimpah ruah. Tidur berbantal dan bertilamkan duit mereka ni...

    ReplyDelete
  2. cuba kalu dorang tolong orang2 miskin kat dunia ni...x payah g keliling dunia, pi kat malaysia ni je dah cukup...

    bukan aku mintak dorang tabur duit atas jalan atau bagi rakyat malaysia ni sorang singgit ke...tp tolong lah bina badan2 untuk menjaga kebajikan orang2 lain...mcm pendidikan ke, sosial..sekolah2..makanan...hhmmm...bukan aku jeles sbb aku x kaya...tp aku xpuas hati kenapa dorang x dapat pikir mcm aku pikir...

    hahaha...*emosi terganggu lak

    ReplyDelete
  3. tak perlu nk bayangkan kalau diri sendiri jadi mcm tu,berusahalah sama-sama untuk naikkan martabat bangsa melayu.kerajaan bagi mcm2 kelebihan pada melayu tp bila dh dpat,dibagi pulak kt bangsa lain.org melayu sendiri yg menjahanamkan bangsa melayu..

    ReplyDelete