Pages

Thursday, December 22, 2011

Tengok Zulfiqar


Ketika sedang membelek-belek halaman suratkhabar pada dua minggu yang lepas, mata aku tertangkap pada iklan Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW dan Koleksi Sejarah Seni Silat Pusaka Gayong yang sedang diadakan di Gurun. Pameran itu sudah bermula sejak 5 Disember dan akan berakhir pada 19 Disember. Kebetulan ketika itu aku memang sedang mengumpulkan maklumat tentang pedang untuk manuskrip terbaru aku. Pameran itu mungkin dapat memberikan maklumat yang aku cari - iaitu tentang Pedang Zulfiqar yang terkenal itu. Maklumat yang aku dapat kutip melalui pengamatan mata kasar.

Maka pada Ahad lepas, 19 Disember, hari terakhir pameran tersebut, aku dan isteri sampailah ke Dewan Sri Zaleha Naza, Gurun, tempat pameran tersebut diadakan. Kami tiba sekitar jam 10 pagi ketika pintu dewan baru sahaja dibuka. 

             
                                       Puan Umi bergambar di luar dewan pameran sebaik sampai


Selepas beli tiket yang berharga RM10 sekeping kami terus masuk ke dalam ruang pameran. Mula-mula tengok seni khat. Ada penulis khat yang sedang menulis khat, pelbagai jenis mushaf dan lain-lain. Di sini aku terpesona dengan indahnya seni kaligrafi islam. Dapat jugalah ilmu bahawa warna boleh dibuat daripada alam semulajadi seperti dedaun dan bunga-bungaan. Ada hasil seni khat yang dibuat sepenuhnya dari warna-warna asli tersebut dipamerkan. Begitu juga dengan alatan yang digunakan untuk menulis khat seperti pen yang  dibuat daripada pokok resam.


                                                   mushaf Aceh


                                           salah satu jenis pen khat dari pokok resam                                              


Kemudian kami bergerak ke ruang pameran pedang. Aku terpegun dengan keindahan pedang-pedang seperti al_Battar, al-Qadib, al-Ma'thur, Dhu Al-Faqar, dan juga pedang-pedang para sahabat. Walaupun ianya replika tetapi 99 peratus bentuk pedang-pedang yang dibawakan khas dari MuziumTopkapi Istanbul. Turki adalah persis dengan rupa bentuk pedang yang asal. Tetapi antara kesemua pedang-pedang tersebut yang paling mendapat perhatian aku adalah pedang Zulfiqar. Kenapa? Di bawah aku berikan butir-butirnya.... 


                                                        Pedang Zulfiqar


Pedang Zulfiqar adalah pedang dua mata yang dimiliki olehSaidina Ali ibni Abi Talib Karamullahu Wajhah.Pedang dua mata ini adalah simbol kepada jihad dan keberanian berdasarkan perjuangan baginda khalifah Saidina Ali R.A.Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.”
Pedang Zulfiqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi (Dibuat dari besi dammascus yang ilmunya adalah salah satu ilmu islam yang hilang. Pedang yang dibuat dari besi damascus adalah yang paling tajam mengalahakan katana jepun atau pedang samarui). Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi, pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula pada akhir zaman bersama pasukan yang mengibarkan panji hitam ditangannya.Wallahu alam. Di ruang pameran ini juga dipamerkan bekas tapak kaki dan capal Rasullah, tongkat Rasullah dan Nabi Musa dan lain-lain.


Kemudian kami bergerak ke ruang pameran koleksi sejarah seni silat pusaka gayong. Di sini selain koleksi pertubuhan silat tersebut di atas pentas kecil ada replika rumah Rasullah. Aku tak melawat replika rumah tersebut kerana keadaan yang sesak oleh anak-anak rombongan sekolah. Difahamkan di dalam replika tersebut ada di pamerkan jubah Rasullah. 
Selepas berada lebih kurang sejam setengah di dalam dewan kami pun keluar. Puas hati yeop kerana akhirnya berjaya juga menatap pedang-pedang walaupun replika, yang begitu banyak jasanya dalam menegak dan memperjuangkan Islam! 



1 comment:

  1. Kalau Zul Fiqar lenyap ketika S Ali wafat, tentu tidak ada pedang tiruannya. Bukhori meriwayatkan pedang itu diwaris oleh putra hingga cucu S Ali.

    ReplyDelete