Kadang-kadang tersentap juga bila kita senyum pada orang balasan yang kita terima kerut muka kelat seperti menghina dan jijik. Terfikir juga mengapalah kadang-kadang orang susah nak senyum pada kita. Bukankah kita semua tahu bahawa senyuman itu seperti madu yang banyak kelebihannya. Senyuman :
- membuat kita lebih menarik
- mengurangkan stress
- buat kita yakin
- jadikan kita berasa positif
- dapat turunkan tekanan darah
- mampu mengubah mood kita
- dapat memberi keceriaan kepada orang lain
- dapat meningkatkan sisitem imun badan
- adalah sedekah!
Itu sebahagian kebaikan senyuman. Jadi, selalulah senyum. Seperti kata Malique - '...kalau saya senyum/awak mesti senyum sekali/kalau kita senyum/semua orang berjangkit/bila semua orang senyum/dunia tiada penyakit
No comments:
Post a Comment