Pages

Monday, September 21, 2015

Rahsia Perindu



Blurb : Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

Ulasan : Rahsia Perindu adalah sebuah novel bergenre psikologi thriller. Plotnya kompleks. Memaksa anda membaca setiap cerita dengan teliti. Kerana di dalam cerita ada cerita. Tidak boleh membacanya secara tebuk-tebuk. Jika membacanya secara begitu, dikhuatiri akan kehilangan jalinan cerita. Bimbang jika akhirnya korang akan menjadi segila Leopard, Amylia dan Maria! Sehingga ke satu peringkat aku rasakan semua watak di dalam novel itu boleh menjadi suspek di dalam kes pembunuhan Jefry dan Hamdan, cubaan membunuh Maria dan mengganggu Amylia. Jika korang tak buat analisis setiap watak sambil membaca novel ini, korang pasti berasa amat tertipu dengan RAM. Twistnya hebat. Cuma aku rasakan klimaks cerita ini terlalu awal dan nampak tergesa-gesa. Wallahualam.

Kesimpulannya, novel ini layak mendapat 5/5 bintang. Salut untuk RAM kerana berjaya menghasilkan novel yang hebat ini.

p/s : Benar seperti kata beberapa orang bahawa Rahsia Perindu lebih hebat dan mencabar berbanding Fiksyen 302.

Setelah duduk termangu agak lama, jari jemari Dr Azlan pun menyentuh papan komputer dan menaip ayat ini … BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KEMUNGKINAN IA SEKADAR FANTASI (Rahsia Perindu, muka surat 561)

   


Friday, September 18, 2015

Novel-Novel Alaf 21 Terbitan OKTOBER 2015

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Oktober 2015 :







Dapatkan novel-novel hebat ini di kedai-kedai buku berdekatan korang OkTOBER ini!



Thursday, September 10, 2015

PRE - ORDER RAKUS

Salam,

Berita baik! Korang dah boleh buat pre-order untuk RAKUS. Dapat 30% diskaun lagi. Hanya RM18.90 berbanding harga asal RM27.00 



Klik link berikut untuk buat pre-order : Karangkraf Mall

Terima Kasih.



Wednesday, September 2, 2015

RAKUS TERBIT OKTOBER 2015

Salam,

RAKUS, novel terbaru aku dengan Alaf 21, akan berada di pasaran oktober ini. Selepas lebih dua tahun terbitnya Katarak, akhirnya, alhamdulillah, ALLAH izinkan novel ketiga ini terbit. Syukur.

Pusat utama cerita ini adalah kelicikan syaitan menggunakan tipu daya untuk menyesatkan manusia. RAKUS adalah gaulan mistik, thriller dan seram. Adrenalin korang pasti membuak-buak sejak dari awal hingga ke akhir bacaan.

Jangan lupa dapatkan RAKUS di kedai-kedai buku berdekatan OKTOBER ini.

Mempersembahkan RAKUS :




Boleh baca Bab 1 - 20 RAKUS di  Ilham Karangkraf (Klik sini)