Pages

Saturday, November 24, 2012

Doa Selamatkan Palestin




Ribuan umat Islam semalam mengadakan solat hajat dan membaca Qunut Naziha bagi mendoaakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.

Doa Qunut Naziha dibacakan pada rakaat kedua solat jumaat dan disusuli solat hajat selepas itu di kebanyakan masjid di seluruh negara.

Di Masjid Negara dan Masjid Wilayah, kedua-dua imam masjid tersebut tidak mampu menahan sebak ketika membacakan Doa Qunut itu sehingga menyebabkan ada dalam kalangan para jemaah mengalirkan air mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyertai ribuan umat Islam lain menunaikan solat Jumaat dan solat Hajat di Masjid Putra, Putrajaya.



Satu khutbah khas bertajuk Tangisan Gaza yang mengecam keganasan Israel turut dibacakan oleh khatib masjid tersebut

Sumber : Utusan Malaysia





Doa ni pendek sahaja tetapi yang penting kita boleh turut sama berdoa...



No comments:

Post a Comment