Pages

Wednesday, November 21, 2012

Saman Polis!


Baru teringat pada sekeping kertas yang aku dapat semasa ke Quesbay Mall sabtu lepas. Baca Di Sini. Tadi buka laci kereta dan belek-beleklah kertas tu. Apa?! jerit aku dalam hati. Aku buka mata luas-luas. Memang di kepala kertas tu tertulis :

POLIS DIRAJA MALAYSIA

"Saman polis trafik! Arghhhhh!" Jerit kuat-kuat. Kali ini dengan mulut. Ingatkan daripada Majlis Perbandaran.




Baca butir-butir saman : 

Tempat Kesalahan : Q/bay
Tarikh Masa Kesalahan : 1705
Jenis/Nombor Pendaftaran Kenderaan :  (tak faham apa dia tulis)
Jenis Kesalahan : 1
Tarikh : 17/11/12
No Cukai Jalan : M626216
Tarikh Tamat : 28/7/2013 (lambat lagi nak renew. Hehehe)
Pegawai Yang Mengeluarkan : RF/127172. Mohd Suhaimi Mohd Tahir. Trafik Barat Daya. Pulau Pinang.

Apa jenis kesalahan bernombor (1) tu. Jadi pusing belakang adalah butiran-butirannya. Kesalahan bernombor (1) : Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalu lintas. Seksyen 79(2) APJ 1987.

Tuan Mohd Suhaimi, sudah tak ada tempat parking hari tu. Yang buka hanya satu sahaja. Itupun kena bayar RM5. Dan penuh pulak tu. Gunalah budi bicara....

Waduh....... Siapa nak tolong bayar ini saman?!






5 comments:

  1. cadangan saya tn pilot yg patut menyelesaikannye heheh

    ReplyDelete
  2. kadang kadang polis ade juga budi bicara tapi tengok polis gak.. kalau misai macam A Galak, jangan tanya la.. tak pasal pasal gari.. hahaha

    Tercatat dalam sejarah punya jem: Jalan jem selama 12 hari

    ReplyDelete
  3. byr saman jgan tak byr heheh
    http://nurulnamasaya.blogspot.com/2012/11/saya-blogger-baru.html

    ReplyDelete
  4. bro , dah byar ke ?? saman kena brapa ??

    ReplyDelete
  5. bro ,dah byaq ke ?? kena brapa ?

    ReplyDelete