Pages

Friday, May 14, 2010

TUP, TUP...



Tup, tup sudahnya berlalulah jua hari yang dinanti-nanti selama berbulan-bulan itu. Ijab dan kabul laksana sudah, resepsi pun sudah berlalu. Jauh sudah berjalan, pelbagai denai ditempuhi dan sekarang tibalah masanya menuai sabar. Kesusahan itu kan ruyung, kesenangan selepasnya pula adalah sagunya. Lelah mencari cinta sejati tersejat cepat kerana akhirnya Dia menganugerahkan aku dengan dambaan hatiku selama ini. Rupa-rupanya cinta lama itulah jodoh yang tertulis untukku di sodratul muntaha. Aku bahagia di samping bidadari hatiku.

1 comment: