Pages

Tuesday, June 17, 2014

2000 Maut Sepanjang 6 Hari





BAGHDAD - IRAQ. - Strategi serangan bertali arus diatur dari segenap pelosok Iraq di mana bermula dari barat menuju ke selatan beralih ke utara dan kini tertumpu di bahagian tengah.

Siapa yang melakukan serangan itu, masih belum disahkan tetapi gerakan puak Sunni dari Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) secara terbuka mengaku  bertanggungjawab.

Jika diperhatikan, ia mungkin dilakukan oleh askar dan polis yang memusuhi kerajaan kerana banyak penyelewengan dan rasuah berlaku di kalangan pegawai atasan sehingga pekerja bawahan ditindas.

Tindakan ini menjurus untuk mereka membalas dendam terhadap perbuatan itu atau ISIL secara terang terangan yang selama ini mengaku terhadap serangan tersebut atau polis dan tentera bergabung untuk menjatuhkan kerajaan.

Tetapi, tindakan melakukan pembunuhan beramai-ramai melibatkan orang awam, wanita dan kanak-kanak cedera parah kelmarin, jelas menunjukkan ia bertentangan dengan ajaran Islam melainkan ia menunjukkan mereka jelas penganut Syiah.

Sehingga semalam, dianggarkan lebih 3,000 maut sepanjang operasi menawan wilayah Mosul, Tikrit, Nineveh, Kirkuk dan Saleheddin.

Pertempuran meningkat sejak Selasa lalu itu diandaikan bakal meningkatkan angka kematian dan jutaan penduduk menjadi pelarian.

Selepas menakluki beberapa bandar di Iraq, kumpulan bersenjata menyebarkan foto pembunuhan beramai-ramai di Saleheddin.

Susulan itu, Perdana Menteri Nouri Al-Maliki berikrar untuk membebaskan wilayah ditawan dan menahan semua kumpulan terbabit.

Ketua tentera, Leftenan Jeneral Qassim al-Moussawi mengesahkan, gambar-gambar itu adalah sahih dan ia dilakukan oleh kumpulan ISIL.

“Pemeriksaan imej dari kalangan tentera mengesahkan, kira-kira 1,700 askar berpakaian awam ditembak mati oleh ISIL di beberapa lokasi berlainan,” katanya.

Menurutnya, melalui foto itu, ISIL mengaku pembunuhan itu dilakukan sebagai membalas dendam pembunuhan Komander ISIL, Abdul-Rahman al-Beilawy.

Sementara itu, Qassim juga mengesahkan sekurang-kurangnya 300 ahli kumpulan ISIL terbunuh dalam pertempuran di Tal Afar dalam tempoh 24 jam.

Jumaat lalu, Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay memberi amaran, ISIL dijangka membunuh semua golongan tidak kira lelaki, wanita atau kanak-kanak sama seperti  apa yang berlaku di Syria.

Pillay berkata, sejak Khamis lalu, ribuan penduduk terpaksa berjalan kaki beratus kilometer untuk mencari perlindungan.

“Laporan awal diterima seramai 300 orang awam maut termasuk wanita dan kanak-kanak di Mosul. Ia berpunca daripada serangan, kekurangan air dan pesakit kronik,” katanya.

Menurutnya, peningkatan kematian juga berlaku selepas serangan disasarkan di sebuah sekolah dengan 20 kematian dicatatkan.

Selain itu, serangan turut berlaku di hospital menyebabkan 50 maut dan di Lapangan Terbang Mosul menyebabkan 30 maut.

“Mosul lumpuh. Operasi pengangkutan terhenti. Kedai yang masih menjalankan perniagaan menaikkan harga. Jika keadaan ini berterusan, ramai penduduk akan menderita terutama ketika Ramadan,” katanya.

Semalam, di bandar Sadr 15 orang awam maut manakala 20 cedera apabila sebuah kenderaan meletup angkara bom nekad. -Agensi

Sumber : Sinar Harian




No comments:

Post a Comment