Thursday, June 19, 2014
Kecoh Pasal Naga
Satu Malaya kecoh pasal naga gara-gara pasal gambar ni :
Bermacam-macam ceritalah keluar. Tadi tengah syok lepak di meja cashier, ada pekerja kilang sorang ni tanya, "Dah tengok gambar ni? Betoi ka?" Dia tunjuk gambar di atas tu melalui skrin tabnya. Aku garu kepala dan tersenyum sahaja.
"Hang tak percaya ada naga?" tanyanya lagi.
"Bukan tak percaya. Dinosaur pun depa kata wujud, kenapa tidak naga?" jawab aku.
Kali ini dia pula garu kepala.
Kami sama tersengih.
Jadi aku pun belek-belek le internet. Buat silang rujuk. Akhirnya jumpa gambar ni :
Fikir-fikirkanlah.....
P/s : Teringat 'black out' dan 'pengundi bangla' masa PRU yang lepas dan terkini Tragedi MH370.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment