Pages

Thursday, November 29, 2012

"Malam Ni Kita Nak Makan Kat Mana?"



Isteri telefon petang semalam. Lepas beri salam terus sahaja berkata :

"Abang, malam ni kita nak makan kat mana?" Suara manjanya bukan main lagi.
"Hah," balasku terkejut.
Dia tergelak kecil di sebelah sana.
"Bukan dah tak nak makan malam ke?" tanyaku.
"Lapar. In makan sikit sahaja tadi," katanya.
"Kenapa tak makan banyak?"tanyaku.
Dia tergelak kecil lagi.
"Bolehlah...."
"Ya lah..."
Dia dah tentu senyum di sebelah sana.
"In teringin nak makan kebab," katanya.
"Aik, dah ada menu," balasku.
Dia tergelak kecil lagi.
"Dekat mana nak cari kebab?" tanyaku.
"Pasar malam," jawabnya pantas.
Aku tergelak. Macam hafal skrip sahaja isteri aku ni. Macam dah dirancang-rancang. Dia bijak. Aku bagi duit belanja dia tiap-tiap hari bekerja. Peruntukan untuk makan tak digunakannnya habis. Dia makan ala kadar sahaja di ofis. Bila makan malam baru dia pulun makan. Makan malam dah tentulah aku yang keluarkan ongkosnya. Bijak, bijak, bijak. Memberi makan antara nafkah zahir yang aku wajib beri pada dia. Selain daripada pakaian, tempat tinggal, perubatan dan lain-lain. Jadi tak boleh nak mengeluh bab ni. Cuma aku nak ketengahkan di sini ialah perempuan memang bijak simpan duit. Paling tepat mereka tahu bagaimana cara nak simpan duit.

Malam tadi kami pun pergi cari pasar malam. Ingatkan malam tadi giliran pasar malam di Taman Selasih. Rupa-rupanya bukan. Pusing satu Kulim. Akhirnya jumpa pasar malam di Pasar kulim. Kena ingat ni, hari rabu malam khamis pasar malam di Pasar Kulim. Aku tak pernah pun hafal jadual pasar malam kat Kulim ni. Selalunya kalau ternampak baru singgah. Kalau tak nampak tak pergi pasar malamlah aku.


Sampai pasar malam terus sahaja isteri aku melekat di gerai jual tudung. Senyum-senyum kat aku. Oh, patutlah nak sangat pergi pasar malam. Memang nak cari kebab tapi rupa-rupanya memang nak tengok tudung juga. Menyelam sambil minum airlah ni.



Pilih punya pilih......



Akhirnya beli sehelai.



Murah sahaja. Belas-belas ringgit sahaja. Sabtu lepas dah beli yang puluh-puluh ringgit punya. Kali ni beli yang belas-belas sahajalah. Isteri aku memang tak cerewet dalam bab tudung ni. Belasah sahaja. Asalkan cantik pada pandangan mata dia, selesa bila dipakai dan dengan harga berpatutan (bawah daripada RM50). Tudung yang harga beratus ringgit tu memang dia tak belilah. Dulu, kalau tak silap raya tahun lepas, dia ada beli tudung harga RM80++. Aku pernah tengok dia pakai sekali sahaja tudung tu. Lepas tu tak pernah nampak dia pakai lagi tudung itu. Kalau tak bagi orang tentu ada tersimpan dalam salah satu daripada dua bekas besar tudung dia tu.

Pusing-pusing pasar malam sampai ke bahagian sayur, tak jumpa pun gerai kebab. Pasar malam ni tak jual kebab rupanya. Kami selalu beli kebab dekat pasar malam Taman Selasih. Isteri aku okey saje. Tak pun mengeluh ke apa. Ya lah, dah dapat tudung......

Tak ada kebab, beli burger goreng. Tak pernah beli ni. Nampak sedap. Jadi teringinlah nak cuba. Isteri akulah teringin nak cuba. Aku tak terdetik pula (ayat. fuh! hehehe).



Dekat pasar malam ni ada satu makanan yang patut korang cuba kalau tersampai di sini. Iaitu pau goreng. Ada inti ayam dan daging. Memang popularlah. Tapi malam tadi tak nampak pulak kelibat penjual pau goreng tu.

Lepas tu, terus pergi gerai bihun sup Gearbox Fresh Special. Order bihun sup daging dan bihun sup ayam. Masing-masing untuk aku dan isteri.

Macam biasa, air sampai dulu. Sirap limau dan nescafe ais. Isteri aku dah makan burger goreng tu. Aku dia bagi sekokak je. Sedap jugak. berbaloilah dengan harganya yang RM1.50 sahaja tu.




Walaa, bihun sup daging aku dah sampai.



Baru bihun sup ayam isteri sampai



Bihun sup ni kalau makan dengan sos + cabai baru sedap...... Meletup!





Licin.




Dah tiba masa balik rumah. Dari jauh nampak kereta. "Abang tak tutup lampu ke tadi?" Ha! Aduh....






No comments:

Post a Comment