Pages

Monday, September 21, 2015

Rahsia Perindu



Blurb : Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

Ulasan : Rahsia Perindu adalah sebuah novel bergenre psikologi thriller. Plotnya kompleks. Memaksa anda membaca setiap cerita dengan teliti. Kerana di dalam cerita ada cerita. Tidak boleh membacanya secara tebuk-tebuk. Jika membacanya secara begitu, dikhuatiri akan kehilangan jalinan cerita. Bimbang jika akhirnya korang akan menjadi segila Leopard, Amylia dan Maria! Sehingga ke satu peringkat aku rasakan semua watak di dalam novel itu boleh menjadi suspek di dalam kes pembunuhan Jefry dan Hamdan, cubaan membunuh Maria dan mengganggu Amylia. Jika korang tak buat analisis setiap watak sambil membaca novel ini, korang pasti berasa amat tertipu dengan RAM. Twistnya hebat. Cuma aku rasakan klimaks cerita ini terlalu awal dan nampak tergesa-gesa. Wallahualam.

Kesimpulannya, novel ini layak mendapat 5/5 bintang. Salut untuk RAM kerana berjaya menghasilkan novel yang hebat ini.

p/s : Benar seperti kata beberapa orang bahawa Rahsia Perindu lebih hebat dan mencabar berbanding Fiksyen 302.

Setelah duduk termangu agak lama, jari jemari Dr Azlan pun menyentuh papan komputer dan menaip ayat ini … BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KEMUNGKINAN IA SEKADAR FANTASI (Rahsia Perindu, muka surat 561)

   


Friday, September 18, 2015

Novel-Novel Alaf 21 Terbitan OKTOBER 2015

Mempersembahkan novel-novel Alaf 21 untuk bulan Oktober 2015 :







Dapatkan novel-novel hebat ini di kedai-kedai buku berdekatan korang OkTOBER ini!



Thursday, September 10, 2015

PRE - ORDER RAKUS

Salam,

Berita baik! Korang dah boleh buat pre-order untuk RAKUS. Dapat 30% diskaun lagi. Hanya RM18.90 berbanding harga asal RM27.00 



Klik link berikut untuk buat pre-order : Karangkraf Mall

Terima Kasih.



Wednesday, September 2, 2015

RAKUS TERBIT OKTOBER 2015

Salam,

RAKUS, novel terbaru aku dengan Alaf 21, akan berada di pasaran oktober ini. Selepas lebih dua tahun terbitnya Katarak, akhirnya, alhamdulillah, ALLAH izinkan novel ketiga ini terbit. Syukur.

Pusat utama cerita ini adalah kelicikan syaitan menggunakan tipu daya untuk menyesatkan manusia. RAKUS adalah gaulan mistik, thriller dan seram. Adrenalin korang pasti membuak-buak sejak dari awal hingga ke akhir bacaan.

Jangan lupa dapatkan RAKUS di kedai-kedai buku berdekatan OKTOBER ini.

Mempersembahkan RAKUS :




Boleh baca Bab 1 - 20 RAKUS di  Ilham Karangkraf (Klik sini)



Tuesday, August 11, 2015

Fiksyen 302



Fiksyen 302
Ramlee Awang Murshid
501 muka surat
Alaf 21
Blurb : LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
Ulasan : Novel ini bergenre psikologi thriler. Plot novel ini laju dan kompleks tetapi masih tidak menghanyutkan. Bahasanya pula bahasa standard lantas mudah dihadam. Latar tempat dan masa dipilih dan diadun dengan baik. Sehingga kadang-kadang tidak terasa beza 20 tahun di antara masa kini dan lampau.
Watak yang paling berpengaruh tentunya adalah Zonan. Siapa Zonan? Ia watak misteri yang menjadi dalang dalam siri pembunuhan yang berlaku. Kalau berpegang pada tagline pada muka hadapan novel ini : 'Jangan Percaya'. Maka pembaca yang memegang tagline ini akan dapat membuat kesimpulan pertama bahawa Zonan adalah watak yang akan dipotretkan oleh penulis sebagai seseorang yang naif, teraniaya dan tidak bersalah. Maka daripada situ boleh dibuat senarai beberapa kemungkinan suspek yang sebenarnya adalah Zonan. Tetapi tidak semudah itu, RAM amat bijak menyembunyikan siapa Zonan sehingga ke penghujungnya. Walaupun siapa Zonan sebenarnya ada dalam dua senarai terakhir aku tetapi siapa Zonan hanya mampu aku ketahui sehingga ke penghujungnya.
Novel ini hebat. Layak mendapat 5/5 bintang. Teori question mark yang menjadi asas kepada novel ini memang berjaya diaplikasikan dengan cemerlang oleh RAM. Salut untuk RAM.
p/s : Walaupun koleksi RAM hampir sempurna di rak buku (koleksi isteri) tetapi Fiksyen 302 adalah novel pertama yang aku baca. RAM memang layak digelar Novelis Thriller No 1 Malaysia. Selepas ini akan baca Rahsia Perindu pula. Kata orang, Fiksyen 302 mirip Rahsia Perindu. Kita tengok nanti. Tapi aku percaya tentu ada kelainannya.



Tuesday, September 23, 2014

Buat Duit



Kawan, ini realiti! Bukan Fantasi!

Bahawa kos sara hidup rakyat Malaysia semakin hari semakin meningkat. Ini bukan kata aku sahaja tetapi diakui oleh kerajaan juga. Baca Di SINI dan DI SINI. Ianya pahit untuk ditelan tetapi begitulah realitinya.

Dulu jika bawa RM50 ke pasar, kita boleh beli macam-macam. Tetapi sekarang dengan RM50 yang sama, kita hanya boleh dapat separuh atau kurang lagi daripada kuantiti barang yang kita beli dulu. Dulu ikan termenung boleh dapat RM4 sekilo. Sekarang mana nak dapat RM4 sekilo dah. Kurang-kurang pun RM7sekilo.Seminggu lepas naik sampai RM12 sekilo! Itu baru ikan kembung. Belum lagi ikan bawal, tenggiri, nyok-nyok, siakap, ketam, udang, sotong dan lain-lain. Dan itu baru ikan. belum lagi keperluan lain termasuk perkhidmatan, pelajaran dan sebagainya.

Pendek kata, semua benda naik mendadak.

Kalau semua benda naik mendadak dan diimbangi dengan gaji yang naik mendadak saban tahun, bolehlah diterima juga. Tetapi yang malangnya gaji naik ciput tapi barang naik mendadak-dadak. Jadi ramailah yang menjalani hidup paras hidung. Sampai hujung bulan duit dalam akaun bank pasti kosong. Silap-silap duit dalam akaun bank sudah kosong belum pun samapai cukup bulan. Terpaksalah tebal muka minta berhutang sana sini.

Aku pernah tanya seorang kawan yang menetap di Lembah Kelang. Berapa gaji yang diperlukan untuk hidup SELESA (bukan mewah ya, kawan-kawan) di Lembah Kelang? Jawapannya mengejutkan aku."RM5000 masih paras hidung, bang. Kalau nak selesa gaji laki bini mesti sekurang-kurangnya RM6000 ke RM7000 ke atas. Rumah, kereta, pusat asuhan anak, susu, pampers, belanja anak sekolah, tol dan macam-macam lagi semua mahal bang." Kat tempat aku ni terus terang aku kata RM4000 sudah boleh hidup selesa. Mungkin juga tempat korang sama macam tempat aku. Tetapi kita tak boleh rasa selamat dengan keadaan ini kerana ia tidak mungkin kekal begitu selama-lamanya. Dari tahun ke tahun kos sara hidup di tempat kita ni pasti naik juga. Dan  RM4000 yang pada masa sekarang boleh hidup selesa di tempat aku dan korang ni akan berubah menjadi paras hidung pula. Bila sampai ketikanya nanti semua ceruk di dalam negara kita ini akan menjadi Lembah Kelang!   

Kawan, ini realiti! Bukan Fantasi!

Untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang tinggi itu, ramailah daripada kita yang terpaksa membuat sesuatu untuk menambahkan pendapatan. Kerja part-time sampai anak bini terabai, buat over-time sampai lenguh kaki badan, buat bisnes online yang hidup segan mati tak mahu, buat MLM yang selalunya terkandas di tengah jalan kerana produk yang susah hendak dijual dan maintainance yang tinggi setiap bulan, sertai skim cepat kaya, tak kiralah skim cepat kaya, skim ponzi dan sebagainya, yang akhirnya bukan mengayakan tetapi memapakan lagi dan macam-macam lagi. Tetapi hasilnya tetap sama - hidup kita masih di paras hidung!

Mahukah kawan-kawan jika aku tunjukkan satu bisnes yang modalnya amat rendah iaitu tidak sampai RM100 tetapi pulangannya boleh mencecah ratus, ribu, belas ribu, puluh ribu, ratus ribu dan mungkin juta sekalipun? Pendapatan yang akan naik dan sentiasa naik setiap bulan dan yang paling bagus ialah ia boleh diwarisi oleh keluarga jika kita mati. Kawan, aku tak cakap sesuatu yang fantasi, ini realiti!    

Peluang yang menakjubkan ini sudah pun direbut oleh ramai orang. Kali ini kawan bertuah kerana ditunjukkan peluang ini juga. Terpulang sama ada kawan mahu kekal hidup paras hidung atau sebaliknya.

Tetapi bayangkan apa yang kawan-kawan boleh buat jika hidup selesa atau mewah?

- Tiada masalah untuk bayar sebarang bil (elektrik, air, ASTRO, telefon dan lain-lain)
- Tiada masalah hendak beli apa pun - kereta, rumah, tanah dan sebagainya
- Tiada masalah hendak bawa keluarga melancong ke mana pun - Paris, London, New York dan sebagainya.
- Tiada masalah hendak pergi umrah dan haji berapa kali pun
- Dan yang paling penting kawan-kawan tiada masalah hendak bersedekah, berwakaf dan lain-lain.

Jadi kawan-kawan, aku amat, amat sarankan korang sertai bisnes hebat ini. Aku jamin jika korang bersungguh-sungguh, In Sha ALLAH korang akan jadi salah seorang daripada ramai yang sudah berjaya di dalam bisnes hebat ini.

Telefon / SMS / Whatsapp aku di 01114237947@01118549706 atau Klik DI SINI untuk maklumat lanjut tentang bisnes ini.

Selamat Berjaya kawan.

Ikhlas,
Fitri Hussin

p/s : "Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba....... datang tidak menentu masa...... datang disaat kita kesempitan atau kesusahanNilailah peluang itu dengan secara bijaksanaRebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!” - Hamka -










Sunday, August 31, 2014

Panduan Bebas HUTANG!

ANDA BERHUTANG?

Ya? Bukan anda sahaja. Saya dan orang lain juga berhutang. Jadi, tak perlu malu. Berhutang adalah lumrah dewasa ini. Kalau hendak beli kereta, kita terpaksa berhutang. Kalau hendak beli sebuah rumah, kita juga terpaksa berhutang. Malah kalau hendak membiayai pengajian anak-anak juga, kita juga terpaksa terpaksa berhutang. Kita juga berhutang untuk memiliki keperluan-keperluan lain. Kecualilah jika anda seorang JUTAWAN. Jutawan yang tidak kisah belanjakan sedebak duit untuk memiliki apa yang diingini.

Tetapi MALANGNYA, anda, saya dan kebanyakkan daripada KITA BUKANLAH SEORANG JUTAWAN!

Ramai daripada kita seringkali mengalami masalah kewangan akibat berhutang. Semasa kita berhutang, kita memang sudah mengira-ngira akan mampu membayar hutang-hutang tersebut. Tetapi sampai satu ketika, tanpa disangka-sangka pengiraan yang kita fikir realistik satu masa dahulu bersandarkan andaian-andaian yang munasabah ketika itu rupa-rupanya tersasar.

Akibatnya kita TIDAK MAMPU LAGI MEMBAYAR HUTANG-HUTANG tersebut. Mungkin ini disebabkan oleh komitmen yang semakin bertambah (anak-anak yang semakin bertambah dan membesar yang menuntut belanja yang lebih tinggi setiap bulan dan lain-lain), sementara pendapatan setiap bulan pula hanya naik sedikit atau tidak naik-naik saban tahun, ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat (harga barang dan perkhidmatan yang semakin naik setiap tahun) dan senario paling buruk bila kita kehilangan pekerjaan tanpa diduga. Minta dijauhkan TETAPI INILAH KEMUNGKINAN REALITINYA!

Bila kita berhadapan dengan situasi begitu, kita akan cuba menambahkan pendapatan. Tetapi selalunya GAGAL! Kita mula akan membuat pinjaman peribadi yang jika tidak kena caranya akan menyebabkan masalah kewangan kita semakin serius. Akhirnya kita mula mencari Ah Long. Dan ini akan menyebabkan masalah kewangan kita berada pada tahap koma menunggu maut!

Mahu tidak mahu kita PERLU melakukan sesuatu untuk menguruskan hutang-hutang itu SECEPAT MUNGKIN! Ini AMAT PENTING supaya kewangan kita lebih terjamin pada masa hadapan.

Persoalan UTAMA sekarang ialah : BAGAIMANA?

Anda mahu tahu JAWAPANNYA? Saya juga dahulu mahu tahu jawapannya. Berasap kepala saya memikirkan jawapan kepada soalan itu. Tanpa disangka-sangka selepas melayari internet pada satu hari saya terjumpa e-book PANDUAN BEBAS HUTANG ini. Semua jawapan kepada soalan itu ada di dalam e-book PANDUAN BEBAS HUTANG ini.

E-book PANDUAN BEBAS HUTANG ini ditulis oleh seorang perunding kewangan yang hebat. Harganya juga amat berpatutan yang saya fikir TERLALU MURAH berbanding penyelesaian yang dapat diberikannya bagi membebaskan kita daripada hutang. Bukan RM200! BUKAN RM150! BUKAN juga RM100! TETAPI dengan hanya ..........

v
v
v
v
v
v
v
v
v

RM 30 SAHAJA!
(Peluang ini terhad. Hanya dibuka untuk beberapa orang terawal yang membeli e-book ini. Selepas itu harga kemungkinan tidak lagi semurah ini)

Jika anda mahu bebas hutang demi kelegaan kewangan pada masa hadapan, inilah e-book yang MESTI ANDA DAPATKAN! CEPAT BERTINDAK SEBELUM HUTANG MENGEJAR ANDA!

SEGERA dapatkan e-book PANDUAN BEBAS HUTANG di sini : 

Sila klik pautan ini ----------------> Saya Mahukan E-Book Panduan Bebas Hutang!



Selamat Bebas Hutang!