Novel ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Siti Salina yang mengharungi hidup di Singapura selepas Perang Dunia Kedua di Singapura sekitar tahun 1960an. Dia menjadi pelacur untuk meneruskan hidup. Walaupun diselubungi kontrovesi kerana membela Fakar, teman lelaki yang sudah seperti suaminya, Salina juga berjiwa besar. Dialah yang tidak putus-putus-putus memberi semangat dan wang kepada Hilmi, watak sampingan utama di dalam novel ini, iaitu seorang pelajar bijak untuk terus menuntut ilmu. Hilmi yang tinggal bersama ibunya yang tua itu pula selalu mempertahankan Salina daripada umpatan dan cemuhan penduduk kampung. Akhirnya Salina insaf dan berusaha untuk mengubah diri. Bersama Hilmi dia merancang untuk memulakan sebuah perniagaan.
Secara keseluruhannya Salina mengisahkan tentang kehidupan masyarakat khususnya melayu selepas Perang Dunia Kedua di Singapura. Ia menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral dan keperitan untuk meneruskan hidup watak-wataknya selepas perang di sebuah kawasan yang dipanggil Kampung Kambing kerana rumah-rumah di situ asalnya adalah kandang-kandang kambing. Ia juga mengingatkan kita kepada kepentingan pendidikan sebagai alat untuk mengubah kehidupan kita seperti yang ditonjolkan pada watak Hilmi. Kisah Salina, saya percaya, adalah kisah kehidupan kita semua - yang tak semua putih dan tak semua hitam -tetapi kelabu.
Salina, sebuah karya terbaik A. Samad Said, yang sudah memenangi pelbagai anugerah ini, tidak diragukan lagi adalah antara karya agung Malaysia. Yang menariknya ialah Salina mendahului karya-karya lain pada zamannya. Ia sofistikated yang menawan dan mudah. Wajib dibaca oleh setiap anak Malaysia.
Buat A. Samad Said : Tiga kali salut untuk pak.
Saya belum pernah baca lagi, disebabkan saya berminat dalam bidang sastera ni, so rasanya cam teringin lak nak baca buku ni..tapi kat ne nak beli ye?..hmmm apatah lagi ada kaitan dengan sejarah tanah melayu.... kebetukan masih sek la.. leh lah citer kat member-member.
ReplyDelete