Peta Di mana Letaknya Bagan Datoh
Masih kental dalam ingatan : kami sekawan, pelajar-pelajar tingkatan 3 yang kebanyakkannya aliran agama Sekolah Menengah Khir Johari, berpura-pura turun ke gelanggang sepaktakraw untuk bersukan waktu pagi pada ahad itu, tetapi kemudiannya fly ke Teluk Intan beramai-ramai dengan memakai baju sukan, tanpa kebenaran ketua warden, Ustaz Amin, demi..... demi menonton Perempuan, Isteri dan .....! Ya, filem kontroversi Uwei Hj Shaari itu... Fuh, Sofea Jean dengan kembannya...hehehe dan hahaha Nasir Bilal Khan dengan "Ha...."nya.
Poster Filem Perempuan, Isteri Dan .....
Masih teringat-ingat dalam ingatan : kami sekawan, pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau melalui Malam Warisan. Beritanya masuk dalam suratkhabar dan akibatnya ada senior yang kena buang sekolah dan banyak yang digantung sekolah.
MRSM Balik Pulau
Itu tiga daripada banyaknya fragmen kenangan indah pada zaman itu yang tak terlupakan. Aku fikir aku ingat semua kenangan - terutamanya yang indah. Rupa-rupanya tidak. Ada beberapa kerat yang tercicir dimamah oleh waktu dan tersisih oleh lingkungan. Keciciran dan kesisihan yang tak seharusnya itu hanya disedari bila dia, isteriku, muncul semula di dalam hidupku. Terkerlip-kerlip kenangan di antara aku dan dia : intai-intai anak kecil usia 12 tahun, kerling-kerling remaja di awal zaman bergelora dan hajat tak sampai kerana seorang kawan! Di atas semua itu, bila bersatu dengannya, aku cepat sedar bahawa dialah Semalamku Yang Hilang, iaitu something missingku, selama ini. Aku yakin rupa-rupanya Allah merencanakan penyatuan kami di dalam diam. KepadaNYA kupanjatkan kesyukuran.....
Nota : Artikel ini sudah diterbitkan di facebook. Ia catatan lamaku.
zmn skolah mmg plg best. btw i'm from mrsm pendang kedah ;)
ReplyDeleteMemang paling syok. Tahun bila tu?
ReplyDelete