Pembikinan Kau Pertama Aku Kedua 2 (KPAK2)
|
Jalan yang mana satu? |
Secara asasnya jalan cerita KPAK2 sudah ada di dalam kepala. Tetapi terlalu banyak simpang siurnya sampai tidak tahu jalan mana yang perlu dipilih untuk menjadikan sekuel KPAK ini menjadi lebih mantap. Matlamat utama selain mahukan jalan cerita yang mantap ialah mahu memastikan manuskrip KPAK2 ini nanti tak lebih dari 550 mukasurat. Perit rasanya jika manuskrip yang panjang seperti KPAK yang sepanjang 1000 mukasurat dulu terpaksa dipendekkan sehingga 500++ mukasurat. Apa yang penting KPAK 2 pastinya menjanjikan perjalanan hidup aku (Zamri) yang lebih mencabar. Semoga semuanya dipermudahkan olehNYA.... Amin
^_______________^ khai sokong dari belakang
ReplyDelete