Friday, May 13, 2011
Mama (Sempena Hari Ibu)
Mama,
Di saat melahirkan aku
Kau bergelumang dengan maut
nyaris eklampsia tidak menyebabkan kau
hilang nyawa
kau pejam mata dengan
segala sakit dan bahaya
kita menangis
waktu pertama kali
bersua muka
Mama,
Dari sebesar tapak tangan
hingga ke besar panjang
kau sirami sepenuh
perhatian dan kasih sayang
kini aku adalah aku
yang tebal rasa cinta pada agama, bangsa dan negara
Mama,
Terima kasih di atas segala
kau adalah mama yang tiada bandingan
dan jasamu yang tak ternilai itu
mustahil dapat kubalas
walaupun kugadaikan nyawaku yang satu ini
Mama,
Aku anakmu ini terlalu sayang padamu.
- fitri hussin -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Puisi yang indah, mengambarkan rasa yang sukar dilukis walau dengan seribu perkataan yang indah.
ReplyDeleteMama, sumber kekuatan setiap anak.
Ibu tu adalah segala2nya... Tiada kita tanpanya!!
ReplyDelete