Pages

Wednesday, May 11, 2011

Sukarnya Menulis

images


Ilham dari uncang kebaikan
kering.
Imaginasi dari kocek keindahan
kontang.
Fikiran dari kantung kebenaran
cicir.
frasa dari kamus budi
pudar.

Yang terlakar di atas kertas
ayat-ayat hodoh dan resah
Aku lumpuh seni
kerana negara sedang kalut
aku sama terikut.

-  fitri Hussin -


1 comment:

  1. Sukarnya menulis,
    Bila jiwa bersimpang siur,
    Resah bercampur baur,
    Fikirku bercabang-cabang.

    Sukarnya menulis,
    Akhirnya ku biarkan saja,
    Kertas putih tetap putih,
    Ilham sekadar lakaran terapung.

    ReplyDelete