Di The Mines - Negatif. Tetapi di Times Square Penang - Beribu kali positif.
Jadi semalam aku pergilah Jualan Buku Big Bad Wolf tu. Bila sampai di pintu masuk dah impressive. Ia macam dari mata turun ke hati. Berebut-rebutlah aku dan isteri ambik gambar kat pintu masuk tu. Keterjuaan tiba-tiba sahaja membuak-buak.
Sebaik melepasi pintu masuk mata dah mula berkeranjang dan hati pula tak keruan. Macam duduk dalam lautan buku. Tak tahu hendak mula dari mana. Aku dan isteri berpecah. Aku belek buku di bahagian lain. Dia pulak belek buku di bahagian lain. Mula-mula tengok-tengok dulu. Mata yang keranjang harus dineutralkan dahulu. Hati pula harus ditenteramkan dahulu. Jika ikutkan mata dan hati waktu itu mahu beli semualah jawabnya.
Ini baru sikit....
Bila mata dan hati sudah dapat dineutralkan, maka fikiran pun kembalilah waras. Bila fikiran kembali waras, maka tujuan utama ke Jualan Buku Big Bad Wolf itu diingatilah semula. Apa tujuan aku pergi situ?
Untuk cari bahan bacaan yang mahal dan sukar didapati di kedai buku biasa yang akan digunakan di dalam pembikinan manuskrip terbaru.
Bertolak dari tujuan itu aku pun mulalah cari bahan bacaan yang menepati tujuan aku ke situ. Selepas belek punya belek, pusing seluruh tapak jualan, akhirnya aku pun ambik kotak dan mulalah ambik buku-buku yang sudah pun dikenal pasti. Isteri datang dengan semyuman. Di tangannya sudah ada beberapa buah novel dan buku kanak-kanak. Buku kanak-kanak tu tak lain tak bukan untuk anak-anak saudara kami yang sudah semakin membesar tu.
Sedar tak sedar kotak hampir penuh. Pergi ke kaunter bayaran, Juruwang picit butang mesin kira. Di skrin RM156. Dalam bajet. Bila lepas pintu keluar, rupa-rupanya ada satu bahagian buku lagi. Buku-buku di bahagian ni canggih sikit - lebih interaktif.
Alamak! Macam mana ni.... Tak beli rugi. Kalau beli mungkin terlebih bajet. Selepas bincang dengan isteri, kami pun jenguk buku-buku di situ. Akhirnya memuktamadkan wajib beli lagi. Isteri aku rembat beberapa lagi buku kanak-kanak di situ. Aku pula rembat tiga buah buku lagi yang sangat interaktif dan sesuai dijadikan buku meja kopi di rumah.
Kali kedua ke kaunter bayaran. Juruwang picit butang mesin kira. Selepas selesai terpampang di skrin angka RM102.
RM156 + RM102 = RM258. Memang lari daripada bajet. Tetapi bagi kami membeli buku satu pelaburan. Berhabis pun kira okey.
Sampai rumah terus lambak buku-buku tu. Mak ai.... banyak jugak! Hehehe
Buat para pembaca, kalau ada peluang pergilah ke Jualan Buku Big Bad Wolf. Buku-buku di situ di jual dengan harga yang amat murah. Potongan dari 75% sehingga 95% daripada harga asal. Tetapi hampir 95% buku yang dijual di dalam bahasa inggeris. Ciput sangat buku dalam bahasa melayu. Amat berharap pihak Big Bad Wolf dapat perbanyakkan lagi buku-buku bahasa melayu dalam jualan yang akan datang.
p/s : Nasihat aku kalau sampai ke Jualan Buku Big Bad Wolf ni sebaiknya pusing habis ruang jualan terlebih dahulu termasuk bahagian buku interaktif selepas kaunter bayaran pertama tu. Lepas tu baru putuskan buku apa yang hendak dibeli. Kalau tidak menyesal nanti kalau bajet yang ada habis dan tiada pula peruntukan tambahan.
No comments:
Post a Comment