Hari tu tak dapat. Baca di sini. Hari ni mesti dapat tak kira apa. Kalau tak dapat juga alamatnya kena ke GSC Sunway Carnival Seberang Jaya lah jawabnya. Kalau kat situ pun full house kena lajak ke GSC Queensbay Mall Penanglah. Malas betul nak keluar dari Kulim esok. Nak bermalas-malas kat dalam bandar kecik ni saje. Lagipun besok ada satu kenduri yang kena hadiri kat Kulim ni.
Mesti dapatkan juga tiket Breaking Dawn Part 2 ni. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, selepas hidupkan enjin kereta, aku dan isteri pun gerak ke Kulim Landmark dengan satu misi iaitu mendapatkan tiket wayang Breaking Dawn Part 2 tu. Tidak boleh tidak. Tapi semua bergantung pada panggung wayang jugakkan. Manalah tahu tiket untuk esok belum dijual lagi. Macam aku kena semalam.
Kronologi misi membeli tiket wayang Breaking Dawn Part 2 :
1) Tiba di Kulim Landmark Kulim. Parkir kereta kat luar saje. Dekat dalam nampak sesak. Lagipun sekejap sahaja nak masuk tempat tu. Yang penting tak kena bayar parkir.
2) Sampai di Big Cinemas. Belum pun beli tiket tapi isteri aku ni sibuk-sibuk nak posing dengan poster Breaking Dawn Part 2 ni. Fanatik gila ni.... . Dia tak nampak ke orang ramai kat belakang tu....
3) Beratur. Panjangnya barisan... Cuak dah ni. Jam dah pukul 9 malam. Tengok kat skrin show pukul 10.20, tinggal 35 seat je. Tapi aku bukan nak tengok malam ni. Nak beli untuk show esok. Nak dapatkan port baik punya. Tapi yang bermain di fikiran : Sudah dijual atau belum? Kalau sudah dijual, ada ke tiket lagi?
4) Sampailah giliran aku. "Show untuk esok. Pukul berapa ada?" Encik jual tiket tu pun tekanlah papan kekunci komputer. Dup, dap, dup, dap ni. Berdebar. Mesti dalam hati dia : 'Kurang asamlah betullah mamat ni. Orang lain sibuk show malam ni. Dia tanya esok pulak' Kuang, kuang, kuang. Tekan sana tekan sini keluarlah jadual show untuk esok. "Nak tengok pukul berapa punya?" tanya Encik Jual tiket. Lega aku....... . Lepas tu isteri aku yang berdiri kat sebelah cepat je jawab : "First show!" Aku terkejut. "11.20 pagi?" tanya Encik Jual Tiket tu. Isteri aku jawab ya banyak kali. Lepas tu baru dia senyum kat aku.
5) Akhirnya dapat juga tiket Breaking Dawn Part 2 selepas mencuba dua kali. Lega tak terkata. Tak adalah orang duk tuntut janji aku pada dia.
6) Puas hatilah tu.......
Sekian.
Ehem, cantik tak jaket yang aku pakai tu. Tunggu posting seterusnya......
Alahai..jelesnya..tak sempat nak gi tengok lagi..
ReplyDelete