Isteri telefon. Tepat pukul 11.30. Macam hari-hari biasa. Tanya aku okey ke tak. Aku pun jawab okey macam selalu. Memang tak sakit. Takkan nak cakap tak okey pulak. Hari ini selain bertanya khabar rupa-rupanya dia ada hal nak minta aku tolong.
"Abang tak nak ajak In pergi tengok Breaking Dawn ke?"
In tu panggilan manja dialah....
"Ahad ni kan?" kataku. Aku tahu dia tak mungkin lupa tentang tarikh 25hb. Biasalah perempuan ni. Diplomasi. Nak peringat kita.
"Ha. Abang book online," pintanya.
"Nak tengok kat mana?" tanyaku.
"Big Cinemas lah..." jawabnya, pantas.
"Ada ke?" tanyaku.
Big Cinemas ni satu-satunya panggung wayang yang ada di Kulim.
"Ada. Dah check tadi," jawabnya, pantas. "Tolong book ya."
"Ya lah..." balasku.
"Terima kasih. Love you! Eh, jangan lupa malam ni,"
"Ya," jawabku.
"Apa?" tanyanya. Nak uji lagi tu.
"Che Det," jawabku.
"Hehehe." Dia ketawa.
Aku pun layari web Big Cinemas.
Klik Big Cinemas Kulim LandMark dan tengok waktu tayangan Breaking Dawn Part 2. Senang kerja macam ni. Tak payah pergi beli tiket kat kaunter awal-awal. Tiket filem puntianak ni selalu sold out. Panggung selalu full house.
Klik pada tayangan hari ahad. Isi ruangan berapa tiket (seat) aku nak beli. Di situ ditunjukkan harga untuk bilangan tiket yang aku beli. Klik pilih kerusi.
Apa yang aku dapat petak kelabu kat bawah tu dengan logo puzzle. Suruh update java. Aku pun update. Cuba dua tiga kali lagi selepas tu. Tapi hasilnya tetap terkandas di petak kelabu berlogo puzzle tu. Waduh.....
Macamana ni? Kecewa sungguh aku!
Nak tak nak kenalah aku pergi Kulim Landmark nanti.
Tepat pukul 4 petang tadi aku pun balik dari kerja. Hidupkan enjin kereta dan terus pergi ke Kulim Landmark. Parkir kereta di luar. Tempat letak kereta di dalam pusat beli belah itu penuh. Hari ni Jumaat. Kedahkan cuti. Menapak le aku perlahan-lahan dengan Sham, pekerja aku. Sampai dekat Big Cinemas kena beraturlah pulak. Beraturlah aku. Akhirnya sampai giliran aku. Dengan muka lega aku pun tanya dekat adik perempuan yang jaga kaunter tiket tu.
"Breaking Dawn, ahad."
Adik perempuan tu tekan papan kekunci komputer. Sekali, dua kali dan tiga kali. Bersama senyuman dia beritahu, "Abang, jadual tak keluaq lagi."
"Apa?"
"Jadual tak keluaq lagi," ulangnya.
"Tak boleh beli lagilah maksudnya?" tanya aku.
Adik perempuan tu mengangguk sambil tersenyum. "Besok boleh. Ahad belum keluaq jadual."
Aku menghela nafas. Kecewa bukan main.
Arghhhh....................................................................!
No comments:
Post a Comment