Monday, April 11, 2011
Diari Si Pet : Suatu Masa Dulu (DSPSMD)
Diari Si Pet : Satu Masa Dulu ni adalah label terbaru dalam blog aku ni. Aku tergerak nak buat label ni sebab aku rasa ada banyak benda nak diceritakan dengan korang berkenaan zaman dulu-dulu selain untuk menggantikan TLC. 90 peratus cerita dalam Satu Masa Dulu ni adalah pengalaman aku masa zaman dulu. Selebihnya fiksyen. Yang paling ketara, watak utama dalam cerita ni namanya pun bukan aku. ‘Aku’ dalam Satu Masa Dulu bukanlah aku. Ia watak fiksyen yang aku reka khusus untuk Satu Masa Dulu. Aku adalah Pet. Lalu orang-orang yang disekeliling ‘Aku’ bukanlah saudara mara, kawan-kawan atau apa sahaja yang berkaitan dengan aku. Semua watak dalam satu Masa Dulu adalah fiksyen. Kiranya Satu Masa Dulu ni adalah sebatian antara bukan fiksyen dengan fiksyenlah atau realiti campur fantasi. Aku harap korang dapat sesuatu daripada Satu Masa dulu. Paling tidak pun untuk mengendurkan urat-urat yang tegang. Mungkin ia boleh mengingatkan korang kepada zaman dulu-dulu korang. Kalau korang membesar di bandar Satu Masa Dulu mungkin dapat membawa korang mengenali hidup budak-budak kampung. Macam Kampung Boy lah pulak kan? Lebih kuranglah… Tetapi kan satu cerita dapat diceritakan dengan pelbagai gaya dan bahasa. Jadi, cerita mungkin sama tetapi penyampaian berlainan. Belum apa-apa lagi adalah seorang kawan aku ni kata kenapa aku nak sangat cerita pasal zaman dulu-dulu. Pesimis. Aku sengih macam kerang busuk. Malas nak jawab serta merta. Kat sini aku nak jawab : “Apa yang kau jadi sekarang adalah hasil masa dulu”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment