Aku dapat cuti sehari sahaja untuk Hari Raya Aidiladha. Jadi aku dan isteri putuskan untuk tidak balik ke kampung. Beraya di sini sahaja. Lepas berbincang kami ambil keputusan untuk bercuti di Feringghi. Walaupun baru bercuti di Copthorne seminggu lebih yang lepas - baca sini. Lekas sahaja isteri aku uruskan dengan agoda.com. Tup, tup dia sms - 'Done @ Hydro.With breakfast' Aku iakan sahaja. Salut betullah aku pada dia. Dulu memang salah satu kerja dia ialah deal dengan pihak hotel untuk konvesyen, bengkel dan macam-macam lagi. Tapi dulu semua atas urusan kerja. Mana ada kesempatan nak nikmati 'hotel'.
25/10 kami pun check in di Hotel Hydro.
Dah check in baru dapat kad kunci
Dapat bilik no 516 dengan pemandangan kolam renang dan sedikit laut. Okeylah. Biliknya agak besar dan selesa. Balkoninya pun boleh tahan besar. Puas hati bukan main.
516, bilik dengan pemandangan kolam renang dan laut
"Jom turun bawah."
"Bawah?"
"Swimming pool...."
"Ooo...."
Dia tersenyum. Aku tergelak. Sekarang baru aku tahu maksud percutian ni.
Aku pakai baju yang sesuai dan kami turun ke kolam renang. Kolam renang Hydro ni best. Ada suasana resort. Dekat juga dengan kafe macam Copthorne. Tetapi dengan kehadiran pokok-pokok, tanah rumput yang dijaga elok dan bidai yang memisahkan pemandangan ke dan dari kafe, membuatkan kami rasa selesa dengannya.
Yang paling gembira ialah isteri akulah!
Bukan main syok lagi
Aku pun tumpang sekakilah...
Lepak-lepak kat tepi kolam renang tu. Malu-malu kucing. Tetapi mana tahan tengok orang berenang depan matakan. Macam ni :
Tak tahan tengok orang berenang depan mata.
Memang kalau ikut nak terjun sahaja. Tapi teragak-agaklah pulak. Nak kena buka baju ni. Penjaga kolam renang asyik duk jeling-jeling sahaja dari kami mula lepak tadi.
Dilema sungguh.... Nak masuk ke tak nak ni....
Isteri suruh aku masuk dulu. Lepas tu baru dia ikut. Aku pulak suruh dia masuk dulu. Aku akan susuli kemudian. Kami bertolak-tolak. Akhirnya, aku mengalahlah..... Buka baju dan terus masuk dalam kolam renang tu.
Mengah juga nak sampai dari hujung kolam ke hujung kolam satu lagi. Dah lama tak berenang
Isteri aku apa lagi, senyum manis macam madulah.....
Dia pun perlahan-lahan masuk kolam. Serentak itu penjaga kolam renang bangun dari kerusi. Jalan ke arah kami. Habislah, bisik hati aku. Aku dan isteri berpandangan.
"Kak, masuk tudung dalam baju." Penjaga kolam tu pergi ke tempat tuala selepas berkata.
Kami lega. Kemudian berendam dengan gembiranya...... Yang paling-paling gembira tentulah isteri aku! Dendamnya terbayar di Hydro.
Balik bilik rasa lapar. Maklumlah baru lepas berendam kan.... Order dari service room sahajalah. Malas nak keluar. Tak lama kemudian sampailah pesanan. Semua RM60++ untuk :
Nasi Goreng Hydro dan Chicken Chop Hydro :
Lepas makan, malam tu kami turun ke lobi. Lepak-lepak sambil dengar live band :
Sebelum turun ke lobi tangkap gambar dulu sebagai kenangan :
Besok bangun pagi-pagi. 7 pagi terus terjah kafe. Kami antara orang pertama bersarapan. Fuh, hari ni kan hari raya, mujur ada ketupat palas, lemang dan rendang. Aku ambil 4 biji ketupat palas yang besarnya bukan main tu. Enam potong lemang. Dua ketul ayam rendang. Sampai meja baru teringat yang isteri aku tak makan ketupat palas dan lemang. Takkan nak dibuang kut. Nak tak nak kena masuk perut aku jugalah.
Petang tu check out dan terus balik Kulim.
Menginap di Hotel Hydro lebih berbaloi berbanding Hotel Copthorne. Terutamanya kerana kolam renangnya yang selesa dan penjaga kolam renang yang tidak berapa rigid. Kami pulang dengan senyuman....
No comments:
Post a Comment