Ketupat Palas
Ketupat sate
Aku jarang sekali makan ketupat. Kalau makan sate pun jarang sekali aku nak sentuh ketupat. Waktu hari raya sahajalah aku makan ketupat. Memang pelik sebab masa hari raya sahajalah selera hendak makan ketupat tu muncul.Masa kecik-kecik, ketika membesar di Bagan Datoh, ketupat satelah yang aku balun setiap raya. Bila dewasa dan tinggal di Kedah, ketupat palaslah yang banyak dihidangkan waktu hari raya. Antara ketupat palas dan ketupat sate, aku paling suka ketupat palas. Kalau makan dengan rendang, terutamanya rendang tok dari air tangan mama aku, memang tak ingat dunia yeop. Boleh habis 10 biji ketupat palas sekaligus. Dan akibatnya .......
Tidurlah yeop!
Almaklumlah ketupat palas tu kan dari pulut.... Jadi bila makan ketupat palas, aku memang akan makan dengan kuantiti yang sedikit sebab tak mahu mengantuk dan tertidur. Rugi yeop kalau hari raya pertama beroloh sepanjang hari .......
p/s : Nasi impit pun sedap......
No comments:
Post a Comment