Pada 13 Ramadhan lalu bersamaan 13 ogos 2011, aku dan isteri keluar untuk beli baju raya mama. Selepas ambil mama dan Nufil Armany, anak saudara aku, di rumah adik di permatang pauh, kami terus bergerak ke Bandar Perda. Masuk kedai pakaian Habibah. Tak lama kemudian keluar dengan tangan kosong. Kemudian berlegar di Bandar Perda untuk mencari butik pakaian tapi semuanya tak berkenan. Mama bagi cadangan agar kami ke Parit Buntar. Di sana banyak butik pakaian. Lalu kami pun ke sana. Terus ke kedai pakaian Haji Sany yang terletak di sebelah kanan KFC. Belek baju kurung di tingkat satu dan kemudian ke tingkat dua. Di tingkat dua baju-baju kurungnya lebih cantik dan eksklusif.
Wahhhhh, antiknya baju kat sini!
Sebelum belek baju kurung di tingkat 2 ni jom kita bergambar dulu
Antiknya baju kurung ni Jidah …. Tapi sayangnya tak ada saiz
Misi mencari baju kurung raya untuk Jidah diteruskan. Ikut sama menyibuk mencari ialah Nufil Armany
Arghhhh…. Dah ada 2-3 baju yang Jidah berkenan tapi tak ada saiz le pulak
Nufil Armany yang ‘tension’ sudah mula buat hal sendiri. Belek diri dalam cermin …oppsss merapikan rambutnya hehe
rebut Blackberry T”Na-nya dan…
bercakap dengan model patung!
Selepas beberapa lama jumpa sepasang baju kurung yang berkenan. Mama cuba di fitting room dan kami menunggu dengan sabar dan debar …
Menunggu dengan sabar ….
Selepas beberapa minit mama keluar dari fitting room. “Ketat,” katanya. Automatik lemah segala sendi. Kami keluar dari kedai pakaian Haji Sany dan masuk dua tiga kedai lain sebelum masuk ke kedai pakaian Haji Sany yang lain. Cawangan ini milik anaknya. Terletak di hadapan KFC. Misi mencari baju kurung raya mama diteruskan. Cari, cari dan cari……
Nufil Armany belajar mimik muka dengan T”Na-nya sementara menunggu Jidahnya mencari baju kurung raya di cawangan kedai pakaian Haji Sany
dan akhirnya jumpa juga baju kurung raya mama. Mujur baju kurung itu ada saiz XL. Jika tidak terpaksalah ke butik lain untuk cari, cari dan cari lagi sampai jumpa. Aku, isteri, Nufil Armani yang sudah beberapa kali ajak balik dan juga mama lega bukan main.
Nufil Armany dan T”Na-nya lega ….
Kemudian kami meninggalkan Parit Buntar dengan hati yang senang.
Moral cerita : Kalau korang jenis yang tak ada masa yeop aku cadangkan baik beli awal-awal. Buatlah persiapan untuk baju raya ni beberapa bulan sebelum raya. Boleh elak sesak, saiz yang dikehendaki pun mungkin masih banyak stoknya dan mungkin juga dapat elak ketiadaan wang untuk beli baju raya di saat-saat akhir. Cumanya dengan beli lewat begini dapatlah rasa suasana raya tu …..
p/s : aku dan isteri sudah beli baju raya beberapa bulan yang lepas.
No comments:
Post a Comment