Pages

Tuesday, November 27, 2012

Kenduri Kahwin 1




Sabtu lepas, aku dan isteri memenuhi undangan majlis perkahwinan kawan sekerja isteri aku.



Sekarang ni memang musin kenduri kahwin. Musim pasangan mendirikan rumahtangga. Kalau hujung minggu di mana-mana pun akan nampak bunga manggar dan khemah yang dipenuhi orang. Kadang-kadang sayup-sayup kedengaran bunyi alunan kompang. Dulu aku jarang pergi kenduri kahwin. Arwah abah dan mama sahaja yang jadi wakil keluarga kami. Kecualilah kalau kenduri kahwin saudara terdekat. Kalau tak pergi yang ini dah tentu kena duku kepala. Hehehe....
Isteri aku teruja nak pergi. Pertama, sebab kenduri tu kenduri kahwin rakan sekerja dia. Kedua, sebab dia nak makan nasi minyak. Kenduri kahwin terakhir kami pergi hidang nasi putih sebab nasi minyaknya sudah habis awal.

Inilah orang kata senyum meleret

Bila semua sudah sedia, kami pun bergeraklah

Bersiap untuk gerak


Tepat pada pukul 2.37 petang.




Diiringi oleh hujan yang renyai-renyai. Sebelum tu singgah stesen minyak dulu. Kalau ikut minyak masih cukup. Tapi takut kalau-kalau tersesat. Memang itu yang selalu terjadi kalau pergi kenduri kahwin di alamat yang kita tak biasa. Peta rumah pengantin pada kad kahwin kadang-kadang mengelirukan. Berjaga-jaga lebih elok.

  


Lepas tu terus tuju ke alamat rumah pengantin. Sampai pekan Tasek Gelugor. Pusing-pusing akhirnya tak tahu di mana simpang masuk ke Padang Chempedak. Sesat ke jalan menghala ke Kepala Batas. Patah balik. Dua tiga kali pusing akhirnya jumpa juga simpang nak masuk Padang Chempedak.



 Masuk simpang tu hingga sampai ke satu simpang yang tertera papan tanda yang ada tertulis Padang Menora. Mana pulak datang Padang Menora ni. Patah balik ke simpang masuk ke Padang Chempedak tadi. Tanya pada orang yang berkumpul di sebuah rumah sebelah kanan jalan. Mereka tengah pulun makan durian.

"Ruman Man?"
Aku mengangguk.
"Jalan sampai jumpa simpang kemudian belok kanan. Jalan lagi lebih kurang 500 meter. Jumpa masjid Rahman. Rumah dia dekat masjid tu," jelas salah seorang daripada mereka.
"Terima kasih, bang," kataku. "Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam. Jemput makan durian," jawab abang tu.
"Lain kali, lain kali," jawabku.

Akhirnya, kami sampai tempat yang dituju. Tepat pada pukul 3.33 petang. Nak dekat sejam juga perjalanan dari rumah. Padahal tempat tu dekat sahaja rasanya. Tetapi dah tak biasa kata orang.




"Betul ke bang?"




"Betullah. Abang tu kata tadi rumah dia dekat masjid. Ni kan Masjid Ar-Rahman tu..."




"Ha, tu ada kenduri kahwin. Rumah dia dekat masjid."






"Memang betullah." Dah sah-sah betul. Banner besar atas kepala tertera nama pengantin.





Ramai orang. Meja nampak penuh semuanya.





Nasi putih juga.... . Kesian isteri aku. Kempunan lagi.... . Itulah, kita mahu tapi Allah jualah yang menentukan apa rezeki pada waktu itu. 


Sedap



Sekian...... 





2 comments:

  1. Hehe.. nak buek camno takde rezeki ek? Pakai GPS la lenkali untuk mengurangkan kadar kesesatan itu ahaks!
    My latest Entry :)
    JJCM: Nasi Kukus Ayam (Selera Kelantan)

    ReplyDelete
  2. Pakai GPS? Akan dipertimbangkan.

    ReplyDelete