*novel ini selalu mengilhamkan
Tetapi bila meningkat usia dan pengalaman dalam menulis, semua fikiran mesti itu telah tersejat. Kini aku alami sendiri salah satu pintu datangnya ilham itu - yang mengujakan dan begitu mudah - iaitu : Dengan membaca karya orang lain. Banyak novel yang mudah memberi ilham kepadaku. Yang terhebat ialah Daerah Zeni, Bulan Tak Bermadu Di Fatehpursikri, Tenggelamnya Kapal van Der Wjick dan Tetralogi Bumi Manusia. Yang paling baru ialah Tetralogi Lasykar Pelangi. Membaca karya-karya itu membuatkan aku berada di dunia lain. Dan dunia lain ini memercikkan ilham yang kadang-kadang tak terfikirkan. Daerah Zeni, misalnya, berjaya mencampakkan aku kembali ke tahun 1975. Lebih jauh dari itu, melalui manuskrip Lazri Meon yang terabai itu aku tercampak pula ke zaman sebelum merdeka - berdepan dengan dunia misteri, perjuangan, pengorbanan dan penderitaan. Setiap kali membaca pendahuluan novel itu, katak yang kembang kempis perutnya itu mudah mengimej di dalam fikiran. Selalu saat itu ilham akan memercik. Malah seluruh Daerah Zeni mampu memercikkan ilham. Dari Daerah Zeni maka lahirlah Kaca yang dasarnya bercerita tentang perjuangan hidup. Begitulah ilham. Kadang-kadang tidak boleh dinanti-nanti tetapi perlu dicari-cari. Dan aku selalu mencari dan sentiasa pula menemuinya bila membaca karya orang lain. Bukan mempelagiat tetapi sekadar mahu mewujudkan percik api yang dapat menyalakan sumbu pelita ilham. Mudah-mudahan ilham tak berhenti memercik ke dalam fikiran hingga habis nyawa. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment